Bang bang!
Telingaku. Berdesing! Nyaringnya bunyi tembakan itu! Argh! Aku bersembunyi di bawah katil. Sungguh aku takut. Keadaan sekarang... Ayah... Ibu... Abang... Apa aku nak buat sekarang?
"Woi budak. Kau tak nak tengok ke mayat keluarga ni? Ke kau nak aku bawak kepala mak bapak kau depan mata kau?".
Aku memeluk lutut sekuat hati. Takut. Badan aku menggigil ketakutan. Memikirkan keluarga aku yang sudah...
"Budak, aku cuma nak kau keluarlah. Aku tak akan tembak kau."
Aku menutup mulut. Tidak mahu tangisan aku di dengarinya. Ya Allah, Kau kirimkanlah pertolongan untuk hambaMU ini. Sungguh aku takut.
Derap kakinya kedengaran sangat dekat. Aku memandang pintu bilikku. Cahaya! Ada orang! Adakah dia yang...
"Adik? Abang ni. Adik dekat mana?".
Abang! Suara abang! Ta.. tapi..
"Adik, keluarlah adik. Pembunuh tu dah pergi jauh dah. Adik janganlah takut."
Abang! Aku mengesot perlahan. Dan apabila aku berdiri...
Bang bang!
Pandangan aku kelam. Dia.. Dia tersenyum melihat kejayaannya. Kejayaannya membunuh orang. Aku menyentuh perut aku yang terkena tembakannya. Banyak darah keluar! Aku mengerang sakit. Aku bersumpah! Aku akan bunuh lelaki ini!
"Abang! Cepatlah sikit angkut barang tu. Excited ni nak masuk rumah baru!" aku bercekak pinggang. Haih, lembap betullah abang aku ini. Syafiq berdecit geram. Benganglah tu!
"Woi, cuba kau pulak yang angkat beg kau ni. Sumpah berat! Kau letak batu ke apa hah? Ke kau bawak orang dalam beg ni?" rungut abang lagi. Terkekeh aku ketawa.
"Oppa! Bukanlah! Dalam tu ada mayat," aku ketawa terbahak-bahak melihat Syafiq mencebik. Pikir comellah?
"Kau tak habis-habis dengan Korea kau. Cepatlah. Ambil beg aku dalam kereta. Takkan aku sorang aje kena kerja?" Syafiq meletakkan beg aku di atas tanah. Aku menjelirkan lidah sebelum berlalu ke kereta.
Aku dan Syafiq. Dua beradik aje. Ibu bapa kami kemalangan dan meninggal dunia. Syafiq baru dapat kerja dan kami terpaksa pindah. Aku memandang rumah yang bakal kami duduki. Dengar cerita, banglo dua tingkat ini milik nenek kami. Entah betul entah tidak. Aku pun tak tahu. Tapi, Encik Faiiz selaku peguam keluarga kami yang memberitahu ini pada Syafiq.
Aku mengangkat beg dan mengusungnya ke pintu. Punyalah besar! Aduyai pun. Mampuslah kalau aku sorang aje yang kena bersihkan! Ergh! Perlahan-lahan aku menolak pinty banglo ini. Dah macam istana tinggalan pulak aku tengok!
"Bang! Confirm ke ni nenek kita punya banglo?" aku masuk dan berpusing-pusing. Aigoo, besar sangat banglo ini. Syafiq masuk juga. Dia bercekak pinggang.
"Nasib ada banglo ini tau! Kalau tak, mana nak cari rumah lagi? Johor dengan Melaka bukannya dekat nak ulang-alik."
Masuk aje ada tangga. Punyalah besar! Di bahagian kiri banglo adalah dapur. Kanan pulak ada dua bilik. Apa bilik untuk orang gaji ke?
Aku naik ke atas. Sumpah seram kalau tinggal sorang-sorang dalam rumah ini! Kakiku langkah ke kiri. Banyak gambar! Ada potret lagi. Aku sentuh gambar itu. Satu keluarga. Sepasang suami isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan. Tapi, kenapa mereka tidak senyum? Muram sahaja.
"Syafra! Jangan nak merayau jauh-jauh!" jeritnya daripada bawah. Aku terkejut. Secara tak sengaja gambar itu jatuh. Aku tersentak.
"Woii! Kalau tak terkejutkan aku tak boleh ke hah?" aku mengangkat kembali gambar itu. Digantung elok-elok.
YOU ARE READING
Banglo
Mystery / ThrillerSyafra dan Syafiq baru sahaja pindah ke tempat yang baru. Makanya, Syafra harus mencari tempat tinggal. Kebetulan, Encik Faiiz selaku peguam keluarganya menawarkan mereka duduk di sebuah banglo peninggalan neneknya. Banyak desas-desus yang Syafra de...