Kebenaran Kisah Silap

3.7K 179 11
                                    

Ini first time buat Banglo malam-malam. Sekarang Theha dekat kampung xD Ramailah juga. So, sesiapa nak say tahniah kepada Theha? Theha baru dapat cousin baru xD Huhu! Alhamdulillah. Tak letak nama lagi tau :3 Nak promote kejap aje xD Memerah kau muka dia xD

Okayokay. Ni dah melalut jauh. Maaf. Silakan membaca. Maaflah kalau kurang menarik. Maaflah juga kalau tak best. Theha cuba sedaya upaya karang seseram yang mungkin. Kalau ada salah boleh komen aje. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Theha banyak mulut :V

Lagi satu. Nak promote aje :3 Theha ada buat cerpen. Bolehlah tumpang baca kejap xD In Shaa Allah sedih. Theha nak cuba buat satu story di mana tiada happy ending. Ibu Theha sendiri kata cerita sad ending pembaca tak suka. Tapi Theha cuba. By the way, itu  baru satu part. Ingat nak sambung petang tadi tetiba ada emergency pulak.

 

Kain yang aku basah, aku perah sebelum meletakkannya di atas dahi Zafran. Zafran masih tidak sedarkan diri. Aku mengeluh dan menoleh ke arah Hairul yang sudah yang berbalut tangannya. Berkemungkinan tangan Hairul patah. Aku berpusing memandang Mia. Mia tersedu sambil mengesat air matanya.

“Syafra, percaya tak cakap ayah?”.

Lelaki itu memandang aku. Dengan pandangan yang sayu. Aku tersandar lemah. Perlukah aku percaya kata-kata lelaki ini? Sedangkan ibu dan ayah aku sudah lama meninggal. Jadi, siapa dia? Siapakah aku? Dan siapakah ibu dan ayahku?

“Sa.. saya masih tidak boleh percaya. Se.. sebab, ibu dan ayah saya sudah meninggal. Kalau mereka itu keluarga saya, jadi.. jadi pakcik ni? Argh! Saya masih tak boleh percaya!” aku mengusutkan rambut aku.

Pakcik Othman mengeluh perlahan. “Ayah boleh terangkan Syaf. Syaf dengar sini baik-baik.”

Zafran bergerak sedikit. Perlahan-lahan dia mencelikkan matanya.

“Zafran!” jerit kami serentak. Tepat pada masanya. Nasib baik Zafran sudah sedar. Jadi dia boleh tolong selesaikan masalah aku sekarang ini.

“Kau okay kawan?” aku tersenyum sayu melihat pipi Zafran yang membengkak. Dia membalas senyuman aku sebelum mengangguk.

Pakcik Othman meraup wajah Zafran. Serta-merta wajah Zafran kembali normal. Aku, Mia dan Hairul sudah terkesima.

“Baiklah Syaf. Sebenarnya, semasa ibu kamu mengandungkan kamu, kami menginap di sini. Abang kamu, Syafiq, dia masih lagi kecil dan tidak tahu apa-apa. Satu malam, ibu kamu diganggu oleh Daus. Pada malam itu juga, kamu dilahirkan.”

Aku hanya mampu menelan sahaja bicara daripada Pakcik Othman. Zafran menyentuh tangan aku. Aku hanya mampu memandang dengan mata berkaca. Sedih menerima kenyataan.

“Daus mengambil kamu dan Syafiq daripada kami. Kami kehilangan kamu sayang. Kami kehilangan permata-permata berharga kami. Ada juga kami mencari kamu, tapi kami gagal,” Pakcik Othman menitiskan airmata di sebalik senyumannya.

“Jadi, ibu dan ayah saya itu...”

Pakcik Othman mengesat air mata dan senyum. “Bukan ibu bapa kandung kamu. Maafkan ayah. Ayah tahu ini sukar. Tapi inilah kenyataannya.”

“Tak apalah pakcik, saya nak masuk tidur dulu. Saya minta izin dulu.”

Aku bangun dan Mia mengekor aku daripada belakang. Aku berjalan. Menangis aku mendengar cerita itu. Mia memaut bahu aku dan menumpang tangis sekali.

“Syaf, kau tabah eh?”.

Bunyi orang berjalan membuatkan tidur aku terganggu. Aku membuka mata dan berpusing ke kiri. Mia sudah tiada di pembaringannya. Segera aku bangun. Mata aku meliar mencari kelibat Mia. Aku mengambil sweater merah dan terus keluar daripada bilik.

“Syaf...”.

Aku menoleh ke arah dapur di mana datangnya suara yang memanggil aku. Terjelepok aku ke tanah apabila ternampak bayangan dua kelibat kepala tidak berbadan. Hampir sahaja aku menjerit apabila mendapati kedua kepala itu milik Mika dan Firah.

“Syaf... To.. tolong aku...”.

Aku mengesot perlahan-lahan ke belakang apabila mereka mendekati aku.

“Syaf.. aku sakit Syaf. Tolong aku..”.

Kepala Mika mendarat di kaki aku manakala kepala Firah melayang di hadapan wajah aku.

“Syaf...!”.

Bunyi benda terjatuh menyedarkan aku. Aku berpusing dan terus berlari naik ke atas bumbung. Kepala Mika dan Firah aku tinggalkan begitu sahaja. Aku berlari menjenguk ke bawah.

“Mia!!!”.

Aku meraung sebelum terduduk di situ. Bunyi benda jatuh tadi.. Tadi tu..

Salah aku. Semuanya salah aku. Pada awalnya Syafiq. Diikuti oleh Mika. Selepas itu Mei Ling. Firah, Imran dan sekarang, Mia? Ini semua tak patut! Aku yang sepatutnya mati. Bukannya mereka. Mereka tidak bersalah! Aku menekup kedua telinga aku.

“Aku yang patut mati! Daus, kalau itu yang kau mahu, baik! Aku akan mati! Janji kau jangan ganggu kawan-kawan aku lagi! Lepaskan mereka dan digantikan dengan aku. Tolonglah! Aku merayu Daus!!”.

Aku perasan Daus sudah berdiri di hadapan aku. Dia tersenyum. Sinis. Aku membiarkan air mata yang berjuraian di pipi.

“Baik. Aku berjanji kepada kau yang aku tak akan kacau kawan-kawan kau yang tinggal. Sekarang,” tangannya melayangkan ke bawah. Dia menyuruh aku terjun daripada bumbung ini. Aku bangun dan berdiri. Bersedia untuk mati. Aku buat ini kerana rasa bersalah aku. Aku nak juga melindungi Hairul. Terutamanya Zafran.

Aku tersenyum sebelum melompat jatuh.

So, apa jadi dengan Syafra Imani? Adakah dia akan mengikut jejak Mika, Mei Ling, Firah, Imran dan Mia? Bagaimana pulak Pakcik Othman yang mengaku Syafra itu anaknya? Apa yang akan berlaku kepada Zafran dan Hairul jika Syafra sudah ‘tiada’? Janji Syafra kepada arwah moyangnya yang merupakan pemilik Banglo akan tertunaikah? Ikutilah bab yang seterusnya ^^

Maaf guys. Theha kehabisan idea nak buat seram-seram. Lagipun dah malam ni. Kebuntuan woo xD So, enjoy okay? Maaflah kalau chappy ini kurang menarik dan a little bit pendek xD Keep Vote and Stay Comment :*

BangloWhere stories live. Discover now