Nasihat itu
Yang kau beri dulu
Aku ingat selalu
Ke mana ku pergi
Ku bawa selalu
Menjadi temanku
Di kala aku perluNasihat itu juga
Yang pernah menginsafkan aku
Yang mampu mengalirkan air mataku
Yang pernah menjadi asbab
Untuk aku terus menjalani ujian hidup ini
Untuk aku menerima takdir yang perlu aku hadapiKini
Hanya tinggal aku
Dan nasihat itu
Kau tiada
Untuk bersama aku lagi
Kau sudah tinggalku sendiri
Dan aku harus terima kenyataan itu
Walaupun perit
Tapi itulah kebenarannya

YOU ARE READING
Aku Hanya Mahu BERBICARA !!! ✔
RandomBy: loanve "Aku cuba meluahkan perasaan melalui bibir Tapi ditakut pula akan berlaku banjir Terus tangan laju berlari-lari Fikiran mula mencari perkataan Mahu disusun untuk meluahkan isi hati Sekadar mahu menenangkan perasaan Agar tiada lagi sakit d...