Aku melihat Hairul yang berjalan ke hulu hilir. Imran pula duduk di sofa bersebelah dengan Mia. Zafran bersandar di dinding sambil mengurut pangkal lehernya. Firah pula sedang teresak di sudut ruang tamu. Aku hanya mampu berdiri dan berpeluk tubuh. Tiada apa yang mampu aku lakukan sekarang ini. Aku berdecit geram dan menumbuk dinding.
Mia mengangkat muka memandang aku yang sudah kebengangan. Kemudian dia menekup muka. Menangis lagi. Aku memandang Mia dengan rasa sayu. Rasa bersalah kerana telah melibatkan mereka. Aku mengeluh dan terduduk di tengah lantai.
“Syaf, kau okay?” soal Hairul. Dia sudah duduk di sisi aku. Aku menggeleng dan menunduk.
“Maafkan aku. Disebabkan aku, korang semua termasuk dalam kisah aku. Sepatutnya korang tak boleh berada di sini. Biar aku sorang aje yang tanggung. Aku minta maaf sesangat. Betul kata Mei Ling. Korang semua tak patut berada di sini,” tak sangka aku boleh mengalirkan air mata. Aku rasa bersalah. Aku yang bersalah. Kenapalah aku babitkan mereka. Kenapa mereka harus terlibat dalam cerita ini?
“Bukan salah kau. Jangan nak mengada nak bersalah sorang-sorang. Ini salah kami semuanya. Dan salah aku. Sebab aku yang ajak diorang tempat kau dekat banglo ini,” jelas Zafran. Aku terkesima dan teresak lagi.
“Salah aku. Aku yang beria-ia nak datang sini. Semata nak temankan Syaf,” kata Mia dalam sedunya.
“Sudah! Dekat sini tak ada sesiapa pun yang salah! Benda dah jadi dah. Nak menyesal pun tak guna. Mika dan Mei Ling, keduanya sudah tak ada! Nak reverse pun korang dah tak boleh!” Firah membentak secara tiba-tiba. Aku terkesima. Sentap pulak dengan kata-kata Firah.
“Dahlah korang. Pergilah tidur. Dah pukul dua belas tengah malam ini. Lain pula jadinya nanti,” kata Zafran lagi sambil berlalu ke biliknya. Imran turut sama bangkit dan mengekor Zafran. Hairul bangun dan menepuk seluarnya yang kotor.
“Selamat malam Syaf.”
Aku mengangguk. Mia bangun dan memimpin aku ke tangga. Dia juga menghulurkan tangan kepada Firah yang masih lagi belum kering dengan tangisan. Aku dan Mia berjalan seiring manakala Firah berada di belakang kami.
“Kau tidur dengan kitorang tau. Jangan tidur sorang. Nanti jadi apa-apa, susah,” kata Mia kepada Firah.
Aku tak dapat apa-apa respon daripada Firah. Kami terus berjalan sampai di pintu bilik.
“Arghh!”.
Aku menoleh ke belakang.
Firah sedang ditarik oleh seekor makhluk. Sangat menakutkan! Mata kirinya terjojol keluar manakala mata kanannya darah memancut keluar. Lidahnya panjang sambil menjilat wajah Firah. Berambut panjang dan kepalanya berlubang di atas! Mia menekup mulut. Takut melihat makhluk yang sedang memandang kami itu. Seketika dia menghidu Firah sebelum menarik tubuh Firah turun tangga.
“Firah!” jerit kami. Makhluk itu menarik Firah sehingga kepala Firah terhantuk dan berdarah! “Mia!! Syaf!! Tolong aku!!!” jeritan Firah membuatkan kami berpelukan.
Zafran, Hairul dan Imran keluar daripada bilik melihat keadaan yang gawat itu. “Syaf!” jerit Zafran kepada aku. Aku hanya mampu memandang sahaja. Lidah aku seolah membeku. Tidak bisa mengeluarkan suara.
Tangan kiri makhluk itu memegang kedua kaki Firah dan kepala Firah. Ditariknya sehingga kedengaran tulang-belulang Firah patah! Sehingga kami semua boleh mendengarnya!
“Arghhh!” makhluk itu memusing kepala Firah dan kepala Firah terjatuh ke tanah. Tubuh Firah yang lain semuanya dimakan dengan rakus.
“Arghh!” jerit Mia. Dia mendakap aku dan membelakangkan kejadian itu. Aku menutup mulut. Tahan tangis yang menggila.
“Firah!” jerit Imran. Dia berlari ke makhluk itu. Dicapai kerusi dan dibaling ke badan makhluk itu sehingga kerusi itu patah! Makhluk itu mengaum. Nampak sangat dia marah. Tubuh Imran dipegang dan dicampakkannya ke tingkap dan terkulai badan Imran apabila tercacak di pagar besi.
“Imran!” jerit Hairul. Dia mahu berlari ke Imran tapi ditahan oleh Zafran.
