Mika

3.9K 199 18
                                    

Azan bergema di seluruh pelusuk alam. Menandakan sudah masuknya waktu Maghrib. Waktu untuk kami, umatNya untuk menunaikan kewajipan kami. Aku mencapai telekung dan memakainya. Azan yang dilaungkan oleh Zafran amat merdu. Suaranya bergema di dalam banglo ini.

“Semua dah siap?” tanya aku kepada kaum aku. Kaum perempuan. Aku mengira. Mia dan Firah aje ada. Mei Ling tak boleh sembahyang. Dia bukan Islam sebenarnya. Jadi Mei Ling duduk di dalam bilik aku sambil membaca buku.

Mia mengangguk manakala si Firah sudah tertoleh-toleh memandang tangga. Aku mengerutkan dahi. “Kenapa Firah? And, mana Mika?” tanya aku lagi kepada Firah. Firah memandang aku dengan wajah yang cemas. Aku mula tak sedap hati.

Boys, nampak Mika tak?”.

Hairul dan Imran yang sedang membentang sejadah di ruang tamu memandang aku. Hairul mengangkat bahu dan Imran menggeleng. Zafran yang baru sahaja selesai melaungkan azan, menghampiri kami. Dia memandang aku juga.

What’s going on here? Kenapa Syaf?”.

“Mika hilang. Firah tak tahu mana dia pergi,” laporku kepadanya. Mia berdiri di sebelah aku manakala Firah masih setia bersila di lantai. Hairul dan Imran turut sama menghampir. Aku sempat mengerling tempat yang kami akan solat nanti. Tugas mereka sudah selesai.

Zafran menilik jam tangan. “Kita akan kehabisan waktu kalau macam ni. Rul dan Im, korang cari dekat dapur. Aku cari dekat luar. Mana tahu dia merayap dekat sana,” aku mengangguk mendengar arahan Zafran.

“Kalau macam tu, Mia, check bilik aku. Aku check bumbung. And Firah, stay here. Jangan pergi mana-mana. Tunggu sampai kitorang sampai? Kemudian kita sembahyang jemaah. Okay?” aku menaikkan ibu jari. Cuba menenangkan Firah dan juga diri sendiri.

Firah mengangguk. Selepas itu kami berpecah. Aku berlari anak mendaki tangga bersama Mia. Tubuh kami masih tersarung telekung. Sebab kami malas nak buka. Mia berlari ke blik dan aku naik lagi terus menuju ke bumbung.

Kelibat Mika yang sedang berdiri di tengah-tengah bumbung amat melegakan aku. Aku memandang sekeliling. Matahari dah hilang. Keadaan ini membuatkan aku takut. Segera aku mendekati Mika.

“Mika..”.

Mika menoleh. “Ya?”.

Saat tangan aku menyentuh bahu Mika, jantung aku berdegup kencang. Bulu roma aku menegak dan aku tak tahu kenapa. Akhirnya aku memandang wajah Mika. Wajah Mika pucat membiru! Aku dapat rasa kesejukan datang daripada tubuh Mika.

“Mika, kau okay? Kau buat kitorang risau. Kau buat apa dekat sini?”.

Mika senyum dengan wajah pucatnya. “Kau tak akan faham keseronokkan berada di sini Syafra Imani.”

Pertama kali Mika menyebut nama penuh aku. Aku jadi seram sejuk pula. Aku menarik tangan Mika menuju ke bawah. Aku tak peduli apa pun tapi yang pasti aku tak boleh berada di situ lama-lama. Membuatkan aku rasa tak sedap hati.

Aku toleh memandang Mika. Dia masih tersenyum. Aku jadi takut.

“Er, kau nak sembahyang tak?”.

“Aku uzur Syafra Imani.”

Aku mengangguk dan melepaskan genggaman tangan aku padanya. Mia menghampiri aku.

“Jumpa dekat mana?”.

Aku memandang sahaja langkah Mika yang menuju masuk ke dalam bilik aku. “Aku jumpa dekat bumbung. Tapi Mia, aku tak sedap hatilah. Aku rasa, Mika.. entah. Something’s wrong.”

Mia mengerutkan dahi. Langsung menunjukkan wajahnya yang serius.

