10

2.5K 243 29
                                    

P/S- Sorry for any typo and kesalahan tatabahasa sebab saya tak buat double check. Sorry again.

♥♥♥

Oh Sehun Pov

Sinaran matahari mengejutkan aku daripada tidur. Mata dibuka perlahan-lahan. Mwoh? Ni bukan bilik aku! Haishh , pabo Sehun! Tulah siapa suruh mabuk sangat!

Krekkk~

Pintu dikuak dari dalam menampakkan satu figura perempuan. Song Jihyo? Jadi, aku tidur kat rumah dia lah dari semalam?

Segera aku menutup kembali mataku untuk berpura-pura tidur. Satu idea muncul di kepalaku. Idea untuk menyakat Jihyo.

"Oppa. Sehun oppa! Bangunlah." ucap Jihyo lembut. Badanku digoncang-goncangnya.

"Ahhh!" jerit Jihyo apabila aku mula menarik Jihyo yang sedang duduk di birai katil itu ke dalam dakapanku. Jadi, sekarang Jihyo sedang baring di sebelah sambil dipeluk olehku.

"Sehun oppa! Lepaskanlah! Dah gila ke ha?" ucap Jihyo. Cuba untuk meloloskan dirinya daripada aku. Aku tersenyum sinis dan pelukan makin dieratkan.

"Omma ahh! Bagilah Sehun tidur 10 minit je lagi." kataku. Mataku masih lagi ditutup.

"Aduhh! OMMA!!" aku mula menjerit dengan kuat apabila Jihyo memulas dan mencubit perutku. Pedih gila! Andwae! Kesian absku dicemari!

Jihyo ketawa kecil. Dia bingkas bangun daripada katil dan memandangku.

"Tulah! Liat sangat nak bangun! Padan muka! Dah pergi mandi cepat, nanti turun bawah breakfast!" kata Jihyo. Dia mengorak langkah untuk keluar.

"Arasseo, sayang!" jawabku. Sengaja untuk menyakatnya lagi.

Dia berhenti dan menoleh ke belakang sambil menunjukkan buku limanya.

"Sayang! Sayang! Nah buku lima saya kasi!" muka Jihyo kelihatan merah menahan geram.

Ketawa aku akhirnya meletus. My Jihyo seriously comel sangat!

♥♥♥

"Err, so macam mana saya boleh ada kat rumah awak?" soal Sehun semasa meraka berada di meja makan.

Nasib baik Taehyung tiada kerana dia sudah keluar sejak pukul 6 pagi lagi. Kalau Sehun tahu diaorang duduk serumah! Ish, parah!

"Oppa mabuk dan saya ternampak oppa. Lepastu saya bawak lah oppa datang sini since saya tanya dorm oppa kat mana, tak jawab-jawab." ujar Jihyo tenang. Dia tidak mahu memberitahu Sehun pasal ciuman tu semalam! Malu do!

"Owh."

Hadeukaerihae
Let it flow let it flow now,

Jihyo meminta diri ke atas sebentar lalu menjawab panggilan tersebut. Dia tidak mahu rahsia terbesarnya ini diketahui oleh orang lain.

"So, lelaki tu kat mana sekarang?" soalku kepada orang yang berada di dalam talian tersebut.

("Cepat keluar dari rumah sekarang! Saya dah kesan lokasi dia dan dia ada berdekatan dengan rumah cik sekarang. Cepat!")

"Shit!" Kata Jihyo. Dia mendengus geram. Dia segera mematikan panggilan tersebut. Tangga rumah dituruni dengan laju.

✔sasaeng + kthWhere stories live. Discover now