25

2.3K 155 23
                                    

"Siapa dia tu sebenarnya?", Soal Mingyu memecahkan keheningan di dalam kereta ketika itu.

Hanmi yang ketika itu sedang membuang pandangannya keluar tingkap sambil melayan perasaannya tersentak dengan soalan Mingyu.

"Ka..kawan lama saya..", Mingyu mengangguk mengiyakannya.

"Okay", Mingyu sekadar tersemyum tawar.

Mingyu merasakan seperti ada sesuatu di antara Hanmi dan Jungkook kerana sikap Hanmi terus berubah selepas menjumpai Jungkook tadi.

➡ ➡ ➡

Jungkook duduk di atas sofa milik pasangan Kim. Dia ke sana kerana ada hajat yang ingin diminta.

Min pula duduk berhadapannya sambil Taehyung sedang mandi di bilik atas.

"Min aku, nak nombor Hanmi..", Min mengangguk lalu telefon bombitnya dicapai.

"Nah. Aku harap lepas kau call dia, hubungan korang akan baik.",

"Thanks tau. Kau dengan suami kau banyak tolong aku.",

"Tak ada apalah. Memang dah jadi  tanggungjawab aku jaga hubungan korang. Lagipun, Hanmi tu kawan baik aku jadi mesti aku nak dia bahagia kan?. Cuma aku minta satu je dari kau. Jangan sia-siakam Hanmi lagi lepas ni tau. Kalau tak, aku cincang kau!", Pesan Min sambil mengangkat jari telunjuknya sebagai peringatan.

"Hahaha..Ya, ya aku janji.", Jungkook tertawa suka.

➡ ➡ ➡

Drttt~~
Hanmi membuka matanya dengan payah. Kepeningan dalam kepalanya semakin bertambah apabila alat komunikasinya tidak henti bergetar.

Telefon bimbitmya dicapai lalu ibu jarinya diletakkan pada skrin telefon itu dan ia menolak ikon hijau ke tengah.

"Nugusaeyo?", Tanya Hanmi kerana dia tidak langsung melihat nama pemanggil tersebut.

"Mingyu lah. Bakal suami awak.", Hanmi tersenyum suka mendengar ayat terakhir Mingyu walaupun pada hakikatnya lelaki itu tidak dapat melihatnya.

"Awak buat apa tu? Dah makan?",

"Belum..", Jawab Hanmi dengan tidak berdayanya.

"Lah, kenapa tak mak-- Eh, kenapa suara awak serak ni?", Hanmi menggulingkan bebola matanya dek kerana bakal suaminya yang terlalu mengambil berat tentangnya.

"Awak demam eh?",

"Tak lah..",

"Saya datang rumah awak sekarang.", Baru sahaja Hanmi mahu menghalang, Mingyu pantas mematikan talian.

"Haish. Sayang betul kau dekat aku kan..", Ujar Hanmi sambil tersenyum.

Baru sahaja dia ingin bangkit, alat komunikasi itu bergetar lagi dan ia memaparkan nombor yang tidak dikenalinya.

Alat komunikasi itu ditekapkan pada telinga kanannya.

"Annyeong..",

[C] Wedding Contract  결혼 계약 Where stories live. Discover now