22

2.3K 171 61
                                    

Air mata yang membasahi pipinya hanya dibiarkan begitu.Stereng keretanya digenggan dengan kuat.Keretanya diberhentikan di bahu jalan.Belakang tubuhnya disandarkan pada seat keretanya.Kedua tangannya memegang sisi kepalanya.

"Aku ceraikan kau Dong Hanmi",

"Aku ceraikan kau Dong Hanmi",

"Aku ceraikan kau Dong Hanmi",

Ayat itu bermain-main di kepala Jungkook.Air matanya kian mengalir deras.Teresak-esak lelaki itu menangis.Jungkook meraup wajahnya.

"Apa aku dah buat ni..?", Soal Jungkook kepada dirinya.

"Aku tak patut ceraikan Hanmi..Aku sayangkan dia..", Saki baki air matanya diseka dengan menggunakan belakang telapak tangannya.

"Aku kena dapatkan dia balik..", Tegas Jungkook lalu membawa keretanya pergi.

➡ ➡ ➡

"Hanmi?! Hanmi?! Dong Hanmi?!", Tiada sebarang respons yang diberikan kepada Jungkook setelah beberapa kali dia memanggil isterinya.

Langkahnya diteruskan ke dapur.Setelah mendapati ketiadaan isterinya,pantas sahaja dia berlari menaiki tangga ke tingkat atas.Pintu bilik utama dia bersama Hanmi ditolak kuat.

Sekali lagi dia hampa kerana Hanmi langsung tiada di situ,setelah dia melihat ke dalam kamar mandi bilik itu.Tanpa membuang masa,Jungkook keluar kembali dari bilik itu.Langkahnya mati apabila dia bertembung dengan Yein yang ketika itu baru keluar dari biliknya.

"Chagi ya..awak nak pergi mana ni?", Tanya Yein sambil mengekori Jungkook yang terus menuruni anak tangga.

"Saya nak cari Hanmi..saya dah buat silap dengan dia..", Jungkook berpaling menghadap Yein sambil menangis.

"Jungkook ah....", Pujuk Yein sambil melilit tangannya di lengan suaminya.

"Saya silap Yein..", Kata Jungkook lalu melepaskan pegangan Yein.

Jungkook memasuki keretanya semula lalu memandu laju keretanya.Hala tujunya sekarang adalah rumah ommanya.

"Menyusahkan betul lah betina ni!!", Yein bercekik pinggang.

➡ ➡ ➡

"Omma....", Terus sahaja Jungkook memeluk tubuh ibunya sesampai dia di kediaman keluarga Jeon.

Puan Jeon terus mengusap belakang tubuh anak tunggalnya tanpa berkata apa-apa walaupun dia hairan dengan keadaan anaknya itu.

"Omma..tolong Kook..", Makin menjadi-jadi tangisan Jungkook.

"Shush~ ..masuk dulu. Kita cerita di dalam", Terus Puan Jeon meleraikan pelukan mereka lalu menarik tangan Jungkook ke dalam.

Bahu Jungkook itu ditolak perlahan supaya anak lelakinya itu duduk di sofa.Puan Jeon kemudian melabuhkan punggungnya bersebelahan Jungkook.

"Okay, Kook tenang dulu. Cerita perlahan-lahan pada omma apa yang jadi sebenarnya ni..", Pujuk Puan Jeon sambil memegang tangan anaknya.

Jungkook mengangguk lemah lalu nafasnya ditarik dalam-dalam.Wajah ibunya dipandang sayu.

"Omma..Kook...", Kata Jungkook terhenti.

[C] Wedding Contract  결혼 계약 Where stories live. Discover now