Hati untuk apa?

13 1 0
                                    

Kau punya rupa yang segak
Aku tak nafikannya
Sering juga menawan hati manusia
Sehingga kau berlagak pada mereka
Sombong pada Maha Pencipta
Angkuh dengan rupa yang kau ada
Apa kau lupa?
Rupa kau bukan milik kau
Hanya pinjaman dari Yang Maha Esa
Bila-bila sahaja kau akan kehilangan
Rupa kau yang kau puja
Sedarlah diri kau
Kau tidak punya apa-apa
Jadi jangan berlagak.
Atau kau mahu aku simbah asid dulu?
Baru kau nak sedar diri?
Pergi mati!

Kau kata, kau tiada rupa yang segak
Membuatkan kau tidak dipandang manusia
Selalu juga tidak dipedulikan
Dan sering menjadi bahan cacian
Sampai kau putus asa
Kau ingkar pada Pencipta,
Hanya kerana kau tidak punya rupa.
Kau manusia jenis apa?
Kau tak reti bersyukurkah?
Bila kau nak sedar diri?
Atau kau belum sedar lagi?
Rupa hanya pinjaman semata.
Kau mahu rupa, hanya untuk dipandang manusia?
Jadi,
Hati kau untuk apa?
Untuk kau makan dalam dengan setiap bicara manusia?
Bila kau nak berubah?
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Rupa tak menjamin bahagia,
Cuma untuk mendapat perhatian manusia.

; rupa tak penting sangat pun..hati lebih penting..Allah tak pandang kemuliaan manusia daripada rupanya..sedar sikit! -nasihat ja-

Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔Where stories live. Discover now