Edisi Khas ♥

4.1K 222 45
                                    

Assalamualaikum Readers!

This is the special part for Banglo. Haha. Seperti yang Theha janjikan. Dan sampai disini sahajalah pertemuan kita dalam Banglo. Kita akhiri  perpisahan kita dengan tasbih Kifarah dan Surah Al-As. Haha. Bergurau sahaja. Terima kasih menyokong Banglo. Hoho. Banglo dah habis T^T. Dan lepas ini Theha akan buat story baru. Still horror. Siapa ada cadangan jalan cerita macam mana? Theha boleh kembangkan xD

Love,

@Thehaaa___

 

“Mama! Afa nampak lagi! Afa nampak lagi! Afa takut ma! Afa takut!” Syafa berlari ke arah aku. Aku yang waktu itu sedang memasak di dapur, hanya berdiam terkejut. Hish. Suria ini. Menakutkan aku betullah. Aku membasuh tangan sebelum melutut. Menyamakan ketinggian aku dan Syafa.

“Kenapa dengan anak mama ini? Hmm? Afa nampak siapa sayang? Bagitahu mama,” aku dapat rasakan tubuh Syafa yang menggigil. Janganlah demam lagi. Minggu ini aje nak masuk empat kali. Aku mengeluh dan mengendong tubuh kecil Syafa. Melangkah perlahan ke biliknya.

“Afa tak nak masuk bilik! Dia ada dalam bilik! Mama tak nak!” Syafa meronta. Aku yang sedang mendaki tangga, hilang imbangan dan melayang. Ya Allah! Tak kan aku akan jatuh?!

Aku memejam mata sambil memeluk Syafa erat. Janganlah jadi apa-apa. Aku berdoa di dalam hati. Aku rasa seperti ada tangan yang memegang kedua lengan aku. Perlahan-lahan aku mencelikkan mata.

“Sayang, kenapa ini?”.

Aku melepaskan nafas lega apabila mendengar suaranya. Syukur dia sempat menahan tubuh aku daripada jatuh.

“Sayang, ingat. Baby dalam kandungan itu,” dia mendirikan aku dan mengambil Syafa daripada pelukan aku. “Afa, kenapa buat mama macam tu? Tak kesian ke dekat baby dalam perut mama tu?” katanya kepada Syafa. Jarinya mencuit hidung Syafa.

“Tapi papa, Afa takut. Mama nak bawak Afa masuk bilik. Bilik tu ada orang! Dia.. dia takutkan Afa!”.

Kami saling berpandangan. Aku tahu ini bukan kali pertama Syafa kena kacau.

Suami aku tersenyum. “Kalau macam itu, Afa duduk rumah atuk ya? Kat sana tak ada orang kacau.”

Aku terdiam mendengar kata-katanya. Hantar Syafa dekat ibu dan ayah?

Aku menghabiskan bacaan aku. Setiap malam, aku akan membaca satu surah untuk bayi di dalam kandungan aku atas saranan dia. Kadang-kala juga dia akan membaca bersama aku. Tapi malam ini, dia tak balik lagi daripada menghantar Syafa ke rumah ayah. Aku tak dapat ikut. Syafa demam dan aku tak boleh dekat dengannya. Nanti aku berjangkit.

Kitab Al-Quran aku letak di atas meja. Aku meraup wajah aku dan perlahan-lahan baling merenung syiling.

Dua saat dan telefon aku berbunyi lantang. Tanpa melihat nama di skrin, aku terus menekan punat hijau.

“Hello? Assalamualaikum?”.

Hanya terdengar orang menghembuskan nafasnya. Aku mengerutkan dahi. “Hello? Hello? Siapa ni?”.

“Syaf...”.

Terkejut aku apabila talian tiba-tiba terputus. Akhirnya aku membiarkan sahaja. Aku meletakkan tangan ke atas dahi dan kembali termenung.

Telefon aku berbunyi lagi. Aku hanya mengiringkan badan sambil menekup telinga. Berdering lagi dan mati. Aku mengeluh. Siapa pulak yang main-main ni. Kemudian terdengar lagi deringannya. Aku mendengus sebelum menjawab panggilan.

BangloWhere stories live. Discover now