Rasuk

4.5K 243 4
                                    

So, thanks bro hantar aku balik dan, ehem! Spent time dengan aku sementara tunggu abang aku,” aku menunduk malu. Haha. Sejak bila pulak aku jadi gadis melayu terakhir ni?

Zaf tersenyum. “Haha. No probs beb. Kau kawan aku kan? Thanks juga happykan adik-adik aku tadi,” katanya. Aku senyum dan mengangguk.

My pleasure. Kau kawan aku kan? Haha. Copycat kau,” aku menjelirkan lidah. Zaf senyum dan masuk kembali ke dalam keretanya. Haih. Kenapalah mamat ini sangat kacak dan gentleman? Buatkan aku cair dengannya.

“Hati-hati Syaf. Aku tak nak kehilangan kau. Aku blah dulu eh? Assalamualaikum,” Zaf mengundur keretanya dan terus keluar daripada banglo aku. Aku terkedu. Dia pergi tanpa sempat aku membalas kata-katannya.

Dan..

Aku tak nak kehilangan kau.”

Aku dapat rasa wajah aku membahang. Merah! Malu mungkin? Haish. Aku berpusing, mahu masuk ke dalam banglo. Kereta abang dah tersadai dekat garaj. Dah baliklah tu. Aku menghembus nafas.

Aku melangkah penuh yakin. Be strong Syaf! Be strong!

Aku membuka pintu. “Assalamualaikum. Abang! Aku dah balik ni!” laung aku.

Senyap.

Aik? Mana pulak mamat ni pergi? Tidur ke? Aku mencari ke dapur. Tak ada pulak. Haish. Mana pulak mamat ni pergi? Aku menggaru kepala aku. Mungkin dekat bilik kot. Aku naik atas pula.

“Abang? Woii, kau kat mana ni?” aku menjenguk ke dalam. Kosong. Tak ada orang pun. Aku pergi ke bilik. Nak letak beg dan tukar baju. Duduk rumah Zaf dengan memakai baju sekolah, amatlah merimaskan! Aku mendengus.

T-shirt lengan pendek dan skirt parat betis. Haha. Hari ni aku jadi gadis ayu! Aku tersenyum nakal.

Aku keluar bilik. “Mana abang ni?” gumam aku perlahan. Bumbung! Aku pergi ke atas pula.

Langkah aku terhenti apabila melihat seseorang sedang berdiri di suatu sudut. Aku mengerutkan dahi. Kenapa aku rasa... Macam..

Dia berpaling.

Abang! Aku ternganga.

Syafiq senyum. Dan dia memandang bawah kembali. Jangan cakap.. Dia nak bunuh diri? Aku teringat pula mimpi malam tadi. Daus dilempar ke bawah. Aku terus berlari ke Syafiq.

Ya Allah! Abang aku kena rasuk!

“Syafiq!” jerit aku dan tubuh abang terus jatuh ke bawah.

“Abang!” aku jengukkan kepala ke bawah. Eh? Tak ada? Mana? Mana?

Aku berpusing dan..

“Argh!” leher aku dicekik Syafiq. Matanya merah bernyala. Senyumnya sinis dan menakutkan aku. Aku menahan sakit. Ya Allah. Bantulah aku. Muka aku mula membiru. Pucat. Aku dah tak boleh bernafas lagi!

“Kau akan mati Syafra. Aku tak akan benarkan kau hidup.”

Suara abang garau dan aku rasa aku kenal suara ini. Suara Daus. Ya! Aku pasti sangat. Aku lihat lagi mata Syafiq. Aku kenal mata ini. Mata milik seseorang yang tidak berperikemanusiaan.

“Kau nak apa.. Nak apa daripada aku Daus? Aku.. aku tak kacau.. Aku tak kacau hidup kau..! Le.. lepaskan aku. Le.. lepaskan abang aku!” aku menahan sakit. Agak sukar aku bercakap dengan keadaan aku macam ini.

Daus gelak. “Kau kacau aku Syafra. Kau ganggu tempat aku!”.

“Tempat kau dekat nerakalah syaitan!” jerit aku. Dan dia menguatkan genggaman dileher aku. Aku terkapai-kapai. Sesak nafas!