“Apa kau buat ni Zaf? Aku nak bunuh makhluk ni. Dia dah bunuh kawan aku!” jerit Hairul. Tangan Zafran ditepis dan dia tetap membuka langkah. Mujur Zafran sempat memaut tangan Hairul.
“Kau nak sama nasib dengan Firah dan Imran ke bodoh?” jerkah Zafran membuatkan Hairul kembali tenang. Tetapi rautnya jelas menunjukkan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan sahabat baiknya.
Makhluk itu menghidu sebelum melompat keluar daripada banglo. Terduduk aku dan Mia. Tak sangka, Firah dan Imran pula yang menjadi mangsa di sini. Aku mengetap gigi. Rasa geram, marah, terkilan, sedih, semuanya bersatu dan bercampur di dalam jiwa aku.
“Daus! Mereka tak ada kena-mengena dengan kita! Jangan libatkan orang asing dalam urusan keluarga kita! Kau pengecut Daus! Kau pengecut!” jerit aku meluahkan segalanya. Aku sangat tertekan. Aku dah tak tahan dengan semua ini. Benda ini harus ditamatkan dengan segera!
Tiba-tiba Mia jatuh pengsan. Aku memeluk Mia dan mengoncangkan tubuhnya. “Mia! Mia! Hei! Kenapa dengan kau?”.
Zafran dan Hairul kalut mendaki tangga, menuju ke arah kami. “Kau okay Syaf?” soal Zafran.
Aku hanya mampu membisu dan terusan menggoyangkan tubuh layu Mia.
“Mia! Jangan tinggalkan aku! Aku tak sanggup kehilangan kawan lagi! Tolonglah!” aku menangis sambil mendakap tubuh Mia.
Kemudian aku dengar Mia ketawa. “Aku tak akan tinggalkan kau Syafra Imani.” Mia bangun. Dia tersenyum sambil galak memandang aku. Ya Allah! Mia sudah dirasuk! Aku menggigil ketakutan.
Zafran mencapai pergelangan Mia. Mia merentap dan menolak Zafran jatuh daripada tangga. Nasib Hairul sempat memaut Zafran. Zafran menghela nafas lega.
Mia ketawa dan mendekati aku. Dia mencekik aku dan mengangkat aku. Kaki aku pun sudah tidak menjejak tanah. Aku sesak. Sakitnya. Aku teringat lagi waktu abang mencekik aku. Waktu itu juga Syafiq dirasuk! Aku menangis. Kenapa Daus menggunakan orang yang aku sayang untuk menghapuskan aku?
Zafran bertindak menarik Mia sekali lagi. Mia menampar Zafran dan kepala Zafran terhantuk di dinding tangga. Terkulai Zafran di situ. Hairul pula mengetuk kepala Mia dengan kayu kerusi yang dibaling Imran tadi. Tetapi kayu itu pula yang pecah! Mia berpusing. Tangan Hairul dipusingkan ke belakang dan membuatkan Hairul menjerit kesakitan.
“Inilah akibat apabila mencerobohi apa yang sepatutnya menjadi milik aku, Syafra Imani!”.
Aku cuba meleraikan genggaman Mia di leher aku.
“Da.. Daus! Cukuplah aku seorang. Jangan libatkan orang yang aku sayang.”
Dia ketawa besar. “Kau bodoh Syafra Imani! Dan disebabkan kebodohan kaulah benda ini terjadi.”
Tiba-tiba kedengaran orang melaungkan azan. Wajah Mia mula berubah riak. “Arghh! Siapa pula yang.. arghh!” perlahan-lahan Mia melepaskan aku. Aku terjatuh dan terbatuk-batuk. Aku menyentuh leher aku. Ada cecair! Aku mengesat sedikit dan melihat. Darah!
“Arghh!” Mia jatuh ke tanah tidak sedarkan diri. Aku menyambut dan memeluknya sambil meraung. “Miaa! Jangan tinggalkan aku! Mia!”.
Tiba-tiba mata aku terpandang seseorang yang berdiri di muka pintu banglo. Seorang lelaki, berumur lanjut. Berjubah dan memakai serban. Dia sedang memerhatikan banglo dan sebelum pandangannya terhenti pada aku.
“Syafra Imani. Anak ayah!”.
Aku terkesima. Anak.. anak ayah?
Sorry guys kerana lambat mengupdate. Sibuk mengalahkan sultan. Haha. Kidding. Macam mana Banglo setakat ini? Adakah ianya seram? Ataupun kelakar? Komen dialu-alukan semuanya! Confirm Theha akan reply balik. Vote and Comment okay?
Much Love, Theha___ :*
YOU ARE READING
Banglo
Mystery / ThrillerSyafra dan Syafiq baru sahaja pindah ke tempat yang baru. Makanya, Syafra harus mencari tempat tinggal. Kebetulan, Encik Faiiz selaku peguam keluarganya menawarkan mereka duduk di sebuah banglo peninggalan neneknya. Banyak desas-desus yang Syafra de...