“Syaf!!!” aku menoleh apabila tubuh aku rebah ke tanah. Suara Zafran. Aku sempat memberikan senyuman untuknya. Terima kasih Zafran. Terima kasih sebab tolong aku. Aku, aku tak tahu apa yang aku akan buat kalau kau tak ada. Zafran, doakan aku okay? Doakan supaya aku masuk syurga. Jaga diri Zafran. Jaga diri kau. Dan tolong, jaga abang aku.
Terdengar alunan bacaan Yasin. Aku membuka mata. Tangan aku angkat ke udara. Aku dah mati ke? Adakah mereka membaca Yasin untuk aku? Aku senyum. Oh, dah sampai masa aku agaknya. Aku dah mati.
“Syaf? Apa jadah kau buat ni?” aku terkejut apabila mendengar suara Mia! Segera aku bangun dan lihat Mia sedang bercekak pinggang. Dia mencebik dan mencuit bahu aku.
“Kau ni, semua orang dah bangun. Kau sorang aje belum bangun tau!” kata Mia lagi.
Aku terkedu. Bukankah Mia sudah dirobek hati dan jantungnya? Mengapa pula dia masih hidup? Aku menangis dan menarik Mia ke dalam pelukan aku. Syukur! Mia aku selamat! Aku masih lagi berpeluang untuk menjadi sahabatnya! Aku teresak di bahu Mia. Mia kepelikan. Tapi masih lagi mengusap belakang badan aku.
“Kau ni kenapa Syaf? Menangis melolong pulak kau.”
“Syaf!!” aku terkebil melihat Mei Ling berlari ke arah aku. Mei Ling! Dia.. dia masih hidup! Dia senyum dan tercungap.
“Semua orang tunggu kau tau!” katanya sambil mengenyitkan mata.
Aku ternganga. Apakah yang berlaku?
“Oit minah! Kau baru bangun? Lena gila kau tidur!” kelibat Mika dan Firah masuk ke dalam bilik aku. Aku menekup mulut. Tak percaya yang mereka masih hidup. Sedangkan malam tadi mereka sudah tiada. Mereka mati di hadapan mata aku!
“Kenapa kau menangis ni?” Firah bertanya kepada aku. Aku menggeleng.
“Sudahlah. Sekarang majlis tahlil baru bermula. Kau siap-siap. Pergi mandi. Busuk!” mereka semua menolak aku masuk ke dalam bilik air. Aku hanya mengikut. Sebab sekarang ini, aku terkesima. Tak faham apa yang berlaku!
Majlis tahlil sudah pun berakhir. Aku sedang menghidang makanan kepada penduduk kampung yang sukarela datang untuk majlis tadi. Mana aku sangka, selama ini aku dipengaruh oleh Daus. Sejak kawan-kawan aku melangkah masuk ke dalam Daus, aku termasuk sekali ke dalam ilusinya yang menakutkan.
“Syaf..”
Aku memandang Zafran. Alhamdulillah. Aku masih berpeluang untuk bersamanya.
“Kau tak sedarkan diri sejak daripada semalam. Risau aku. Nasib baiklah kitorang report dekat ketua kampung tau!” Zafran mengambil pinggan dan tolong membasuhnya. Sekarang tugas aku membasuh pinggan mangkuk. Si Zafran ni menyibuk aje!
“Sorrylah kalau aku buat kau risau. Aku tak berminat pun. Aku pun tak sedar apa yang berlaku.”
Zafran berdecit. Dia menyapu sabun ke hidung aku. Aku melenting. Memukul lengannya.
“Seronok nampak pasangan kekasih ni?”.
Kami memandang ke belakang. Mia, Mika, Mei Ling, Firah, Hairul dan Imran tersengih. Wajah aku membahang merah. Aigoo! Malunya! Aku menunduk. “Ma.. mana ada! Korang ni memandai aje buat cerita! Bu.. bukan ke korang bertiga minat Zaf! Tak.. tak ada masa aku nak rampas crush orang.”
Mei Ling ketawa. “Zafran sendiri cakap dia suka kau. So, kitorang hormat aje keputusan dia.”
Terbeliak mata aku mendengarnya. Apa ni? Malu oi! Malu!
YOU ARE READING
Banglo
Mystery / ThrillerSyafra dan Syafiq baru sahaja pindah ke tempat yang baru. Makanya, Syafra harus mencari tempat tinggal. Kebetulan, Encik Faiiz selaku peguam keluarganya menawarkan mereka duduk di sebuah banglo peninggalan neneknya. Banyak desas-desus yang Syafra de...