20

2.1K 153 39
                                    

✅Nama kedai di dalam chapter ini adalah rekaan semata-mata.
✅Harap maklum.

➡ ➡ ➡

Setelah lama,mengisi waktu lapang mereka bersama pasangan Kim yang baru sahaja menjadi pasangan ibu bapa,Jungkook dan Hanmi terus menuju pulang ke kediaman mereka suami isteri.

Sepanjang perjalanan,tiada sebarang perbualan yang berlaku.Masing-masing mengunci mulut untuk berbicara.Hanmi masih lagi berasa kekok dengan layanan baik Jungkook terhadapnya di hospital tadi.Begitu juga dengan Jungkook.

Setelah menempuh jalan raya yang agak lengang pada malam itu,akhirnya pemanduan Jungkook berhenti di perkarangan rumahnya.Handbrake kereta dinaikkan sebelum mematikan enjinnya.

Hanmi yang ketika itu hendak membuka pintu kereta dibahagiannya segera ditahan oleh Jungkook.Hanmi memandang Jungkook dengan wajah polosnya.Dia mengangkat keningnya menanti bicara suaminya itu.

"S-saya buka kan..", Kata Jungkook kekok sambil cuba untuk tersenyum.

Hanmi hanya membalas dengan anggukan disertakan senyuman manisnya.Dia hanya menunggu Jungkook untuk ke bahagian tempat duduknya.Segera suaminya itu berlari ke arahnya lalu membukakan pintu kereya buatnya.

"Gumawo", Ucap Hanmi perlahan namun dapat didengari oleh Jungkook.

Jungkook tersenyum kepada isteri pertamanya itu.Mereka kemudian memasuki rumah secara beriringan.Tanpa mereka sedari,mereka sedang diperhatikan oleh Yein dari dalam rumah.

"Kurang ajar punya perempuan!", Getus hati busuk Yein.

Yein segera keluar dari biliknya lalu menuruni tangga setelah Hanmi dan Jungkook memasuki kediaman dua tingkat itu.

"Chagiya!!", Tubuh Jungkook terus dipeluk erat oleh Yein yang ketika itu baru sahaja tiba di tingkat bawah.

Jungkook terkedu dengan tindakan Yein.Sempat dia mengerling ke arah Hanmi yang sudah berubah reaksinya.Yein pula sudah tersenyum kemenangan apabila mendengar tapakan kaki Hanmi meninggalkan dia dan Jungkook.

"Oppa!! Lamanya,penat Yein tunggu tau", Yein mendongakkan wajahnya memandang Jungkook namun pelukan masih belum dileraikan.

"Jom tidur?", Ajak Yein sambil memegang sebelah tangan Jungkook.

"Haru ni kan saya tidur dengan Hanmi..tak ingat ke?", Jungkook berkata dengan lembut agar tidak mengecilkan hati wanita itu.

"Alaa..boleh lah? Plea--", Pujuk Yein sambil menunjukkan aegyonya.

"Tak boleh..kena lah adil.Lagipun semalam baru je oppa tidur dengan Yein kan? Takkan hari ni pun tidur dengan Yein juga? Kesian dekat Hanmi tu..asyik tidur sorang² je..", Yein terus melepaskan genggamannya pada pergelangan tangan Jungkook setelah pintaannya ditolak mentah-mentah.

Laju kakinya dihayunkan meninggalkan suaminya di situ seorang diri.Jungkook merengus kasar.Wajahnya diraup kasar sebelah tangannya.

"Lantak kau lah! Marah Jungkook tetapi perlahan nadanya.

➡ ➡ ➡

"Ehh..kenapa awak tak tidur dengan Yein?", Hanmi yang baru hendak melelapkan matanya di atas katil terus terjaga semula apabila mendengar pintu biliknya dibuka oleh seseorang.

