Aku pernah beri peluang itu
Untuk percayakan kamu
Bila kau kata kan tunggu
Walau aku sendiri tak mahuTapi jelas itu dusta
Hanya mainan kata
Bila kau pulang dengan bahagia
Aku buat tak kesahAku yang kau tinggal kala bahagia
Pernah kau cari juga bila kecewa
Itu ini kau cerita semua
Minta aku pulihkan kecewaAku dengar setiap kecewamu
Aku tunjuk setiap jalan keluar
Agar kau tak terluka lagi
Mahu kau terus bahagiaTapi
Setiap kata dusta itu
Membuatkan hilang semua rasa percayaku
Yang tak pernah aku persoalkannya
Terus buat seperti tiada apaKini kau minta peluang itu
Yang tak mampu aku beri lagi
Mungkin kau lupa
Peluang itu
Yang kau pernah buat main

YOU ARE READING
Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔
DiversosBy: loanve "Aku cuba meluahkan perasaan melalui bibir Tapi ditakut pula akan berlaku banjir Terus tangan laju berlari-lari Fikiran mula mencari perkataan Mahu disusun untuk meluahkan isi hati Sekadar mahu menenangkan perasaan Agar tiada lagi sakit d...