Tiga jenis manusia
Punya otak Tuhan beri
Minta barang sama
Tapi tak mampu diberiManusia pertama ;
Kau minta itu
Aku beri ini
Tapi kau buang
Kau tepis tepi
Sikit pun tak hargai
Itulah manusia kejiManusia kedua ;
Kau minta itu
Aku beri ini
Kau ambil sepi
Kunci dalam peti
Simpan bawah katil
Itulah manusia egoManusia ketiga ;
Kau minta itu
Aku beri ini
Kau ambil senang hati
Setia bawa ke sana sini
Agar dapat diperhati
Itulah manusia bersyukurBukankah aku sudah bilang
Akal Tuhan beri untuk berfikir
Tapi mengapa masih tidak mengerti
Bersyukur sahaja apa yang ada
Itu pun susah ka?; tak semua kita nak, kita akan dapat..kalau ada rezeki, dapatlah..kalau takde rezeki, terimalah..belajar bersyukur apa yang ada..oke?

YOU ARE READING
Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔
De TodoBy: loanve "Aku cuba meluahkan perasaan melalui bibir Tapi ditakut pula akan berlaku banjir Terus tangan laju berlari-lari Fikiran mula mencari perkataan Mahu disusun untuk meluahkan isi hati Sekadar mahu menenangkan perasaan Agar tiada lagi sakit d...