21

2.3K 154 83
                                    

🎀 Ada sedikit byuntae part 🎀

➡ ➡ ➡

"Jungkook ah..?", Panggil Hanmi setelab membuka pintu utama kediaman mewah miliknya dan Jungkook.

Beg plastik berjenama yang penuh di tangannya diletakkan dahulu di atas meja kopinya sementara menunggu Jungkook tiba di ruang tamu.

"Jeon Jungkook..?", Panggil Hanmi lagi lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Namun,masih tiada sahutan daripada suaminya itu.Hanmi bingkas bangkit daripada duduknya lalu mendaki anak tangga.Sesampainya dia di tingkat atas,pintu biliknya suami isteri dikuak.

Hanmi berkerut dahi.Hairan dia kerana kereta Jungkook ada di garaj tetapi orangnya tiada.Dia terus terfikir untuk ke bilik Yein.

Baru tangannya hendak memulas pintu bilik Yein,niatnya dibatalkan.Telinganya ditekapkan pada pintu bilik itu.

"Sampai hati dia buat saya macam ni..kan? Sedangkan dia orang yang paling oppa sayang , paling oppa percaya..Oppa baru je nak lupakan apa yang jadi masa kita dekat Malaysia hari tu..tapi lepas apa yang Yein cakap tadi..hati oppa hancur untuk kali yanh kedua..", Suara Jungkook mengendur.

"Bukan semua orang yang kita sayang boleh dipercayai sayang..kadang-kadang diorang akan khianati kita..sabar jelah oppa", Kata Yein sambil mengusap lembut belakang Jungkook.

"Yein ah..layan saya?", Yei tersenyum suka mendengar pintaan suaminya.

"Boleh sayang...", Kata Yein seraya mengusap pipi Jungkook.

Sakit hatinya mendengar gelak tawa Yein yang diusik Jungkook dan juga suara yang tidak sopan keluar daripada mulut Yein.

Terus Hanmi berjalan laju memasuki biliknya.Pintu biliknya itu dihempas kuat.Tas tangannya juga dibaling ke lantai.Pantas dia menaiki katilnya.Kedua lututnya dirapatkan ke dada.Wajahnya disembamkan di antara kedua lututnya.Air matanya terus berjujuran keluar.Dia meraung sekuat hatinya.

➡ ➡ ➡

Jungkook tersenyum manis melihat Yein yang masuh lena berlapikkan lengannya.Jungkook yang tersedar gara-gara bunyi jam locengnya terus menarik lengannya perlahan-lahan.Kepala Yein dibetulkannya di atas bantal.

Jungkook lantas mencapai tuala di tempat penyidai tuala.Dia memasuki kamar mandi pula.Setelah selesai membersihkan dirinya,dia ke membuka almari baju untuk mengambil pakaiannya.Laci kecil ditariknya pula untuk mengambil boxernya.

Sedang dia memilih boxernya,pandangannya tertancap pada sepucuk sampul surat bewarna coklat.Hatinya menyuruh dia untuk membaca isi surat itu kerana dia tidak tahu mengenai sampul surat itu.

Dengan berhati-hati dia membuka pelekat sampul surat itu.Riak wajahnya terus berubah.Hatinya mula dibelenggu rasa bersalah membaca surat perjanjian antara Hanmi dan Yein yang ditandanganinya dahulu.

Perjanjian di mana dia perlu menceraikan Yein selepas gadis itu bersalin anaknya.Jungkook menoleh ke belakangnya menghadap Yein yang sedang tidur.Terbit rasa bersalah di dalam hatinya kerana dia sudah mulai mencintai gadis itu.

Namun,dia juga tidak sanggup menghancurkan hati orang pertama yang paling dicintainya iaitu Hanmi.Air matanya mula berlinangan di tubir matanya.Surat perjanjian tadi terus dikoyakkannya lalu pemetik api dicapainya.Surat itu dibakarnya lalu dicampakkan ke dalam lubang tandas.

➡ ➡ ➡

"Awak..", Tegur Hanmi yang sedang bersarapan di meja makan.

Jungkook langsung tidak mempedulikan Hanmi.Dia terus berjalan ke arah peti sejuk lalu sebotol susu dicapainya.Hanmi  masih tersenyum walaupun Jungkook tidak mengendahkannya tetapi hakikatnya dia terlalu kecewa dengan Jeon Jungkook.

"Awak marilah makan sekali. Saya dah masakkan nasi goreng ni..", Jungkook hanya akur lalu ditariknya kerusi berhadapan Hanmi.

