WARNING: Chapter ni terlalu panjang so, kalau taknak baca baik berhenti sekarang okey! Jangan menyesal pulak nanti!😏
❤❤❤
Sehun menarik tangan Jihyo yang sedang patah hati itu dan Jihyo hanya mengekorinya tanpa sebarang bantahan. Tiba sahaja di parking lot tempat di mana kereta Sehun berada, kaki Jihyo mulai lemah.
Dia jatuh terduduk di atas lantai di parking lot itu.
"Jihyo ah...."
Sehun memanggil namanya perlahan kerana terkejut melihat keadaan Jihyo yang tersangatlah lemah itu. Dia turut melutut di atas lantai supaya ketinggian mereka sama.
"Saya tahu awak dengar semuanya... Saya minta maaf sebab sayalah penyebab semua ni terjadi. Kalaulah saya tak paksa awak hadir party ni tadi. Mesti awak takkan sakit hati macamni. I'm sorry...." kata Sehun perlahan.
Dia menyesal kerana dialah penyebab semua ini terjadi kepada Jihyo.
"Semua ni bukan salah oppa. Taehyung pun tak salah jugak." kini, Jihyo mula bersuara.
Sehun dapat merasakan bahawa darahnya naik sebaik sahaja mendengarnya.
"Awak serious, Jihyo? Atas apa yang dia buat dekat awak, awak masih lagi nak bela dia? Awak ni baik sangat macam angel ataupun awak just berlakon bodoh?! Kim Taehyung, curang dengan awak depan mata awak sendiri kot! Dia tu tak guna!"
Sehun melepaskan amarahnya terhadap Jihyo. Dia geram apabila Jihyo masih lagi membela Taehyung walaupun dia nampak dengan mata kepala dia sendiri Taehyung berciuman dan berpelukan dengan perempuan lain.
"Oppa tak tahu semuanya! Jangan kata dia macamtu! Semua ni bukan salah dia sebab Jihyo cuma dia punya fake girlfriend!"
Kini, giliran Jihyo pula yang menjerit membuatkan Sehun membisu buat seketika.
"Saya dah agak memang ada something wrong dengan hubungan korang! Jujur dengan saya sekarang Song Jihyo!! Right now!!" kata Sehun tegas.
Dia sudah tidak kesah lagi berapa banyak air mata yang telah jatuh bercucuran di pipi Jihyo. Dia hanya mahu kebenaran!
"I am his sasaeng fans! S-saya culik dia and then buat deal yang Taehyung kena jadi boyfriend saya for 25 days! Kalau tak, saya ugut nak bunuh dia! Semua ni salah saya! Dia tinggalkan saya sebab it seems impossible for him to love a crazy fan like me! I've killed many people! T-tapi saya buat semuatu ada sebab....sebab yang awak semua tak boleh tahu....." kata Jihyo sambil memandang ke arah lantai dan air matanya mulai jatuh makin laju.
Dia sudah tidak kesah tentang penampilannya sekarang. Dia cuma mahu melepaskan semua perasaan yang terbuku selama ini.
"Korang berdua gila!" tengking Sehun secara tiba-tiba.
Jujur dia terkejut apabila mendengar kenyataan daripada Jihyo. Dia langsung tidak menyangka bahawa Jihyo ialah Taehyung's sasaeng fan tetapi apabila mendengar bahawa Jihyo berbuat begitu kerana ada sebab, hatinya sedikit sebanyak reda sedikit.
Dia yakin Jihyo ada sebab mustahak berbuat demikian. Takkanlah dia nak main culik dan bunuh orang macamtu je?
"Ye, saya tahu saya memang gila..." jawab Jihyo lemah.
Sehun mulai memandang wajah Jihyo yang pucat itu. Dia tidak henti-henti menangis. Walaupun dia agak takut apabila mendengar Jihyo ialah sasaeng tetapi hatinya berasa kasihan melihat keadaan Jihyo begini.
"Just move on, Jihyo. Jangan biar diri awak sendiri sakit lagi!"
Laju sahaja Jihyo menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
✔sasaeng + kth
Fanfiction+ hidup taehyung sebagai idol berubah pabila wujudnya seorang peminat yang gila dipanggil sasaeng. thanks to @Yoonha0504 for a very beautiful poster. [MAAF ENDING TERGANTUNG KERANA TERLALU MALAS HENDAK BUAT SPECIAL CHAPTER HEHE] HR ; 10 IN FANFICTION