Jungkook tersenyum tawar sambil menghampiri Hanmi di atas katil.Dia segera duduk melunjur sambil badannya disandarkan pada kepala katil.Selimut yang menutupi badan Hanmi ditarik sedikit oleh Jungkook dek kerana kedinginan pendingin hawa.

"Saya nak tidur dengan awak hari ni..", Kata Jungkook yang kini sudah mengubah posisinya terus kepada berbaring di sebelah Hanmi.

Hanmi hanya berdiam mendengar penjelasan suaminya itu.Tubuhnya dibaringkan membelakangi suaminya itu.

Baru sahaja matanya mahu ditutup,pinggangnya pula dilingkari tangan sasa Jungkook membuatkan matanya terbuntang luas.

"Mianhae", Jungkook berbisik pada Hanmi.

Menderau darah Hanmi apabila merasakan nafas hangat pada lehernya.Bibirnya dikemam untuk cuba menahan rasa geli apabila Jungkook mencium lembut leher jinjangnya.

➡ ➡ ➡

Pada pagi yang membahagiakan,Hanmi tersenyum manis di hadapan cermin almari soleknya.Perasaan bahagia itu terjadi disebabkan semalam dia baru sahaja melakukan hubungan intim bersama Jungkook.Sungguh tidak dapat dia gambarkan bagaimana perasaannya ketika itu.

"Awak..nak pergi mana ni?", Soal Jungkook yang baru sahaja keluar dari kamar mandi dengan hanya bertuala yang melingkari pinggangnya.

"Saya nak ke shopping mall..nak belikan baju untuk anak Min dengan Taehyung..", Jelas Hanmi seraya memperkemaskan rambutnya.

"Yeke? Tapi saya tak dapat nak temankan sebab saya kena jumpa Namjoon..Dia minta tolong saya buat lagu baru untuk dia..",

"Tak apa..saya boleh pergi sendiri..", Kata Hanmi lalu kunci kereta di atas meja soleknya diambil.

"Mian..gumawo..saranghae", Tiga perkataan itu sudah cukup membuat Hanmi tersenyum bahagia ditambah pula apabila Jungkook memeluk pinggangnya dari belakang sambil meletakkan dagunya di atas bahu Hanmi.

"Saya lagi cintakan awak..okay lah,saya pergi dulu.Annyeong", Kata Hanmi sambil menurunkan tangan Jungkook di pinggangnya perlahan-lahan.

Baru sahaj dia mahu menapak keluar dari biliknya,tangannya ditarik pula.Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook iaitu suami tercintanya.Bibirnya dicium Jungkook.Perlahan-lahan Hanmi membalas ciuman suaminya pada bibirnya sambil memejamkan mata.

"Dah lah tu..nanti lama-lama lain pula jadinya..", Perli Hanmi setelah melepaskan ciuman hangat mereka sui isteri itu.

"Heheheheh..okay lah..Ka", Kata Jungkook lembut.

➡ ➡ ➡

"Baju apa nak beli eh untuk Little Taemin?", Hanmi berfikir sejenak sebelum keluar dari perut keretanya.

Hanmi terus keluar lalu menuju masuk ke dalam shopping mall tersebut.Kaca mata hitamnya disangkut pada bajunya setelah memasuki ruang besar mall itu.

Hanmi masih belum menjumpai kedai yang menjual barangan bayi yang mampu menarik perhatiannya.Puas dia berjalan sehinggakan dia terlihat sebuah kedai berjenama kanak-kanak yang sering dimasuki mak-mak zaman sekarang iaitu 'Kiddiz Time!'.

Terus bibirnya mengukir senyuman lalu kaca mata hitamnya yang disangkut pada bajunya tadi dipakai semula.Segera dia berjalan dengan penuh gaya ke dalam kedai tersebut.



••••••

Typo? Lupakan jelo!

Vote✅
Comment✅
Readers support✅

Aishiteru😳💖

[C] Wedding Contract  결혼 계약 Where stories live. Discover now