Keesokan harinya,Jungkook dan Yein sudah bersiap-siap mengemas beg pakaian mereka dan begitu juga Hanmi.Dia telah diberitahu suaminya bahawa mereka akan berangkat pulang ke tanah air hari ini.
Sementara di bilik Hanmi,dia sedang menunggu Jungkook di sisi katil sambil menggoyangkan kakinya.Sesekali dia menghela nafas perlahan mengenangkan kenangan pahitnya di tempat suami dan madunya meluangkan waktu bersama.
Setelah lama melayan perasaannya,dia mengerling ke arah telefonnya yang berdekatan dengannya pula.Alat komunikasi itu kemudiannya dicapai.Kontak nama dibuka lalu nama seseorang dicari.
Setelah menjumpai nama orang tersebut dia lantas menelefonnya.Alat komunikasi itu ditekapkan di telinganya.Matanya memandang sekeliling kamar luas hotelnya sementara menunggu panggilan itu disambut.
"Yeobosaeyo?", Hanmi tersenyum mendengar suara rakan baiknya itu di talian.
"Ya Dong Hanmi! Baru sekarang nak call aku? Sebelum nak pergi Malaysia hari tu,bukan main janji nak call aku bila dah sampai sana tapi sekarang baru call..Haish!!", Hanmi menjauhkan sedikit telefonnya dari telinganya tatkala mendengar leteran rakannya itu.
"Alaa..sorry lah.Aku bukan sengaja tak nak call kau tapi,lepas sampai je sini aku jarang buka handphone sebab dekat sini best sangat!!", Teruja Hanmi berkata namun di sudut hatinya tidak sepeti kata-katanya.
"Hahaha!! Yelah..Kau buat ap je dekat sana? Mandi pantai ?",
"Nak mandi..tapi,tak sempat..", Kedengaran suara Hanmi sedikit kendur.Matanya tertumpu kepada kakinya manakala tangannya sibuk memintal bawah bajunya.
"Ha?! Tak sempat?! How can it be?!",
"Tak sempat dah..sebab hari ni flight aku balik Seoul..", Min di talian mendengus perlahan namun masih dapat didengari Hanmi.
"Takkan Jungkook ambil cuti sikit je? Ke..kau dengan dia bergaduh??", Tekaan Min amat tepat.
"Sebenarnya..aku dengan Jung---", Terperanjat Hanmi apabila pintu kamarnya dikuak oleh Jungkook tanpa mengetuknya terlebih dahulu.
Terus sahaja dia menyorokkan telefonnya di belakangnya lalu punat merah ditekannya untuk mematikan panggilan bersama Min tanpa diketahui Jungkook.
"Terkejut saya..", Hanmi berkata seraya mengurut dadanya.
Namun,apa yang dikatakan oleh Hanmi hanya dibalas dengan pandangan jijik daripada Jungkook.
"Tak payah nak terkejut sangatlah.Cepat! Nanti terlepas flight pula", Balas Jungkook dingin disertakan jelingannya kepada isterinya itu.
Tanpa menunggu Hanmi,Jungkook terus berjalan keluar daripada kamar itu.Hanmi pula terkocoh-kocoh mengekori suaminya itu sambil mengheret bagasinya.
➡ ➡ ➡
Beberapa Bulan Kemudian..
"Aigoo...comelnya anak appa ni.", Taehyung mencium pipi anak lelakinya yang baru dilahirkan itu entah untuk kali yang ke berapa.
Min tertawa kecil melihat telatah suaminyabitu.Matanya masih lagi basah dengan tangisan kegembiraan.Masih terpancar keletihan di wajah polos Min setelah melahirkan anaknya.
Taehyung perlahan-lahan meletakkan semula anaknya di dalam troli bayi.Bayi kecil itu ditepuknya perlahan kerana bayi kecil itu bergerak sedikit tatkala dia diletakkan di dalam troli itu.
Pandangan Taehyung beralih kepada isteri tersayangnya pula.Taehyung tersenyum melihat isterinya.Betapa dia gembira ketika itu.Air mata yang membasahi wajah isterinya itu diseka menggunakan ibu jarinya.
"Gumawo sebab lahirkan anak kita yang comel ni", Kata Taehyung lalu tubuh kecil Min itu ditarik dalam dakapannya sambil matanya mula bergenangan air mata.
"Sama-sama..saya sayang awak", Min membalas pelukan erat suaminya iti sambil belakangnya diusap Taehyung.
"Saya lagi sayangkan awak", Balas Taehyung lalu pipi mulus Min diciumnya.
Sedang mereka berpelukan,pintu bilik vvip yang ditempah khas untuk Min oleh Taehyung dibuka membuatkan mereka meleraikan pelukan tadi.Terus sahaja pandangan mereka beralih ke arah pintu tersebut dan jelas kelihatan Hanmi dan Jungkook yang tersenyum girang ke arah mereka suami isteri.
