Gelabah

35 1 0
                                    

Entah mengapa gelabah
Tiap kali jumpa
Mungkin aku suka
Tapi aku diam saja

Aku gelabah lagi
Hingga aku rebah
Kau masih di sisi
Tapi ku masih di bawah

Kau suruh bangun
Aku buat tak endah
Kau kata nak dukung
Aku kecut terus blah

Kau kata aku gelabah
Memang itu aku rasa
Jelaskah di wajah
Atau kau rasa yang sama

Kau kata
Sebab kau hensem
Sebab itu aku gelabah
Hingga aku rebah
Jatuh tersembah


180117
Thank you


; selamatkan diri kau daripada rebah apabila kau gelabah..

Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔Where stories live. Discover now