Kring! Kring!
Aku mengangkat muka. Akhirnya! Berakhir juga satu hari yang memenatkan! Aku mengemas buku dan beg aku. Aku membetulkan baju sekolah aku dan berdiri sambil menyandang beg. Mia memandang aku tanpa reaksi.
"Aku balik dulu."
"Syaf!".
Aku berhenti melangkah. "Apa?".
"Kitorang nak mintak maaf," kata Mei Ling. Aku mendengus dan terus berjalan. Aku kalau mood tak baik memang macam ini. Malas nak layan.
"Syaf. Nak jenguk abang kau tak?" Zaf berjalan seiring dengan aku. Aku hanya menjeling dan terus berjalan. Sampai dekat pintu pagar, aku memanggil teksi. Zafran mendengus dan menarik tangan aku.
"Kau pahal?" aku menepis tangan Zafran. Zafran memandang aku dengan rasa bengang.
"Kenapa dengan kau ni? Aku tanya kau macam orang bodoh kau tahu? Pasal dalam kelas tadi, aku mintak maaf. Aku tak fikir pun yang diorang akan cakap macam tu bila nampak..."
"Look, Zaf. Aku mintak satu aje daripada kau. Baik kau dengar elok-elok."
Zafran kembali tenang. Dia memandang aku. Lepas itu teksi pun muncul. "Please. Stay away from me." Kata aku dan langsung masuk ke dalam teksi. Zafran tidak menghalang. Dia hanya berdiri dan memandang teksi yang semakin lama semakin jauh daripadanya.
"Abang, bangunlah. Tak kan kau nak tinggalkan aku sorang aje dekat banglo tu? At least, temanlah aku. Syafiq!" aku melentokkan kepala atas tangan Syafiq. Menangis bersendirian di situ. Aku takut. Aku takut nak hadapi berseorangan. Bila-bila aje benda-benda itu akan muncul balik. Dan semangat aku semakin tipis.
Kemudian aku rasa ada tangan mengusap belakang aku. Dan aku kenal tangan ini. Segera aku bangkit. Mia!
Aku bangun dan memeluknya sambil menangis teresak di bahunya. "Mia.. kau. Kau buat apa dekat sini?".
Mia meleraikan pelukan dan mengesat air mata aku. "Aku datang sebab kawan aku dalam kesusahan. Bukan! Kami datang sebab kawan kitorang dalam kesusahan!".
Aku pandang di pintu. Ada Hairul, Imran, Mei Ling, Firah, Mika dan.. Eh? Apa yang mamat ni buat dekat sini? Kacau ajelah. Zafran bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Ingat handsomelah? Haish. Abang aku lagi kacak!
"Kitorang datang sini sebab nak teman kau. Duduk dekat banglo tu."
Aku memandang Mia. "Ta.. tapi.. kenapa? Kau mesti tak sanggup! Banglo itu, hanya orang yang kuat aje yang boleh masuk!".
"Kau pikir kau kuat ke?".
Aku memandang Zafran. Menjegilkan mata. Mia menepuk bahu aku. "Syaf, kau kawan aku. Aku tak sanggup tengok muka kau macam mayat bernyawa aje besok. Kesian kau. Kena hadapi sorang-sorang."
Aku mengenggam tangan Mia. Sungguh aku terharu. "Tapi, mak ayah korang bagi ke?".
Mereka senyum. Bukan! Sengih nakal!
"Kitorang tipu," kata Mei Ling, Firah dan Mika serentak. "Lagipun, boleh rapat dengan Zafran," Mika memeluk tangan Zafran. Zafran menolak. Aku berpusing. Rupanya minah-minah ini ada maksud lain rupanya.
"Aku cakap dengan parents aku yang rumah kau ada event. Sebab tu mak ayah aku kasi lepas," Hairul datang dekat. Dia melihat tubuh kaku Syafiq. Aku faham. Dia bersimpati dengan aku.
"Apa-apapun, thanks korang. Aku terharu," mata aku berair. Mia senyum. "Kita buddies. Tak kan terpisah."
"Jemputlah masuk," aku membuka pintu. Mereka masih khusyuk memerhatikan banglo. Toleh kiri dan kanan. Melihat atas dan bawah. Pasu bunga dekat luar pun dibelek! Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Jakun ke mereka ini?
"Aku tak pernah masuk banglo ni. Wow! Macam istana!" komen Imran. Imran pergi ke ruang tamu. Dia meletakkan beg dan duduk di atas sofa. Hairul turut sama melabuhkan duduknya di sofa yang lagi satu.
