Mimpi

5.6K 256 9
                                    

“Jangan! Jangan dekat dengan aku! Kau.. kau nak apa? Ke.. kenapa kau datang? Kenapa?!” jeritan itu. Siapa pulak yang menjerit ni? Buat sakit telinga aku ajelah.

“Disebabkan kau, aku kehilangan banglo ini. Kau! Aku benci kau sangat-sangat! Kenapa kau tak mati aje daripada dulu? Kalau kau tak ada, boleh aku bolot harta Ayah!”.

Haih? Lelaki dan perempuan. Si lelaki sedang berdiri sambil memegang.. Pistol?! Aku terkedu. Yang si perempuan pula terduduk di sebuah sudut. Sambil menangis! Ke.. kenapa ni? Aku dekat mana?

“Sampai mati pun Ayah tak akan bagi banglo ni dekat kau! Kau tak berhak! Kau bukan keluarga kami! Jangan berani kau anggap ayah aku sebagai ayah kau! Kau bukan adik aku! Kau pembunuh!” jerit si perempuan lagi.

Si lelaki berdecit bengang. Tangannya yang memegang pistol diacukan pada kepala si perempuan. Aku terkejut. Adakah.. adakah dia...

Bang! Bang!

Aku menutup telinga. Ya Allah! Tubuh perempuan itu sudah terlantar di lantai. Tidak bernyawa! Kenapa aku kena lihat adegan ini? Siapakah mereka? Dan..

Ini banglo aku! Apa yang mereka buat dalam banglo ni?

“Kau ni bisinglah. Sama bising macam laki kau. Puih, nasib baik aku dah bunuh dua-dua,” si lelaki meludah tubuh perempuan yang tidak bergerak itu. Matanya terbeliak. Matinya sangat menakutkan! Aku berdoa agar mayatnya tidak diseksa!

Si lelaki bergerak ke bahagian atas. Dia menuju ke bumbung. Adakah, dia tak nampak aku? Aku tertanya tetapi langkahnya aku ikut. Dia mahu ke mana?

Terhenti langkah aku apabila sampai ke bumbung. Ada dua lagi tubuh terdampar kaku. Lelaki. Seorang agak berumur dan seorang lagi macam sebaya Syafiq.

Si lelaki itu mencekik leher lelaki yang muda itu. Aku menutup mulut. Badan lelaki itu berlumuran dengan darah! Bajunya habis kotor! Aku terkedu. Siapakah mereka?

“Woi budak. Mana adik kau? Aku cari tak dapat pun. Kau jangan main-main dengan aku,” kata si lelaki yang membunuh itu. Ya Tuhan! Bantulah mereka.

“A... aku.. aku tak tahu. Jangan tanya aku! Aku tak akan bagitahu di mana dia! Se.. sebab, kau akan.. kau akan bunuh dia!”.

Lelaki itu mendengus dan mencampakkan tubuh lelaki muda itu ke lantai. Dipijaknya kepala lelaki muda itu. Dan pistol dihalakan ke kepala lelaki muda dan..

Bang!

Hampir sahaja aku menjerit. Berkecai habis kepala lelaki itu. Ya Allah! Kenapa ini? Aku takut! Tubuh aku menggigil ketakutan.

“Woi orang tua. Mana anak kau?” lelaki berpistol mencangkuk ke lelaki yang berumur itu. Keadaan lelaki itu sama dengan yang tadi. Tubuhnya berlumuran darah dan wajah lelaki ini agak lebam.

“Aku tak tahu.. Kau jangan berani.. apa-apakan dia. Dia..” belum sempat lelaki itu berkata, lelaki berpistol memegang kepala lelaki itu dan dipusingnya 360 darjah! Aku menangis!

Terpusing kepala lelaki itu! Matanya turut terbeliak!

“Sarah! Mana kau adik? Pakcik nak bagi gula-gula ini. Nak ke tak nak?” lelaki itu selamba berjalan menuju ke bilik aku. Eh? Buat apa dia dekat situ? Aku berlari dan menyorok di suatu sudut.

Lelaki itu membuka pintu dan...

“Adik? Abang ni. Adik dekat mana?”.

Kenapa? Kenapa suara dia lain daripada tadi? Aku lihat lagi. Ada sesuatu atas kepala dia! Macam.. budak tengah duduk atas kepala dia. Adakah itu.. Oh! Mesti lelaki ini pakai bomoh. Sebab itu dia boleh tukar suara! Cis!

BangloWhere stories live. Discover now