Mereka kian tua
Kian ditelan usia
Hidup tak seberapa
Harapkan kasih sayang manusiaAnak yang dilahirkan
Diharap akan berbakti
Sementara masih berusia
Sementara masih merasaTua mereka mengasihi kita
Tua mereka mendoakan kita
Tua mereka mengharapkan kita
Tua mereka mengalirkan air mataHormati mereka
Sayangi mereka
Hidup mereka tak lama
Begitulah kita jugaMereka cuma mahu kasih sayang daripada yang muda
Tak terdetik di hati mereka untuk menyusahkan kita
Bukanlah tua mereka untuk menyusahkan kita
Bukan pula tua mereka untuk menagih simpati kita
Sedarkah kita nanti
Kita juga akan merasai saat-saat tua sekiranya diizinkan Tuhan
Jadi cubalah mengalah pada mereka
Jangan lelah melayan mereka
Bahagiakan mereka sementara mereka ada
Sementara kita masih bernyawa
Kerana hidup ni tak lama250116
; nak pesan ni..hormati dan sayangi orang tua..mereka dah lama hidup..apa salahnya bahagiakan saat-saat akhir hayat mereka..I'm not talking about parents yang dah tua ja tau, tapi termasuklah nenek atuk dan yang sewaktu dengannya..hargai kewujudan mereka oke!..
YOU ARE READING
Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔
RandomBy: loanve "Aku cuba meluahkan perasaan melalui bibir Tapi ditakut pula akan berlaku banjir Terus tangan laju berlari-lari Fikiran mula mencari perkataan Mahu disusun untuk meluahkan isi hati Sekadar mahu menenangkan perasaan Agar tiada lagi sakit d...