"Tahniah hyung!!", Jungkook terus memeluk Taehyung lalu menepuk-bepuk belakangnya.
Taehyung mengangguk laju disertakan dengan senyuman.Hanmi yang melihat suami-suami itu tersenyum.Melihat Min yang sedang berada di atas katil terus sahaja dia ke arah Min lalu tubuh rakannya itu dipeluk erat.
"Tahniah..aku harap kau dapat jadi ibu yang baik...", Kata Min dengan berbisik.
"Sama-sama..ya,aku cuba", Hanmi meleraikan pelukannya apabila terlihat seorang anak kecil di dalam troli bayi bersebelahan Min.
"Aigoo..comelnya anak kau...", Kata Hanmi seraya mengambil anak kecil itu dengan berhati-hati.
"Heheh..tengok lah siapa yang buat..", Sampuk Taehyung sambil tersengih petak lalu laju sahaja Min memukul perlahan bahu suaminya itu.
"Hahahahaha..", Tersenyum Hanmi mendengar tawa suaminya yang sudah lama tak didengarinya itu.
Sedang Hanmi menggengdong anaj lelaki pasangan Kim itu,tiba-tiba Jungkook yang berada di sebelah Taehyung tadi datanga menghampirinya.Hanmi tersentak apabila sahaja bahunya dipeluk Jungkook.
"Comelkan?", Tanya Jungkook sambil menatap wajah Hanmi.
Sekali lagi Hanmi tersentak kerana dapat mendengar suara Jungkook begitu hampir dengannya.Hanmi lantas memandang suaminya itu.Dia sungguh berdebar ketika matanya bertaut dengan Jungkook seperti kali pertama mereka berjumpa dahulu.
"N..nae", Jawab Hanmi sepatah.
"Saya nak pegang?", Pinta Jungkook lembut sambil menghulurkan tangannya dengan senyuman yang menampakkan barisan giginya.
Hanmi tersenyum manis mendengar pintaan suaminya lala anak kecil itu terus diberikan kepada Jungkook.
Jungkook kelihatan sangat gembira ketika mendukung bayi itu.Punggung bayi itu ditepuknya perlahan.Jungkook tahu dia sedang ditenung oleh isterinya itu lalu dengan sengaja dia membalas tatapan Hanmi.Isterinya itu segera melarikan pandangannya daripada Jungkook.
Jungkook tertawa kecil melihat Hanmi yang sudah berona merah pipinya.Dia terus menanyakan sesuatu kepada Taehyung untuk menghilangkan rasa janggal isterinya itu.
"Hyung..apa nama baby ni?", Tanya Jungkook sambil menatap kembali wajah suci anak kecil itu.
"Kim Taemin", Pasangan Kim itu berpandangan seketika lalu menjawabnya dengan serentak.
"Gabungan nama hyung dengan jimin hyung ke?", Tanya Jungkook yang kehairanan.
"Tak lah..Min yang nak nama tu sebab hari tu Min ada tertengok tv..lepastu keluar muka taemin shinee..so letak jela", Jungkook mengangguk faham lalu dia kemudiannya mencium dahi anak kecil itu.
"Ha,Jungkook..Kau bila lagi?", Serta-merta pasangan Jeon itu memandang ke arah Taehyung yang sedang memeluk bahu isterinya dengan erat.
"Belum ada rezeki lah hyung..", Kata Jungkook dengan tawaan halusnya.
Hanmi agak terkilan apabila mendengar jawapan suaminya itu.Sedangkan suaminya sudah tahu bahawa dia tidak boleh mengangdung kerana ketiadaan rahimnya.
"Yei--", Baru sahaja Taehyung hendak berkata kepalanya diketuk isterinya kerana Min tahu apa yang hendak dikatakan oleh suaminya itu.
"Yein? Belum ada rezeki juga hyung...", Balas Jungkook bersahaja walaupun hatinya sakit ketika itu.
"Oh..gwaenchana..nanti ada lah tu..", Pujuk Hanmi sambil memegang lengan Jungkook.
Ternganga Jungkook melihat reaksi isterinya yang memberi semangat kepadanya itu.Sedikit demi sedikit senyuman di bibirnya terukir.Hanmi pula sudah lama tersenyum kepada suaminya itu.
Siap pun chapter ni..
ok..lupakan typos
Vote 👍
Comment 📝
Saranghaeyolls😘😘💓💞
YOU ARE READING
[C] Wedding Contract 결혼 계약
Romance[Completed] +Perjanjian di mana Jung Yein bersetuju untuk memberikan zuriat sahaja kepada sebuah pasangan telah menghancurkan perhubungan mereka . - Siapakah pasangan tersebut ? Bagaimanakah pertemuan mereka bertiga? Ingin tahu kisah selanjutnya...