"Apa maksud, tau tentang ' percintaan Hana? ' " Mingyu menyoal Woozi . "Wait apa maksud kau ' keluarga Hana?' Soal wonwoo. "Bongkar semua ? Memandangkan semua nya hampir terbongkar? Soal S.coups pula."Tanya la dia. Tak kan semua aku yang kena bagitau kan. Bye" woozi meninggalkan ruang tamu malas dia nak masuk campur dalam hal tu.
"Hana? " soal mingyu tak puas hati. Hana memandang Mingyu , kemudian wonwoo dan juga joshua. "Ha.. Hana pernah bercinta dengan Joshua dulu" ujar Hana tergagap gagap. "WHAT! " semua terkejut dengan apa yang diutarakan oleh Hana.. "Jadi, dia la punca Hana lari pergi Busan dengan Shina? " Tanya Mingyu geram. Mingyu segera menerpa ke arah Joshua dan menumbuk Joshua.
Berlaku pergelutan diantara mereka berdua.. Hana cuba untuk meleraikan nya tetapi ditegah oleh S. Coups. "Eh, yang kau bengang sangat ni asal.. Asal? Dia girlfriend kau ke? sampai nak mengamuk macam ni" marah Joshua. Wonwoo segera meleraikan pergaduhan di antara mereka berdua.. "Jadi kau bengang dekat Joshua hyung sebab dia yang buat 'girlfriend ' kau lari sampai ke busan? " soal Wonwoo tidak puas hati.
"Hana tu adik aku la sengal! Kau tau tak sebab dia ni la, aku terpaksa berpisah dengan adik aku! Kau tau apa, bukan kau yang tanggung. " Bentak Mingyu membuatkan mereka yang lain terkedu dengan penjelasan Mingyu.. "Adik kau? " Tanya wonwoo kembali.. "Ye, adik aku sekarang korg dah tau kan apa maksud Woozi tadi" sinis je Mingyu menjawab.
"Jadi ini la yang dimaksudkan oleh Woozi tadi.. Jadi kepercayaan yang woozi cakap tu. Hana banyak rahsiakan banyak benda dari Shina ke? " Luah S.Coups perlahan tetapi masih dapat didengari mereka yang berada di ruang tamu itu. Hana sedari tadi menunduk kan kepala nya, terdengar esakan kecil dari nya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Flashback
"Eh? Kau ni kenapa? Okay tak? Asal mata kau merah? Bagi tau aku sekarang!" Shina memaksa Hana untuk memberitahu dirinya apa yang terjadi.. "Tak de apa apa la.. Aku cuma penat.. Hahaha, eh kau kata semalam kau nak pindah pergi Busan? " Hana sengaja menukar topic perbualan mereka.. "Haah, asal? " Soal Shina kembali.
"Nak ikut boleh tak? Lagi pun aku tak nak la biarkan kau pergi sorg sorg, bukan boleh percaya kau ni" Bidas Hana membuatkan Shina mencebik. "Suka hati kau la, bagi tau abang kau si Mingyu tu.. Nanti dia cakap aku culik kau pulak tak pun kau ada rahsiakan apa apa dari aku? Sampai nak ikut aku pergi Busan tetiba ni" gurau Shina.
"Okay, rahsia apa pula..kan kita dah janji tak de rahsia di antara kita berdua." Hana segera berlari naik ke bilik. Sebaik sahaja dia sampai di bilik, dia menangis kembali dengan apa yang terjadi petang tadi di cafe. Tanpa Hana sedar, Shina juga turut berada di Cafe itu petang tadi, dan dia telah mendengar kesemua nya.
Dia agak kecewa pada awalnya kerana Hana tidak pernah memberitahu dirinya yang dia mempunyai teman lelaki, tapi dia tak marah, cuma yang dia bengang apabila lelaki itu menipu Hana. Sebaik sahaja kelibat Hana hilang dari pandangan matanya. Dia mula teringat kembali apa yang terjadi di cafe sebelum dia pulang ke rumah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"cafe"Shina melangkah masuk ke dalam sebuah cafe untuk membeli air latte kegemarannya, semasa dia berjalan menuju ke arah kaunter dia terlihat kelibat Hana yang sedang memanang ke arah sekumpulan lelaki. Baru sahaja dia ingin menegur Hana, Hana terlebih dahulu berjalan menghampiri sekumpulan lelaki yang berada dipandangnya sejak tadi. "apahal Hana pergi situ?" bisik hati Shina ..Dia mengekori Hana dan bersembunyi di sebalik dinding yang berhampiran tempat itu.
Dia mendengar setiap butir dan perkataan yang dibicarakan oleh Hana dan 3 orang lelaki itu. "Wait,budak tu Bf Hana? asal aku tak tau? But erhh.. Kau buat kawan aku menangis .memang nak kena!" kata Shina perlahan , sebaik Hana berlalu pergi dari situ, dia segera menuju ke arah meja yang diduduki oleh teman lelaki Hana."Opss Ex teman lelaki Hana".
"Hai" sapa Shina pada mereka. "hai, " balas mereka bertiga serentak. "Ye? Kenapa? Soal Rain. "Ouh saya cuma nak sampaikan ni" Dia mengambil gelas yang berada di atas meja tersebut dan menyimbah baki air tersebut kearah mereka bertiga. "Ops, tersimbah" ujar Shina sinis sebelum berlalu pergi begitu sahaja."apahal perempuan tu,tetiba simbah air kat kia..OMG baju aku.!" bentak Rain bengang. manakala Joshua dan seorang lagi teman nya terpinga pinga dengan apa yang terjadi.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Shina terlanggar seseorang akibat terlalu berkhayal ketika berjalan. Habis tumpah minuman yang dipegang oleh lelaki di hadapannya. Shina segera menundukkan kepala dan meminta maaf.. "Maaf, sebab saya terlanggar awak" ucap Shina.. "Takpe" balas lelaki itu.. Shina segera mengangkat kepalanya apabila terdengar suara yang agak familiar dan suara yang paling dirindui selama ini membalas cakapnya.. 'Oppa I. M'.
Shina segera melarikan diri dari situ, tetapi I. M lebih pantas menangkap lengan nya dan menarik dirinya. Akibat tarikan yang kuat itu, shina terdorong ke arah I. M, I. M memeluknya erat. " naneun leul geuliwo dangsin i simhage (I miss you badly) ,majimag eulo naneun dangsin eul balgyeon (Finally I found you) "
I. M menjarakkan badannya dengan Shina. Shina masih tidak mengangkat kepalanya. "Shina" panggil I. M lembut di telinga Shina. "Answer me" Kata I. M lagi. "Hmm" hanya itu balasan yang keluar dari mulut shina. Sesungguhnya dia takut. Ye takut sekiranya I. M memarahinya kerana 'hal itu'.Vote and comment.. Makin hambar dan melalut, kelaut cerita ni. 😂😂.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
~Us Now~ (On Hold)
Любовные романы"We should love, not fall in love because everything that fall gets broken " - Lim Shina. " Don't say you love me unless you mean it, because I'm might doing something stupid like .. believe it." - Lee Jihoon (Woozi) " In every relationship.. There...