Hanmi tersenyum sedang dia mencedukkan nasi ke dalam pinggan untuk suaminya itu.Jungkook hanya memerhatikan Hanmi dengan pandangan kosong.

"Makanlah..", Kata Hanmi lembut.

Hanmi tidak lepas daripada mengamati wajah tampan suaminya yang sudah mula menjamah nasi goreng tersebut.Baru beberapa suapan,Jungkook meluahkan semua nasi goreng yang ada di dalam mulutnua ke dalam pinggan.

Terloponh Hanmi melihatnya.Aneh juga dia kerana nasi goreng itu dimasak seperti biasa yang digemari Jungkook dahulu.Tiada sebarang penambahan yang dia lakukan ketika memasak nasi goreng itu.

"Kenapa ni?! Tak sedap ke?!", Hanmi bertanya sambil memegang bahu Jungkook.

Lantas Jungkook menepis tangan Hai yang berada di bahunya.Dia bangkit dari duduknya lalu berdiri menghadap Hanmi.Wajah Hanmi ditenung dengan perasaan benci.

Hanmi menelan liurnya dengan payah.Jantungnya mula berdebar dipandang sebegitu.Rasa takut mula membelenggu dirinya.Namun dia masih berani membalas tatapan tajam Jungkook.

"Ya! Memang tak sedap pun sebab orang yang masak benda ni kau!", Terhinjut bahu Hanmi kerana ditengking suaminya.

"Jungkook ah...", Hanmi menunduk ketakutan sambil menangis teresak-esak.

"Kau tahu tak macam mana aku sayang kau? Masa kita mula kenal dulu, aku usaha dapatkan kau sampailah kita sah jadi suami isteri..Masa rahim kau dibuang..siapa yang jaga kau? Aku kan? tapi ini yang kau balas dekat aku? Kau keluar dengan jantan lain! Aku cuba tak nak fikir bukan-bukan pasal apa yang jadi dekat Malaysia..tapi lepas apa yang Yein cakap. Rupanya semua tu betul. Aku menyesal Hanmi. Aku menyesal kahwin dengan kau!", Kata-kata Jungkook membuatkan Hanmi terkedu.

Hanmi terus bangkit lalu berdiri berhadapan Jungkook.Wajah suaminya jelas kelihatan kecewa.Dia memandang Jungkook dengan matanya yang masih basah dengan air mata.

"Saya minta maaf..", Hanmi memohon lalu tubuh Jungkook dipeluknya.

"Saya minta maaf...", Ucap Hanmi sekali lagi sambil kepalanya disandarkan pada dada bidang Jungkook.

Jungkook menarik tubuhnya dari pelukan Hanmi.Namun pelukan Hanmi itu sungguh kuat.Oleh itu,Jungkook terpaksa merentap tangan Hanmi supaya melepaskannya.

"Aku boleh maafkan kau tapi aku tak boleh hidup bersama dengan kau. Maafkan aku Hanmi. Aku ceraikan kau Dong Hanmi.", Kata Jungkook dengan suara tertahan-tahan.

Air mata Jungkook yang ditahan dari tadi akhirnya tumpah.Hanmi memandang Jungkook tidak percaya.Terduduk dia mendengar ungkapan itu.

Jungkook langsung tidak menghiraukan malah dia terus pergi meninggalkannya.Hanmi yang ketika itu meraung sekuat hatinya.Kepalanya dihantukkan beberapa kali di sisi meja makan itu.

Sementara Yein yang sedari tadi mengintai di tangga lantas menghampiri Hanmi.Senyuman kemenangan terukir di bibirnya.Sesampainya dia di hadapan Hanmi,badannya ditundukkan lalu kepala madunya itu ditolak membuatkan kepala Hanmi terdongak.

"Kau rahu tak sekarang ni aku gembira sangat!", Yein berdiri tegak semula sambil menyilangkan tangannya.

Hanmi mengangkat wajahnya menghadap Yein yang sedang tergelak jahat.Saki baki air matanya diseka kasar.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Lantas dia bangkit lalu menghampiri Yein.

"Kau bukan manusia tapi kau Setan!!!", Jerit Hanmi betul-betul di depan muka Yein.

Hanmi berjalan laju meninggalkan kediaman yang menyimpan kenangan manisnya bersama Jungkook.Enjin keretanya dihidupkan.Kenderaan itu dipandunya laju pergi dari situ.

Yein yang masih kaku di dapur tersenyum sinis dek kerana kemenangannya menghancurkan hubungan Hanmi dan Jungkook.

[C] Wedding Contract  결혼 계약 Where stories live. Discover now