Aku melangkah perlahan-lahan masuk ke perkarangan sekolah. Longlai sahaja langkahku. Macam mayat bernyawa aje aku ni!
Malam tadi tidur aku diganggu oleh Cik Gula-gula, macam mana aku nak tidur?
Malam tadi aku tersedar. Dalam pukul tiga pagilah tak silap aku. Rasa nak buang air pulak terus aku ke tandas. Mamailah, baru bangun tidurlah katakan. Lepas tu aku tanpa was-was, terus baring atas katil dan memeluk bantal peluk.
Part ni yang aku bengang ni. Bantal peluk aku sepatutnya lembut dan gebu. Wangi sebab aku dah sembur perfume yang Syafiq belikan. Tetapi..
Bila aku buka mata aje aku menjerit. Terkejut! Sedap pulak aku memeluk Cik Gula-gula. Dia senyum memandang aku. Terus aku menolaknya jatuh ke lantai. Aku berpusing ke kiri, membelakanginya. Menggigil satu badan aku.
Aku dengar bunyi mengilai. Dan juga bunyi orang melompat-lompat. Berkali-kali aku menyebut nama Allah. Punyalah aku semput! Pucat muka aku! Bila tersedar aje, azan berkumandang. Nasib masa tu tak ada benda kacau dah.
“Syafra!”.
Teguran si Zafran membuatkan monologku terhenti. Aku memandangnya dengan wajah yang tidak bermaya. Ini baru dua malam. Dua malam aku tidur tak lena. Haish.
“Kau okay?” wajah Zafran terkejut. Aku senyum.
“Mata kau sembap. Muka pucat. Bibir kau pun sama. Kau cukup tidur tak ni? Demam ke?” tangannya diletakkan ke atas dahi aku. Automatik aku menepis tangannya. Tak biasa bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.
“Aku okay. Janganlah risau,” aku menjauhiya.
“Haish kau ni. Kan aku dah cakap stay dengan aku malam tadi. Mesti kau kena kacaukan?”.
Aku menjelingnya. “Diamlah. Kau ni, banyak mulutlah pagi ni. Dah, aku nak masuk kelas ni. Janganlah membebel lagi. Bernanah nanti telinga aku,” aku buat selamba. Malas nak layan orang macam ni.
“Yelah. Meh, jalan dengan aku. Jangan jalan sendiri. Kau jatuh nanti susah,” pesan si Zafran lagi. Aku mengerlingnya. Riak wajahnya memaparkan yang dia langsung tak puas hati dengan aku. Aku peduli apa.
“Kau ingat aku budak kecil ke jalan tak betul?” aku tersadung batu dan hampir terjatuh. Nasib si Zafran menarik aku dan aku jatuh ke pelukannya. Berona merah wajah aku. Aku, aku boleh bau benda yang wangi. Adakah dia datang daripada Zafran? Aku terkedu beberapa saat sebelum menolak Zafran. Kasar.
“Woi, agak-agaklah. Hish,” aku mendengus dan berjalan laju ke tangga. Nak naik ke kelas.
Dari jauh Zafran memerhati. Dia berdecit bengang. “Bukannya nak cakap terima kasih!” dia turut mengikuti langkah aku.
Masuk je kelas, tubuh aku ditarik seseorang. Aku terkejut.
“Syafra! Kau bercinta dengan Zaf eh? Betulkah?” kata Mei Ling. Gadis cina bertocang kuda. Elok aje tangannya memegang kedua lengan aku. Sedikit sakitlah.
“Syaf! Oh! Katakan tidak!” Firah, bestfriend Mei Ling. Dia mencubit pipinya berkali-kali. Gila ke apa minah ni?
“Syafra, kau.. Kau tak couple dengan Zaf kan?” Mika merenung wajah aku. Renungannya boleh membuatkan aku takut!
Tiga orang gadis ini meminati Zafran rupanya. Habislah aku. Lepas ni mesti aku famous. Famous kena gosip. Gosip yang aku rapat dengan pujangga malaya sekolah ini. Zafran Azhar.
“Sudahlah. Jangan kacau minah ni,” Zafran menarik Mei Ling. Terus genggaman Mei Ling pada lenganku terlepas. Aku mengeluh lega. Nasib baik dia tolong. Haish.
YOU ARE READING
Banglo
Mystery / ThrillerSyafra dan Syafiq baru sahaja pindah ke tempat yang baru. Makanya, Syafra harus mencari tempat tinggal. Kebetulan, Encik Faiiz selaku peguam keluarganya menawarkan mereka duduk di sebuah banglo peninggalan neneknya. Banyak desas-desus yang Syafra de...