26 as FINAL

3.4K 210 74
                                    

Flashback .

" Jungkook ah..saranghae..Kajima..jaebal.. ",

Baru beberapa langkah Mingyu berjalan keluar dari bilik Hanmi, dia sudah berhenti kerana terdengar suara halus wanita kesayangannya itu.

Tanpa mempedulikan waktu yang sudah lewat, dia terus memasuki bilik Hanmi sekali lagi. Kelihatan Hanmi sedang mengalami sebuah mimpi.

" S-saya sayang awak, Jungkook..Jangan tinggalkan s-saya.. ",

Terasa sedih Mingyu apabila Hanmi menyatakan yang dia mencintai Jungkook walaupun ianya mimpi.

End Of Flashback.

Setelah beberapa minit pemanduan, akhirnya Mingyu tiba di rumah banglo milik ibu bapanya.

Loceng di tepi pintu ditekan. Beberapa ketika selepas itu, muncul lah seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang memakai baju tidur.

" Mingyu ah, gwaenchana? ", Puan Kim begitu risau apabila melihat Mingyu sedang menangis dengan pipinya memerah. Mabuk.

Puan Kim pantas memaut tubuh Mingyu apabila anak lelakinya itu seperti mahu tumbang ke tanah.

Segera Puan Kim memapah anaknya lalu membawanya ke ruang tamu. Tubuh Mingyu didudukkan di sofa.

" Omma... ", Puan Kim terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Mingyu.

Kepala anak lelakinya itu dijatuhkan dibahunya. Puan Kim membelai-belai rambut Mingyu yang sedang tersedu-sedan itu.

" Kenapa ni sayang..? Hmm? ", Tanya Puan Kim bernada memujuk.

" Mingyu bersalah sangat sebab dah putuskan hubungan diorang. Gyu tak patut sayang Hanmi, dia milik orang lain, omma. ", Berkerut dahi Puan Kim dengan kata-kata Mingyu.

" Apa Gyu merepek ni? Hanmi kan sayang Gyu..dan Gyu pun sayang dia. Takkan lah, dia ada orang lain pula.. ",

" Ya, memang dia sayang Gyu, tapi.. Gyu tahu dia masih sayangkan bekas suami dia. Gyu tak sanggup tengok dia menangis sebab teringatkan lelaki tu. Gyu tak sanggup bahagia kalau Hanmi menderita omma.. ",

" Habis tu, Mingyu nak buat apa sekarang? Takkan Mingyu nak batalkan perkahwinan kamu berdua? Lagipun, persiapan kahwin semua dah siap.. ",

Mingyu mengangkat kepalanya dari bahu ommanya. Wajah ommanya dipandang sayu.

" Tak omma,Mingyu takkan batalkan perkahwinan kami.. ",

➡ ➡ ➡

Hari Perkahwinan .

" Mingyu ah..betul ke apa yang Gyu nak buat ni? ", Soal Puan Kim sambil memegang bahu anaknya.

Mingyu hanya tersenyum tawar lalu mengangguk kecil. Walaupun pada hakikatnya dia juga sedih kerana terpaksa melepaskan Hanmi.

" Baiklah sayang.. anak omma memang baik.. ", Puan Kim melepaskan keluhan halus sebelum mengusap kepala anaknya.

" Dah jom kita pergi sekarang. Nanti appa tunggu pulak dekat bawah tu. ", Kata Mingyu lalu menuruni tangga bersama ommanya.

Kemudian, mereka tiga beranak terus menuju ke tempat yang akan berlangsung perkahwinan Hanmi.

Beberapa minit selepas itu, mereka pun tiba di perkarangan gereja tersebut. Beberapa fotographer lantas mengambil gambar Mingyu sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta.

[C] Wedding Contract  결혼 계약 Where stories live. Discover now