Daus

3.7K 193 31
                                    

Assalamualaikum guys ^^

Sebenarnya kan .___. Theha ingat nak habiskan Banglo chappy ni. Tapi Theha sendiri tatau kalau this is the end. Theha menaip aje apa yang tersilap di fikiran xD Korang setialah ya? Theha tak tahuu T^T

Ada orang suruh Theha buat second book. Banglo II . Ada sesiapa yang sokong tak? Kalau tak ramai, Theha nak close aje Banglo ni. The end macam tu aje. Haha. Rasa sedih jugalah kalau Banglo dah nak habis T^T Huhu.

Theha nak ucapkan TERIMA KASIH!!! Bebanyak kerana telah setia dengan Banglo. Well, korang berjaya buat Theha menangiss T^T Terharu gegila kau! xD Haha. Daripada Theha terusan melalut, baik Theha sambungkan? Okay! Enjoyy *jerit*

 

“Syaf!” suara Zafran mengejutkan aku daripada tidur. Aku bangun dan memandang Zafran. Mia masih lagi di pembaringannya. Aku mengucap perlahan. Mimpi rupanya. Berpeluh aku menahan debaran. Ya Allah, kau masih lagi meminjamkan Mia kepada aku.

“Syaf, Hairul. Dia dah tak ada!”.

Aku mengerutkan dahi. “Dia dekat mana? Macam mana dia boleh hilang?” tanya aku bertubi-tubi. Zafran berwajah cemas.

“Aku tak tahu Syaf. Tadi elok aje dia baring sebelah aku. Last-last dia dah tak ada!”

Aku mencapai sweater hijau aku dan berura untuk keluar. “Kau rasa selamat tak kalau kita tinggalkan Mia sorang-sorang dekat Banglo ni?” tanya aku kepada Zafran. Zafran mengangguk.

Kami berdua keluar mencari sekitar banglo. Bahagian dalam aje. Kemudian aku terhenti di ruang tamu. Aku rasa aku ternampak sesuatu! Aku berjalan ke pintu. Aku mencapai benda yang terdampar di lantai. Beg! Dan ianya milik Hairul! Aku segera memanggil Zafran yang sedang mencari di dapur.

“Kau dah jumpa dia ke?” tanya Zafran. Aku hanya menunjukkan beg itu.

“Aku rasa Hairul dah keluar pergi hutan. Aku risaulah,” Zafran menggengam beg itu erat sambil mengetap bibirnya. Aku hanya menepuk bahunya. Menyalurkan semangat kepadanya. Aku faham perasaannya. Perasaan takut kehilangan. Seperti aku takut kehilangan dia.

“Nak pergi sana?” tanya aku tanpa sedar. Zafran memandang aku.

“Jom!”.

“Rul! Kau dekat mana? Rul?!” kami mencari Hairul. Aku tahu malam semakin tua. Jam pun sudah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Aku sanggup mengambil risiko untuk mencari Hairul. Aku sangat risaukan Hairul. Apa-apa jadi, aku yang kena bertanggungjawab.

“Rul!! Hairul!” aku berjalan. Hish, nyamuk merata! Aku menggaru belakang leher aku. Meredah semak. Meredah sungai. Dan semakin lama, aku menjauhi Banglo.

“Zaf, aku rasa kita dah jauh.”

Aku menoleh. Kelibat Zafran tiada lagi. Aku seram sejuk. Jangan kata yang Zafran tu.. Daus?

Entah bagaimana, aku terasa seperti ada yang menumbuk muka aku. Serta-merta aku melayang dan tubuh aku menghentak batang pokok. Arghh! Sakitnya! Kaki aku tertusuk ranting pokok yang sudah mati. Tembus! Kaki aku mula berdarah.

“Haha. Tengoklah apa yang kita dapat ni. Syafra Imanilah!”.

Aku yang menahan sakit, memandang kelibat Daus yang bertepuk tangan. Gembira melihat aku yang seperti kalah di matanya. Mata aku menangkap kelibat wanita berambut panjang dan berlumuran darah. Seorang budak lelaki. Berdiri berhampiran mereka.

“Kau tipu aku Daus! Kau tipu aku!”.

Daus ketawa besar. “Kau ingat aku malaikat ke? Aku sanggup buat apa sahaja dengan cara kotor. Kau takkan tak tahu perangai kami?” Daus mengusap pipi perempuan itu.

Aku berusaha untuk berdiri, malangnya luka di kaki membataskan pergerakan aku. Aku terduduk kembali. Kemudian terdengar pula ketawa Daus bergema di seluruh pelusuk tempat.

