Adik

23 1 0
                                    

Pernah suatu tika
Aku cemburu melihat mereka
Punya adik sendiri
Untuk bawa ke sana ke sini
Kerana aku tak punya.
Pernah aku impikan
Mahukan adik buat teman
Tapi aku tahu
Aku hanya bermimpi
Dan mimpi itu takkan jadi kenyataan.
Suatu hari
Allah hadirkan kau
Kau hadir entah dari mana
Yang aku temu 9 tahun lalu
Usaha aku bantu
Walau aku tak tahu kau siapa
Hanya dengan bantuan yang tidak seberapa
Kau anggap aku kakak
Satu hubungan yang tak pernah aku bayang
Muncul secara tiba-tiba
Menjalinkan rasa sayang
Sejak itu aku mulai melindungi
Pelihara kau macam adik sendiri
Sering aku kau cari
Ke hulu ke hilir aku kau ikut sana sini
Kau kata mahu itu ini
Sering juga aku beri
Kerana aku mahu menghargai
Setiap saat punya adik

Kau tetap adik aku
Walaupun tiada pertalian darah
Cuma gelaran angkat yang ada
Walau kini kita sudah dewasa
Aku harap kau bisa jaga diri kau sendiri
Kerna aku tak mungkin kan ada di sisi
Setiap saat seperti dulu lagi
Ingat pesan aku
Jangan mudah terpedaya dengan manusia
Yang sering dengki dengan kebahagiaan kita
Andai nanti kau perlu aku
Cari aku seperti dulu
Kerana kau adik aku
Akan kau aku bantu

Kau ajar aku erti menyayangi
Kau ajar aku erti bertolak ansur
Kau ajar aku erti bertanggungjawab
Kau ajar aku erti yang tidak pernah aku faham sebelum ini
Terima kasih untuk setiap kenangan
Terima kasih untuk setiap kebahagian
Terima kasih untuk setiap pengalaman

280117

*untuk zaki, adik angkat aku yang paling aku sayang, yang paling putih, yang paling manja dan yang paling hensem..actually aku jumpa dia masa dia darjah 1 and aku darjah 3 time tu..aku nampak dia kena buli dengan classmate dia kot dekat tempat park kereta cikgu, then aku pi sergah budak-budak yang buli dia tu..hahah! time tuu aku gangster sikit, so aku warning dekat budak-budak tu..and start from the incident, dia jadi adik angkat aku..dah lah naik van sama ngan aku time tu pastu rumah dia pun satu lorong jaa dengan rumah aku and mengaji pun sekali juga..*

; nak pesan ni..siapa yang ada adik, hargailah dia, sayang dia and jaga bimbing dia semampu kau..jangan buang or buli adik kau sendiri..sebab orang yang takda adik, teringin nak adik..janganlah pulak kau yang ada adik, tak bersyukur..

Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔Where stories live. Discover now