5

2.8K 278 41
                                    

Song Ji Hyo Pov

Taehyung menutup matanya dan aku mula ketawa terbahak-bahak melihatnya. Segera aku meletakkan kembali pisau yang tajam itu di atas sofa berdekatan dan menarik badannya yang tegap itu ke dalam dakapanku.

"Ahh, sorry sebab buat awak terkejut. Saya takkan sesekali pun bunuh awak sebab awaklah penyebab saya bahagia.. " bisikku di telinganya perlahan.

Aku dapat rasa jantung Taehyung berdegup dengan laju. Mungkin kerana terlalu takut tentang hal tadi kot?

Selepas beberapa minit aku meleraikan pelukan, Taehyung segera keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretaku.

Aku memandangnya sekilas sebelum memandu menuju ke dorm BTS untuk menghantarnya pulang.

Tiada siapa pun yang bercakap, hanya bunyi radio memecahkan kesunyian di antara kami. Tiba sahaja di hadapan apartmentnya, aku memberhentikan kereta dan memandangnya yang sedang leka termenung di sebelahku.

"Jangan lupa esok jumpa saya kat cafe yang sama masa first time saya jumpa awak haritu. Pukul 3 petang." kataku lembut tersenyum.

Taehyung cuma mengangguk sekilas tanpa sebarang senyuman, sebelum melangkah keluar dari kereta.

Aku mengeluh berat. Saya tahu mesti awak benci saya sangat-sangat kan sekarang? Mianhe, Taehyung ahh.

★★★

Kim Taehyung Pov

Keluhan berat dilepaskan apabila terfikirkan hal sasaeng fans itu tadi. Hampir sahaja aku ingat aku akan mati tadi.

Aku menekan password dan masuk ke dalam dorm dengan langkah terjengket-jengket. Aku menarik nafas lega apabila telah sampai di hadapan bilikku tanpa disedari orang. Tinggal buka je pintu and then hurray!

Tiba-tiba, telingaku ditarik seseorang membuatkan aku menjerit kesakitan.

"Yahhh, ouchh! Ouchh!" jeritku kecil.

"Yahh, Taehyung pergi mana yang lambat sangat balik ni ha? Semua orang risau tahu tak! Lain kali kalau buat macamni lagi, hyung laporkan dekat Bang Pd." RapMonster makin memulas telingaku kuat.

Mataku membulat mendengarnya.

"Ouchh, sakitlah hyung! Lepaskan lah! Please jangan bagitahu Bang Pd, tadi Taehyung pergi minum kat cafe lepastu terjumpa kawan baik kat sana. Tu yang lepak sampai berjam-jam ni. Sorry?" tipuku.

Gila kalau nak bagitahu yang aku kena culik tadi! Silap haribulan esok jugak aku bertukar jadi mayat.

RapMonster mendengus sebelum melepaskan telingaku. Aku menarik nafas lega.

"Arasseo, hyung percayakan Taehyung. Dah pergi masuk tidur cepat. Kita kan ada comeback esok. Annyeong!"

RapMonster melambaikan tangan ke arahku dan mengorak langkah masuk ke dalam biliknya.

★★★

Keesokannya, Taehyung menunggu di cafe tersebut. Seperti biasa, dia akan memakai hoodie dan masknya agar dirinya tidak dikenali.

✔sasaeng + kthWhere stories live. Discover now