Sekolah

5.2K 211 8
                                    

Aku masih teringat mimpi tadi. Dan bayangan budak itu di dalam bilik aku. Masih terimbau. Tak tahulah kenapa. Moyang? Aku masih tak faham cerita ini. Argh! Aku membentak di dalam hati.

“Syafra. Dah sampai dah. Aku nak pergi kerja ini,” kata Syafiq mengejutkan aku daripada lamunan aku. Aku tersedar. Tangannya aku capai dan muka dia jelas terkejut.

“Kenapa tangan kau sejuk ni weh? Badan kau menggigil lagi.”

Aku hanya menggeleng. “Aku okay. Kau janganlah risau. Balik nanti kau jemput aku ke apa?” tanya aku. Tak nak bagitahu Syafiq apa yang berlaku pada diriku. Aku tahu Syafiq sibuk dan aku tak nak bebankan abang aku sendiri.

“Oh, kalau macam tu kau balik sorang boleh? Kau ingat kan jalan balik?” aku sahut kata-kata Syafiq dengan anggukan. Ah, dekat Johor pun Syafiq selalu sangat sibuk. Sebab itu aku sudah terbiasa balik sorang-sorang.

“Aku pergi dulu. Bye.”

Aku melompat turun dan melambai kepada Syafiq. Syafiq tersenyum dan meluncur keluar daripada sekolah baru aku. Aku memandang belakang keretanya dengan rasa sayu.

“Kelas! Kita ada student baru. Kenalkan, Nur Syafra Imani Jusoff.”

Aku menganggukkan kepalaku. Jelas kehadiranku amat di alu-alukan. Aku tersenyum lebar. First day, kenalah ramah! Barulah ada ramai kawan. Dan aku tak suka sombong-sombong. Haih, sombong tak ke mana.

“Saya ada hal sekejap dengan pengetua. Kamu semua bolehlah berkenalan dengan Syafra dulu ya? I’ll be back.”

Puan Yura keluar daripada kelas. Selepas itu terus kelas menjadi bising. Ramai yang menerpa aku. Mahu mengenali aku agaknya. Aku senyum dan bersabar menjawab soalan mereka.

“Kau dari mana?”.

“Nama kau sedaplah! Nak panggil apa ek?”.

“Kau tinggal mana?”.

“Nak nombor fon boleh?”.

Aku tertawa dengan soalan-soalan mereka. Nampak sangat mereka ini semua baik dan ramah. Dan mungkin aku senang bergaul dengan mereka. Haha. Mungkin.

“Hey! Bagilah dia duduk dulu!”.

Satu kelas senyap. Aku memandang dia. Dia. Mungkin dia ketua kelas kot. Dah semua ikut cakap dia. Aku renung dia. Kacak! Sangat bergaya! Dah ada girlfriend ke belum? Haha. Gatalnya aku!

Sorrylah Zaf. Semangat ni ada awek cun masuk kelas kita. Nak usha-ushalah,” kata seorang lelaki. Aku terkebil-kebil. Ahh sudah! Janganlah bergaduh sebab aku pulak!

“Aku maafkan tapi bagi dia duduk dulu,” Zaf mempersilakan aku duduk. Aku duduk dan memandang orang sebelah. Perempuan. Aku tersenyum dan dia membalas kembali.

“Aku Syafra Imani. Selamat berkenalan,” aku menghulurkan tangan. Dia ketawa dan menyambut salamku. Comel sungguh apabila dia ketawa. Ahh! Seronoknya ada kawan baru!

“Tahu dah nama kau. Aku Damia Dahra. Call me Mia. So, aku nak panggil kau apa?” katanya ramah sekali. Buatkan hatiku senang dengannya.

“Hurm, abang aku panggil aku Syafra. Eh, tak kisahlah nak panggil aku apa. Asalkan jangan panggil aku nama yang tak elok sudah.”

Selepas itu ketawa kami bersatu.

“Woi Mia! Tak adillah kau conquer minah ni sorang-sorang!” ada suara sumbang yang mencelah perbualan kami. Aku ketawa lagi.

BangloWhere stories live. Discover now