"Besar gila rumah ini!" kata si Firah yang sememangnya kecoh. Mika terangguk-angguk mendengar kenyataan yang dilempar oleh sahabatnya. Mei Ling pula sudah naik mendaki tangga.
"Syaf, he's looking at us. Just now."
Bisikan Zafran membuatkan bulu roma aku meremang. Aku mengisyaratkan agar Zafran diam. Jangan tegur! Nanti lain jadinya. Zafran hanya menjongketkan bahu dan pergi ke dapur. Aku naik ke atas.
"Girls, korang boleh masuk bilik aku. Boys, masuk bilik bawah okay? Apa-apa hal panggil aje aku," kata aku seraya masuk ke dalam bilik diikuti oleh Mia yang masih setia disisi aku.
"So, macam mana dengan banglo ini? Menakutkan tak?" tanya aku pada Mia. Aku sudah membuka baju aku. Rimas pakai baju sekolah. Mia turut membuka pakaiannya dan menggantikan dengan T-shirt lengan panjang belang hitam dan seluar panjang.
"Bolehlah. Tapi aku respect dengan kau. Boleh kau stay sorang-sorang! Kalau aku tak berani ah!" Mia duduk di birai katil sambil memerhatikan aku memakai sweater kuning lembut dan skirt labuh.
"Haha, kau ni. Tak beranilah. Aku terpaksa kuat."
"Argh!!".
Aku dan Mia berpandangan. Terkejut mendengar jeritan itu. Dan aku percaya itu Firah. Terus aku dan Mia berlari ke bumbung. Zafran, Hairul dan Imran turur bergesa ke sana. Aku risau. Janganlah berlaku apa-apa!
"Argh! Bestnya banglo ini!".
Hampir sahaja aku terjatuh. Haish minah ini. Buat risau aku ajelah! Menjerit sebab suka. Kami berlima sudah memasamkan muka melihat Firah yang terkinja-kinja. Mei Ling dan Mika sudah tertinjau-tinjau melihat pemandangan.
Imran datang dekat Firah dan mengetuk kepala Firah. Padan muka! Aku dan Mia berpandangan sambil tersengih.
"Kau ni. Buat kitorang risau ajelah! Janganlah menjerit sesuka hati!" Imran memasukkan tangan ke dalam poket. Kacak. Tapi aku tak akan tergoda. Aku tahu Imran ini buaya. Tapi buayanya tidak lah ganas sangat.
"Adui! Jangan main kepalalah!" Firah mencebik.
"Okay guys. Korang boleh rehat-rehat. Suka koranglah nak jelajah banglo ini. Tapi kalau nampak something jangan teragak-agak nak menjerit panggil aku. Kalau kau buat hal macam Firah ni, aku kasi sebiji. Faham?" arah aku. Ceh! Macam aku pulak ketua.
"Zaf?" panggil Mika.
Aku menoleh memandang Zafran. Wajah Zaf ketat. Dan dia sedang melihat di belakangnya. Aku bergerak sedikit. Mahu melihat apa yang Zafran pandang. Aku terkejut!
Daus. Dengan wajahnya yang pecah habis, dan tubuhnya yang berlumuran darah! Sedang asyik memandang kami. Aku pandang Zaf. Zafran masih lagi memandang Daus.
"Kenapa ini korang?" tanya Mia. Aku agak, mereka tak nampak Daus. Hanya aku dan Zafran sahaja yang nampak. Aku senyum cuba menyenangkan hati kawan-kawan aku.
"Er, tak ada apa-apa. So, buat macam rumah sendiri eh?" aku bergerak ke arah Zafran.
"Kau jangan nak buat bebudak ni panik. Kau diam-diam aje. Faham? Aku tahu agak sukar tapi cuba untuk jangan tegur dia okay? Dia family aku."
Zafran kelihatan terkesima. "Jadi, itu Daus?".
Aku mengangguk dan memandang tempat tadi. Daus sudah pergi. Aku mengeluh. Aku percaya, malam ini pasti lagi teruk daripada semalam.
YOU ARE READING
Banglo
Mystery / ThrillerSyafra dan Syafiq baru sahaja pindah ke tempat yang baru. Makanya, Syafra harus mencari tempat tinggal. Kebetulan, Encik Faiiz selaku peguam keluarganya menawarkan mereka duduk di sebuah banglo peninggalan neneknya. Banyak desas-desus yang Syafra de...