Yang Terakhir Untuk Kau

55 2 0
                                    

Untuk kau
Seorang teman
Yang pernah hadir suatu masa dulu
Pada saat aku cuba bangkit dari kesedihan
Tika aku perlukan teman untuk meluahkan
Kau setia mendengar
Mengalah dari perbalahan
Membawa kecerian
Menyanyikan lagu yang terakhir
Seakan acah seperti bollywood
Di tengah kehijauan rumput
Kau cuba kembalikan kegembiraan
Aku terus hanyut
Hanyut dalam kepura-puraan kau
Sehingga aku lupa kita siapa
Benarlah kata orang
Bahagia tak mungkin selamanya
Angan fantasi tak semudah realiti
Akhirnya lain yang jadi
Bila aku sedar dari permainan ini
Aku cuba menjauhkan diri
Kerana aku tak mahu sakit lagi
Air mata cuba ku simpan semampu boleh
Agar tak menitis mengalir di pipi
Namun
Semakin disimpan semakin banyak airnya
Untuk yang ke sekian kalinya
Air mata jatuh juga di wajah
Aku cuba menafikan hakikatnya
Pura-pura tabah di hadapan manusia
Bila saat kau mulai sedar
Aku telah hilang dari pandangan kau
Kau pula masih mencari
Cuba menjejak kehilangan diri
Tapi aku dah sakit
Sakit dibohong diberi harap
Rindu yang kau ucap
Menambahkan kebencian aku pada kau
Aku semakin menjauh
Cuba menjauh sejauh yang mungkin
Dengan harapan tak bertemu lagi
Dengan yakin aku pergi
Tapi aku salah
Bila aku terlalu yakin kita takkan berjumpa
Takdir Allah sentiasa menemukan kita
Kau tetap muncul di depan mata
Aku tahan pedih di hati
Cuba mengunci mulut dari berbicara
Cuba melupakan apa yang terjadi
Cuba melenyapkan kenangan kita
Cuba memaafkan kau
Walau kau tak sedar akan hakikatnya
Bahawa aku dah selesa dengan diri kau
Dengan cara layanan kau
Dengan peribadi kau
Aku sudah terjatuh
Terjatuh ke lembah penipuan kau
Terima kasih ku ucap
Kerana pernah menemani aku
Walau untuk seketika cuma

BERAMBUSSS!!


; hargai orang yang sentiasa ada untuk kau..nanti bila orang tu dah takda, jangan pulak terhegeh-hegeh baru nak hargai..dah takde sapa nak layan kau dah masa tuu!!

Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔Where stories live. Discover now