Berbeza

23 2 0
                                    

Perpisahan
Satu patah perkataan
Tapi
Bisa dinilai dari bermacam sudut pandangan

Dari sudut positif
Kelihatan lebih menarik
Hanya untuk yang tabah
Hanya untuk yang redha
Hanya untuk yang bersyukur dengan segala apa yang ada

Dari sudut negatif
Kelihatan lebih suram
Hanya untuk yang pasrah
Hanya untuk yang kecewa
Hanya untuk yang tidak merelakan segalanya

Itulah,
Semuanya berbeza
Lain orang lain egonya
Lain orang lain pendapatnya
Lain orang lain aras pemikirannya
Lain orang lain tahap penglihatannya

Kau dan aku
Punya pancaindera yang sama
Punya otak juga akal
Anugerah dari Tuhan untuk digunakan

Jadi,
Jangan banyak soal
Buka mata buka hati
Lihat sekeliling
Fahami setiap inti sari

Bukannya,
Buta mata buta hati
Hanya nak menang sendiri
Padahal sendiri buta
Tak sedar diri

; think out of the box..walau apa pun terjadi, buang sikit ego tu and pandang dari sudut positive..then barulah boleh merasa bahagia dan nikmatnya hidup..

Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔Where stories live. Discover now