P/s-sorry for any typo and kesalahan tatabahasa sebab saya tak buat double check since saya update this chapter in hurry.
❤❤❤
Harini ialah hari dimana BTS membuat konsert besar-besaran di Seoul, Korea dan juga tinggal lagi 3 hari deal mereka nak tamat.
Jihyo pun bercadang untuk ke sana dan sebenarnya dia sudah lama membeli ticket untuk duduk di seat VIP tanpa pengetahuan Taehyung.
Sampai sahaja di sana, ramai peminat sudah menunggu dan BTS mula naik ke atas pentas. Jihyo turut menjerit, tersenyum dan fangirling bersama-sama fans lain. Maklumlah dia kan sasaeng fans Taehyung.
Tiba-tiba, semasa lagu Boy In Luv dimainkan Taehyung jatuh disebabkan lantai terlalu licin. Semua orang mula terkejut melihat adegan tersebut. Ramai staf mula membantu Taehyung dengan memapahnya pergi ke bilik rawatan.
Jihyo bingkas bangun dan menuju ke arah belakang pentas dengan bantuan beberapa staf konsert tersebut kerana mereka percaya bahawa Jihyo adalah Taehyung's makeup artist.
❤❤❤
Song Ji Hyo Pov
Pintu dibuka dan aku terkejut melihat muka Taehyung berkerut-kerut menahan sakit. Aku segera masuk dan berjalan ke arah Taehyung.
"Taehyung ah, awak sakit ke?" soalku.
Aku memegang kakinya yang sakit itu perlahan. Walaupun tiada balutan di kakinya tetapi aku cuma risau.
Taehyung segera membuka mata apabila mendengar suara lembut aku menyapanya. Dia kelihatan terkejut sedikit.
"Jihyo....a-awak buat apa kat sini?"
"I'm here for your concert. Kaki awak camne? Sakit lagi ke?"
Muka Taehyung kelihatan ceria tetapi terus berubah apabila aku tanya tentang kakinya. Dia menundukkan wajahnya sedih membuatkan aku menjadi panik.
"Hey, hey. Kenapa ni? Kaki awak sakit sangat ke? Awak boleh tak gerakkan kaki awak?" aku melontarkan banyak soalan kepadanya. Dia menggeleng kepalanya perlahan.
"S-saya idol yang tak guna, Jihyo. Sepatutnya harini saya perform atas stage dengan member lain tapi tengok condition saya sekarang? S-saya dah kecewakan semua ARMY." ucap Taehyung tergagap-gagap seperti menahan dirinya daripada menangis.
"Ani. Janganlah menangis Taehyung. The fans already understand it. Apa yang paling penting sekarang ialah kesihatan awak. Your legs. Biar saya bawa awak pergi hospital sekarang. Saya takut kalau kaki awak makin teruk nanti."
Aku mulai bangun daripada kerusi tetapi tiba-tiba Taehyung menarik tanganku membuatkan aku terjatuh ke atas dadanya. Maksudnya sekarang ni aku ada kat atas badan dia di sofa sekarang.
Aku mulai memandang wajah Taehyung yang hanya beberapa inci sahaja dengan mukaku. Kalau aku gerak je muka aku sedikit confirm tercium.
"Auchh! Beratlah awak ni!" rungut Taehyung.
Nasib baik kau sakit, Taehyung. Kalau tak dah lama aku tumbuk muka kau. Detik hati aku.
Taehyung mula memeluk pinggang rampingku sambil memandang mataku dengan mendalam.
Jantungku mulai berdegup kencang. Please Taehyung! Jangan buat aku macamni!
YOU ARE READING
✔sasaeng + kth
Fanfiction+ hidup taehyung sebagai idol berubah pabila wujudnya seorang peminat yang gila dipanggil sasaeng. thanks to @Yoonha0504 for a very beautiful poster. [MAAF ENDING TERGANTUNG KERANA TERLALU MALAS HENDAK BUAT SPECIAL CHAPTER HEHE] HR ; 10 IN FANFICTION