Berseorangan

4.4K 246 40
                                    

Zafran menghantar aku pulang ke banglo. Sungguh aku serba salah dengannya kerana asyik menyusahkan Zafran. Aku membuka pintu keretanya. Waktu itu, azan Maghrib baru aje berkumandang.

“Terima kasih. Hari ini, dua kali kau hantar aku balik Zaf. Dan aku terhutang budi dengan kau. Maybe aku boleh balas dengan belanja kau makan nanti?” tawarku kepadannya. Dia senyum.

“Haish kau ni. Aku okay aje. Jangan risau. Kita kenalah saling membantu bukan? Belanja? Macam mana kalau KFC after school besok?” dia mengangkat keningnya yang seksi. Aku ketawa.

It’s a deal.”

Dia ketawa. Tak lama selepas itu wajahnya kembali serius. “Kau sure ke nak stay banglo malam ni? Tak nak tumpang rumah aku? Kau sorang-sorang aje ni.”

Aku menggeleng. “Jasa kau pada aku amat banyak Zaf. But sorry, aku kena tolak tawaran kau yang ini. Aku malu dan aku rasa tak sopan kot. Parents kau outstation dan aku tumpang rumah kau? Huh, itu bukan cara aku.”

Zafran senyum. Senyuman pahit. “Kalau macam tu, aku balik dulu. Maghrib dah ni. Nanti terlepas pulak.”

Aku mengangguk pula. “Terima kasih Zafran.”

Dia mengangguk juga. “Bye. Assalamualaikum.”

Aku menjawab salam di dalam hati. Memerhatikan keretanya keluar meluncur daripada rumah aku. Aku cepat-cepat berlari ke pintu. Alamak! Kunci pulak lupa nak ambik! Aku menyeluk poket.

Pada waktu itu pula angin bertiup kuat. Aku menelan liur. Jantung aku berdegup kencang.

Aku memejamkan mata dan menarik nafas. Fuh. Kemudian aku mencari lagi kunci rumah di dalam poket seluar.

Akhirnya aku berjaya juga jumpa kunci. Banyak pula. Ada tiga kunci. Mana satu ek? Kunci ini milik Syafiq dan aku tak tahu yang mana satu. Tengah mencari tu aku terdengar bunyi anjing menyalak dan serta-merta kunci jatuh ke tanah.

Aku mengeluh. “Jiran mana pulak ada bela anjing ni?” gumam aku perlahan. Haish. Menyusahkan betullah. Kejap. Banglo aku ini mana ada rumah lagi. Aku cuba pusing. Entah kenapa jantung aku laju mengepam.

Dia. Aku terkedu. Cik pon! Galak dia memandang aku. Matanya merah. Berambut panjang. Baju putih. Er? Itu baju ke? Lupakan! Wajahnya hancur. Macam kena seret dekat tanah. Tapi aku tetap dapat tengok matanya.

Aku berselawat. Ya Allah. HambaMu ini lemah!

Aku menunduk, ingin mencapai kunci. Sungguh aku terkejut!

Kepala tanpa badan! Elok aje dia memerhatikan aku. Kunci itu di atas rambutnya. Aku tergamam. Rasa macam nak menangis tapi aku tahan. Aku menguatkan semangatku dan kunci itu berada di peganganku.

Aku memulas tombol dan masuk dengan langkah kanan. Pintu aku tutup perlahan dan aku kunci. Dan akhirnya aku menarik nafas lega. Baru sahaja aku melangkah, aku kuat masuk dan menerbangkan daun-daun yang sudah mati.

Mana datang angin ni? Tingkap dan pintu sudah aku kunci! Aku terpandang pula tingkat atas. Elok sahaja dia bercangkuk di tangga. Memandang aku dengan matanya yang terjojol keluar.

Aku membaca ayat kursi. Perlahan. Badan aku sudah menggigil. Aku menggengam kedua tangan aku. Sejuk. Kakiku gerak perlahan-lahan. Sungguh aku takut. Kalaulah abang ada..

Aku melintasinya apabila sampai ke tangga. Dia masih memandang aku. Dengan penuh khusyuknya dia memerhatikan aku. Aku menarik nafas lagi. Cuba bertenang padahal jantung aku macam nak terkeluar dah ni!