“Syafra Imani, cucu atuk. Kaki kamu tu sakit, kamu tak sepatutnya bergerak,” mendekati aku dan memegang ranting yang tertusuk sebelum dibenamkan lagi dalam. Aku meraung kesakitan. Mengalir air mata aku menahan sakit.

“Aku tak ada atuk macam kau! Kau bukan atuk aku! Kau bukan keluarga aku!”.

Mata Daus memerah menahan geram. Dia mencekik leher aku. Sama seperti mimpi aku tadi.

“Kau tak tahu aku siapa! Aku yang sepatutnya memiliki banglo tu! Aku! Bukannya nenek kau! Julia tak berhak langsung!” dia menekan leher aku dengan kukunya yang tajam.

“Kau tak.. tak ada.. tak ada modal lain ke nak bunuh aku Daus? Kau.. kau pengecut! Kau gunakan kelemahan aku.. kau gunakan orang yang aku sayang semata untuk membunuh aku! Ke.. kenapa kau tak guna tangan kau sendiri? Kenapa.. kenapa kau tak gunakan tangan kau untuk buat kerja kotor ni?”.

Daus mencampakkan aku badan aku. Sekali lagi badan aku terhentak pada pokok. Ya Allah! Sakitnya! Aku mengerang kesakitan.

Aku memegang kaki aku yang terbenam dengan ranting kayu. Aku terkejut apabila ternampak tubuh kaku Mia di hujung kakiku. “Mia!!!” aku meraung sambil memeluk badan Mia.

“Daus, apa kau buat dekat dia? Apa yang kau dah buat setan?!” aku meroyan bagaikan orang gila. Daus ketawa terbahak-bahak.

“Ops, maaf. Itu kerja aku. Dia banyak mulut. Asyik menangis aje, tu yang aku robek dada dia. Makan jantung dan hati dia! Haha!”.

Aku memegang tempat yang berdarah di tubuh Mia. Tembus! “Mia! Mia!! Bangun Mia! Bangun! Aku tak nak kehilangan kau! Mia!”.

“Dah tak ada guna dah Syafra Imani.”

Aku terkejut apabila ada benda yang menarik tubuh Mia daripada aku. Aku memandang kaki Mia. Benda itu, kepalanya berlubang! Menampakkan otaknya yang berdarah! Tiada mata! Tiada hidung! Bagaikan terheret ke jalan tar! Tiada tangan kiri. Kakinya pula bagaikan dipotong!

“Bagi aku.. bagi aku perempuan ni..” kata makhluk itu.

Aku mencapai kayu dan menghentak kepalanya! Otak berkecai dan terkena sedikit wajah aku. Aku mengheret Mia jauh daripada makhluk itu. Makhluk itu sudah tidak bergerak lagi.

“Beraninya cucu atuk ni,” Daus muncul di belakang aku dan mencengkam pipi aku.

Look at her. Betapa cantiknya dia. Kerana kecantikkan dialah, aku mengambil hatinya. Tak sangka dia ada hati secantik itu,” kata Daus. Aku menepis tangannya. Tak sanggup aku disentuh oleh syaitan ini.

“Kau! Benci kau! Aku benci kau seumur hidup aku! Setan!” aku menangis menahan sakit.

Dengan kudrat yang ada, aku berdiri sambil memegang kayu yang aku menghentak makhluk tadi. Aku berlari ke arah Daus dan cuba memukulnya. Daus senyum. Tidak berganjak daripada tempatnya.

“Arghh!” bayangan Mia menggantikan tempat Daus. Terhenti larian aku daripada menerpanya. Mia senyum. Dia mengambil kayu daripada tangan aku dan menusuk perut aku. Aku terduduk menahan sakit. Mia yang senyum tadi sudah hilang. Daus kembali berdiri di situ.

“Kau memang berhati baik Syafra. Kau tak sanggup cederakan kawan kau sendiri,” Daus menggunakan suara Mia. Aku mengetap gigi.

“Tak guna kau Daus!” dunia aku menjadi gelap.

Haha, Nampaknya Banglo masih lagi akan berterusan :3 Suspen tak? Suspen tak? Rupanya Syaf mimpi aje. Theha sendiri tak sangka. *terkejut + heart attack*

Bhaha xD Penghujung memang macam ini :3 Kurang seram sedikit. Dah kurang sedikit pulak tu. Hampeh betullah! xD Haha. Keep Vote and Stay Comment sayang-sayangsss sekali :*

BangloWhere stories live. Discover now