Ziarah

12 1 0
                                    

Ziarahlah mereka
Sementara kau masih berusia
Sementara mereka masih bernyawa
Kerana ziarah kau
Datangnya bersama malaikat
Untuk mendoakan kebaikan buat mereka

Ziarahlah mereka
Sementara kau masih bisa bergerak
Sementara mereka masih bisa berbicara
Kerana ziarah kau
Membawa beribu makna
Buat mereka yang kesepian

Ziarahlah mereka
Walaupun untuk sekejap cuma
Mahupun ketika masih hidup
Ataupun telah meninggal dunia
Doakan kesenangan buat mereka
Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka
Semoga mendapat redha Yang Maha Esa

250117

; amalkan lah amalan ziarah-menziarahi ni..kau hidup kat dunia ni bermasyarakat, bukannya hidup sendiri-sendiri..ziarah selalu pun takpa, bukannya nak kena tunggu raya or sakit or mati baru nak ziarah..so pergilah ziarah or melawat orang lain, takut pula nanti kalau kau mati takda siapa pula nak datang ziarah kau..

Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔Where stories live. Discover now