Aku mengatur langkah ke bilik. Masuk dan mengunci pintu. Terduduk aku dekat birai katil. Aku menunduk dan tercungap-cungap.

Dia lagi. Kepala tanpa badan. Elok aje berada di bawah katil aku. Tidak senyum pun. Sekurang-kurangnya ramahlah dengan aku Cik Tak Ada Badan woi! Baru lega sikit hati aku! Huish!

Entah kenapa terbit pula rasa menyesal sebab tak terima tawaran si Zafran tadi. Aku mengeluh dan berdiri. Masuk bilik air dan angkat air sembahyang. Untungkan? Bilik aku ada bilik air sendiri. Dekat Johor tak ada.

Masuk-masuk aje si rambut panjang sedia menunggu aku. Aku terhenti seketika. Allah! Dalam bilik air pun ada! Senang cerita, di mana-mana pun kau adalah! Hish! Aku mengambil air sembahyang.

Siap bertelekung dan aku membentang sejadah.

Aku memulakan sembahyang. Yang buat aku tak selesa ialah, Cik Tak Ada Badan ini elok memerhatikan aku solat. Huish! Bahaya ni. Aku cuba berlagak tenang dan terusan menyempurnakan ibadat aku. Aku tak akan benarkan dia mengganggu aku.

Aku memberi salam dan berdoa.

“Ya Allah ya Tuhanku. Kau ampunilah dosa-dosa aku. Dosa-dosa abang aku. Dosa-dosa keluarga aku. Kau kirimkanlah perlindungan kepadaku Ya Allah! Kau bantulah aku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah. Aku tak kuat.”

Kemudian aku terdengar bunyi bayi menangis. Sudah! Siapa punya anak pulak dalam banglo ini! Aku memejam mata lagi. Tak nak dengar!

“Ya Allah, aku mohon kepadaMu Tuhanku! Kuatkanlah hatiku ini. Tabahkanlah diri ini. Aku tak kuat Ya Allah. Bimbinglah aku. Bimbinglah aku ke jalan yang benar.”

Lepas tu aku dengar bunyi kucing bergaduh. Aduh! Ni yang aku lemah ni. Aku mengaminkan doa dan mencelikkan mataku.

Jantung aku macam nak berhenti bekerja dah! Elok aje dia menyengetkan kepalannya sambil merenung aku. Kali ini Cik Pon pulak! Haish. Aku menelan liur aku. Dan aku berpura-pura tak nampak. Selamba sahaja aku melipat telekung dan sejadah.

Lapar pulak. Tapi aku takut nak turun ke bawah. Haish. Turun ajelah.

Aku memulas tombol pintu dan turun ke bawah. Benda-benda tu semua dah tak ada dah. Dan aku bersyukur sangat! Laju aku menuju ke dapur.

Haduuh! Tengok! Benda lain pulak duduk atas peti sejuk. Budak kecil. Mungkin ini budak kecil yang ada dalam mimpi aku itu. Yang duduk atas kepala Daus.

Aku ambil keputusan masak maggi aje. Tak kuasa aku nak lama-lama dekat dapur! Lemah semangat aku nanti. Dahlah belakang dapur ni hutan. Mampus aku macam ni.

Aku mengambil maggi cawan dan air panas ku tuangkan ke dalam. Aigoo. Guna water heater je. Senang.

Dah siap.

Aku terus naik keatas. Alamak haih, dekat tangga ni. Ada Cik Pon dengan Cik Tak Ada Badan. Berderet pulak tu! Aku menarik nafas dan terus masuk ke dalam bilik. Menggigil tau badan aku!

Aku duduk di atas katil setelah menutup pintu. Mengeluh lega.

Aku menarik laptop dan meng’on’kannya. Nak buat ulang kaji sikit. Mia kata besok ada ujian. Ujian apa benda pun tak tahu.

Aku pun tak sedar selepas itu. Aku tertidur. Mengantuk!

***

Hey readers! Macam mana chappy ni? Seram tak? Masa Theha buat ni, sumpah Theha menggigil! Sejuk woo xD Takutt! Dahlah duduk sorang-sorang dekat rumah. Siapa nak teman Theha ? T^T

Thanks sebab baca! Keep VOTE and stay COMMENT ^^

BangloWhere stories live. Discover now