Kami duduk di meja makan. Aku berada di antara Mia dan Firah. Firah bersebelahan dengan Mei Ling. Mei Ling berhadapan dengan Hairul yang duduk di kiri Imran. Manakala Zafran berhadapan dengan aku. Aku bermain mata dengan Zafran. Ada sesuatu yang tak kena.
Aku merenung tudung saji yang menutup makan malam kami. Ada sesuatu yang membuatkan aku tidak enak. Aku mengerling Mika yang membawa sebuah jag. Dia meletakkan di hadapan aku dan tersenyum lebar. Senyuman dia menakutkan aku.
“So guys. Enjoy dengan masakan aku okay? Jangan komen apa-apa sebab aku tahu masakan aku sedap. Betulkan Syafra Imani?” dia menundukkan kepala dan berbisik kepada aku. Aku menelan liur. Entah kenapa bisikannya membuatkan aku seram sejuk.
“Er, kau tak join makan sekali ke Mika?” kata Hairul yang sedang menyenduk nasi ke pinggannya. Mika menggeleng dan senyum.
“Maaf. Aku nak pergi bersihkan dapur. Korang makanlah dulu,” Mika berlalu ke dapur sambil bernyanyi riang. Aku menoleh sedikit dan memandang Mika. Mika turut berpusing dan tersenyum sinis kepada aku.
“Wahh! Sedapnya!” kata Mei Ling membuatkan badan aku kembali menegak ke hadapan. Tudung saji telah Mei Ling lemparkan ke tanah. Aku terkejut lantas berdiri. Zafran juga bangun dan berlari ke tandas. Aku berundur setapak ke belakang.
“Kenapa Syaf? Tak nak makan ke?” tanya Mia sambil menyenduk lauk ayam.
Badan aku menggigil sambil berundur lagi ke belakang. Mereka yang berada di meja makan memandang aku pelik. Aku tak tahu nak explain macam mana tapi, lidah aku membeku secara tiba-tiba. Tak tahu kenapa.
Zafran berlari ke meja. “Wei! Jangan makan!” Zafran menepis tangan Imran, yang sudah lahap memakan peha ayam. Imran terkejut dan berdiri. Jelas wajahnya bengang dengan perbuatan Zafran tadi. Ditolaknya badan Zafran.
“Weh! Agak-agaklah sikit! Aku tengah makankan? Tak puas hati ke apa hah?” jerkah Imran.
Aku menarik tangan Mia sambil menggelengkan kepala. Memberi amaran jangan makan makanan yang dihidang itu. Mia yang sedari perubahan tubuh aku, merasa dahi aku. “Kau tak demam Syaf. Kenapa ni?”.
Mei Ling tidak ambil kisah dengan apa yang kami lakukan. Dia terus ambil gelas dan menuangkan air oren yang dibuat oleh Mika tadi. Tiba-tiba Firah ambil gelas Mei Ling dan dicampakkan jauh. Serta-merta keadaan menjadi sunyi sepi.
“Korang! Tak kan korang tak nampak apa yang korang tengah makan sekarang?! Ayam mentah yang masih berdarah dengan sayur kangkung yang berulat dan bertanah?!”.
Hairul dan Imran segera memandang pinggan mereka. Jelas mereka terkejut apabila mendapati kata-kata Firah. Mereka juga berlari ke tandas. Memuntahkan segala yang mereka makan tadi.
“Mei Ling, ini air darah! Bercampurkan nanah!” kata Firah kepada Mei Ling.
Zafran bertindak mengambil lauk-lauk tadi dan dibuangnya ke tong sampah dapur. Mia memeluk aku erat. Nasib baik Mia tak makan makanan tadi. Aku menepuk belakang Mia perlahan. Aku tahu Mia takut sebab dia sedang menangis di bahu aku.
Zafran pulang semula pada kami. “Firah, macam mana kau nampak?”.
Firah menggelengkan kepala dan berlalu ke arah Mei Ling yang masih dalam keadaan terkejut. Didakapnya tubuh sahabat itu dan Firah cuba menenangkan Mei Ling.
“Zaf, apa benda tadi?” tanya Imran. Dia terbonggok berjalan ke arah kami. Sibuk tangan kiri dan kanannya mengurut perut. Aku mengerutkan dahi. “Kenapa dengan kau Im?”.
Imran terduduk di kerusi. “Mungkin keracunan makanan,” kata Hairul. Dia turut memegang perutnya.
Zafran mengeluh. Kemudian dia memandang aku. “Mana Mika? Tak silap aku dia pergi ke dapur tadi.”
YOU ARE READING
Banglo
Mystery / ThrillerSyafra dan Syafiq baru sahaja pindah ke tempat yang baru. Makanya, Syafra harus mencari tempat tinggal. Kebetulan, Encik Faiiz selaku peguam keluarganya menawarkan mereka duduk di sebuah banglo peninggalan neneknya. Banyak desas-desus yang Syafra de...