“Kau memang berjaya buat aku bengang Syafra. Sekarang, aku akan lempar kau seperti apa yang orang tua tu buat dekat aku. Orang tua tu dan kau sama aje! Dua-dua nak mampus!” Daus membawa aku ke tempat di mana dia mati.

Aku pandang bawah. Besi karat itu!

“Kau akan mati.”

“Syafra!” aku menoleh bawah. Zafran!

Zafran kelihatan terkejut melihat diri aku. Aku menangis. Zafran, tolong aku.

Daus mendengus dan membaling aku ke lantai tanpa belas kasihan. “Argh!” satu badan aku rasa sakit. Aku bangun dan aku jatuh kembali. Aku rasa kaki aku terseliuh! Sakitnya!

Aku lihat tubuh Syafiq sudah terlantar tidak sedarkan diri. Aku mengesot perlahan menuju ke Syafiq. Kasihan abang aku. Dia tak tahu apa-apa. Ya Allah! Silap aku sebab tak balik awal-awal. Kalau tak benda ni tak jadi macam ni.

“Syafra! Kau okay ke?” Zafran muncul dan berlari ke arah aku. Dia memeluk bahuku dan cuba membantu aku berdiri.

“Argh!” sakit. Aku terduduk lagi.

“Maaf! Kau okay ke? Cedera?”.

Aku menggeleng. Tanda aku tak apa-apa. Aku rasa leher aku lebam. Betapa kuatnya cengkaman Daus tadi.

“Mari aku tolong kau. Aku bawak kau dengan abang kau pergi hospital.”

“Kenapa kau datang balik?” tanya aku kepada Zafran. Kaki aku sudah berbalut. Abang pula koma tak sedarkan diri. Aku mengeluh. Kenapalah hidup aku jadi macam ini.

“Sebenarnya Syaf, aku ada sesuatu. Yang orang lain tak ada.”

Ketika itu Zaf menemani aku duduk di kerusi. Merehatkan diri kami setelah cemas tadi. Dan aku pula mahu menunggu abang sedar.

“Maksud kau?” aku memandang dia. Zaf menunduk. Tidak memandang aku.

“Aku boleh nampak. Benda-benda yang tak sepatutnya. Well, ini keturunan keluarga aku.”

Aku ternganga. Zaf ada sixth sense?

“Waktu aku hantar kau balik tadi, aku nampak ada benda perhatikan kau masuk rumah. Benda tu berdiri dekat bumbung. Pada mulanya aku memang tak ambil kisah sangat. Bila aku sampai rumah, aku tak sedap hati jadi aku datang pergi banglo kau balik dan terjadilah perkara tadi.”

Aku menyandar. Sukar untuk mempercayai cerita Zafran tapi aku terpaksa juga menelannya. Ramai orang yang lalu lalang di hadapan kami tapi waktu itu, seperti ada kami berdua sahaja. Memikirkan sesuatu yang bukan bernyawa.

Anyway, thanks selamatkan aku. Kalau kau tak ada, aku tak tahulah apa jadi dekat aku,” aku tersenyum kepadanya. Dia membalas kembali.

No hal lah. Aku suka tolong kawan-kawan aku.”

Aku terdiam. Kawan aje? Entah kenapa kenyataan itu membuatkan aku sukar untuk menerimanya. Zafran terima aku sebagai kawan aje ke?

Aku berdeham pada diri sendiri. Habis tu kau nak dia terima kau sebagai apa? Girlfriend?

“Apa-apapun, Syaf. Aku nak warning dekat kau sikit.”

Aku kembali memandangnya. Dia berwajah serius.

“Dekat banglo tu, bukan kau dengan abang kau aje yang duduk, tapi..”

Aku memotong kata-katanya. “Aku tahulah.”

Dia memandang aku. Wajahnya tegang. Aku terkedu melihat wajahnya sebegitu. Salahkah apa yang aku cakap?

“Bukan satu aje Syaf.”

Aku menelan liur. Maknanya?

***

Haii my readers :3

Theha rasa Banglo akan habis cepat kot xD Haha. Rasalah :3

By the way, keep VOTE and stay COMMENT okay? Love yaa :***

BangloWhere stories live. Discover now