Girls! Dah jumpa belum?” laungan Imran daripada bawah mengejutkan kami. Aku mengurut dada dan mengangguk. Mia menarik tangan aku menuruni tangga.

“Dah, Syaf jumpa dekat bumbung. Dia tak boleh sembahyang. So, shall we?” kata Mia sambil mengambil tempatnya. Aku mengekor Mia dan turut memakai kain telekung. Aku memandang kiri. Firah masih lagi menunduk dan membuatkan aku sukar melihat wajahnya.

“Firah?” tegur aku. Firah terbangun daripada lamunannya dan memandang aku. Menunjukkan wajahnya yang pucat lesi. Seperti Mika tadi. Aku rasa bulu roma aku meremang kembali langsung aku memandang ke hadapan.

“Eh, tengok! Mika!” Hairul menunjukkan ke atas. Kami memandang sama.

Mika sedang tersenyum di muka pintu bilik aku. Jantung aku laju mengepam apabila melihat senyuman itu. Apa dah jadi dengan Mika? Firah juga. Masing-masing berwajah pucat. Mika dengan senyuman manakala Firah dengan wajah ketakutannya.

Mata aku bertaut dengan mata Zafran. Zafran mengisyaratkan sesuatu. Aku terkebil. Apa maksud dia?

“Hairul, iqamat.”

Arahan Zafran membuatkan aku terkapai dalam caranya.

“Biar aku masak. Korang semua pergilah belajar.”

Aku terkejut dengan kemunculan Mika. Selesai aje solat tadi, Zafran selaku imam, turut memberikan sedikit tazkirah. Tazkirah mengenai hormat kepada masyarakat. Baru aku tahu yang Zafran ini anak ustaz. Itu pun setelah diberitahu oleh Mia.

Mia bangkit. “Baguslah kalau macam tu. Aku pun dah penat ni,” Mia mengurut belakang lehernya. Aku masih diam.

“Aku akan lakukan yang terbaik,” kata Mika dan berlalu pergi ke dapur.

Imran membuka songkoknya dan mengeliat. “Wargh! Mengantuknya! Haish. Rul, bukalah tv tu. Bolehkan tuan rumah?” Imran memandang aku. Aku senyum kecil dan mengangguk. Imran menunjukkan thumbs upnya.

Aku dan Mia mengemaskan sejadah dan melipat telekung. Mia menepuk bahu aku. Aku toleh dan dia memberikan isyarat kepada Firah yang masih lagi berada di atas sejadah. Menunduk sejak daripada tazkirah yang diberikan Zafran tadi.

“Fir, kau okay tak?”.

Firah mengangkat wajah. “Er, tak. Tak. A.. aku.. aku okay. Kau janganlah risau. Er, aku.. aku tengok Mei Ling kejap,” dia bangun dan melipat sejadah. Selepas itu dia menuju ke bilik aku. Aku dan Mia saling berpandangan.

“Syaf, aku nak cakap sesuatu,” aku berpusing dan melihat Zafran yang memakai baju melayu serba purple. Kacak! Aku berdeham dan menganggukkan kepala. Menyuruh Zafran meneruskan kata-katanya.

“Mika. Dia bukannya dia.”

Bicara Zafran berjaya membuatkan aku dan Mia keliru. “Apa kau cakap ni Zaf? Cuba terangkan dengan lebih terperinci. Mika bukan Mika? Habis tu Mika apa? Han..” aku menutup mulut Mia. Meletakkan jari di bibir. Menyuruhnya jangan sesekali celupar.

Mia mengangkat dua tangan. Tanda menyerah. “Sorry.

Zafran senyum dan juga aku. Aku kembali menumpukan perhatian kepada Zafran. “Maksud kau Zaf?”.

Guys! Dinner time!”.

Jeritan Mika mengejutkan kami. Aku pandang jam. Baru lima belas minit Mika berada di dapur dan makan malam sudah tersedia? Kenapa aku tak sedap hati pula ni? Aku pandang dapur.

Lembaga putih. Berambut panjang dan bermata merah. Elok aje memandang aku. Aku terkedu sebelum kelibat Mika berjaya menghalau lembaga itu daripada pandangan aku. Aku menelan liur. Jangan-jangan..

“Korang, jomlah makan!”.

BangloWhere stories live. Discover now