Dirimu
Kian kedut kulitmu
Kian sakit tubuhmu
Kian putih rambutmu
Moga kau kuat
Moga kau tabah selaluDirimu
Tiap kali ku pandang
Mengingatkan aku masa akan datang
Tiada lagi dirimu
Untuk mendoakan aku
Untuk menyayangi aku
Tiada lagi dirimu
Untuk ku pandang
Untuk ku bergurauDirimu
Senyum kedutmu beribu makna
Bahagia kecewa hanya kau yang tahuLembut sentuhanmu
Penuh dengan kasih sayang
Membuatkan aku rinduSuara indahmu
Yang jarang untuk ku dengar
Mungkin tiada lagi pada masa akan datangMaafkan aku
Andai tersalah bicara
Andai terkasar budiDirimu
Akan ku kenang
Tiap waktu nafasku
Semoga kau bahagia
Tenang sentiasa
Terima kasih untuk doamu
Buat diriku yang tak seberapa12.14pm
250117; hargailah masa-masa terakhir mereka yang telah tua..selalulah melawat mereka sementara masih ada..
YOU ARE READING
Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔
AcakBy: loanve "Aku cuba meluahkan perasaan melalui bibir Tapi ditakut pula akan berlaku banjir Terus tangan laju berlari-lari Fikiran mula mencari perkataan Mahu disusun untuk meluahkan isi hati Sekadar mahu menenangkan perasaan Agar tiada lagi sakit d...