"Sayang, bangun sahur. Bangun," aku mengejutkan Syafa yang sedang nyenyak diulit mimpi. Tergelak aku melihat cara anak perempuan aku ini tidur. Bermacam-macam gaya! Aku memandang ke kiri dan kanan. Mencari cara untuk mengejutkannya.
"Afa, bangun," aku mengoyangkan kakinya. Syafa mengeliat sedikit sebelum perlahan-lahan membuka mata. Aku tersenyum setelah aku berjaya mengejutkannya.
"Mama?" matanya putih memandangku. Aku terkaku. Syafa tersenyum sendiri sebelum mencengkam pergelangan tanganku erat. Aku menelan liur. Ya Allah! Not again!
"Sayang?".
Suara itu menarik aku ke dalam dunia realiti. Terkebil-kebil mataku memandang Zafran yang melangkah masuk ke dalam bilik Syafa. Perlahan dia menarik aku ke dalam pelukannya. Zafran menenangkan aku dengan caranya yang tersendiri. Dia berselawat perlahan sebelum meniup ke ubun-ubunku. Aku berasa tenang sedikit.
"Kenapa tak kejut Afa lagi?" Zafran mengusap belakang badanku. Aku mencari sinar matanya. Sinar ini yang dapat melegakan aku. Sinar ini yang membuatkan aku berasa tenang dan aman. Aku tersenyum hambar sebelum menggeleng.
"Syaf mamai tadi. Tu yang mengelamun kejap."
Zafran memandang dengan pandangan tidak puas hati. Semestinya dia dapat tahu bila aku berbohong kepadanya. Aku bukan apa, aku tidak mahu dia risau. Nanti aku juga yang susah.
Zafran beralih ke arah Syafa yang masih nyenyak. "Afa, bangun sayang. Dah nak imsak ni. Jom," Zafran menarik tangan Syafa untuk bangun. Dengan rambutnya yang kusut, Syafa bangun dengan bantuan Zafran. Zafran ketawa kecil sebelum rambut anak perempuannya dibetulkan. Senyumku terukir.
"Papa, Afa nak tidurlah. Mengantuk ni. Nak tidur," rengek si anak manja kepada si ayah. Zafran ketawa lagi sebelum pipi anaknya dicuit perlahan.
"Bangunlah. Hari nikan first day puasa. Jomlah Afa. Sahur. Mari," Zafran memimpin tangan Syafa keluar bilik. Aku masih lagi berada di situ. Entah mengapa kaki aku tak mampu untuk bergerak.
"Sayang! Nak abang tarik tangan sayang juga ke?".
Jeritan Zafran mengejutkan aku. "Coming!".
Zafran membetulkan tali lehernya dengan cermat. Gayanya penuh berkarisma. Betapa beruntungnya aku dapat dia. Handsome laki aku ni. Aku ketawa mengekek. Gembira!
"Sayang? Lahai, kenapa gelak sensorang tu? Takut abang jadinya," Zafran menegur aku. Aku ketawa lagi sebelum bergerak ke arahnya. Tali leher hitam birunya aku betulkan dengan kemas. Kolar kemejanya juga menjadi mangsa penyentuhanku.
"Tak ada apa-apalah. Syaf fikir, betapa bertuahnya Syaf dapat seorang lelaki yang cerewet, kuat cemburu dan handsome macam abang," hidungnya aku cuit perlahan. Geram melihat lesung pipitnya!
Zafran mengusap hidungnya. "Cerewet? Kuat cemburu? Hey, yang cerewet dan kuat cemburu ni sekarang laki awak tau. Awak kena hormat dekat saya ni. Handsome? Mestilah abang handsome. Kalau tak, awak takkan pandang saya pun," Zafran menjelirkan lidah. Macam budak-budak!
"Eleh, kalau tak handsome pun, saya terima awaklah Encik Zafran oi. Saya tengok hati bukannya rupa," aku menepuk dada bidangnya. Dia tersenyum sebelum dahiku diciumnya. Turun ke pipi, hidung dan..
"Mama!".
Zafran mengeluh. "Haish Zariff ni. Ada je tempat nak mengacau mama dengan papa dia bersandiwara."
YOU ARE READING
Banglo
Mystery / ThrillerSyafra dan Syafiq baru sahaja pindah ke tempat yang baru. Makanya, Syafra harus mencari tempat tinggal. Kebetulan, Encik Faiiz selaku peguam keluarganya menawarkan mereka duduk di sebuah banglo peninggalan neneknya. Banyak desas-desus yang Syafra de...