Perjalanan Baru

7.1K 193 31
                                    

Sesi baru persekolahan sudah bermula, kelima-lima pahlawan superhero Pulau Rintis berdiri bersama di hadapan pintu pagar sekolah sambil melihat sekolah rendah mereka. Ini adalah tahun terakhir mereka di sekolah rendah. Tahun hadapan, mereka akan bermula dengan perjalanan baru di sekolah menengah. Jadi mereka ingin mengabadikan kenangan mereka bersama di sekolah rendah.

"Darjah 6" kata Boboiboy

"Tahun terakhir kita" kata Fang pula

"Tapi... kita tak sama kelas dah" kata Gopal dengan nada sedih

"Sama ke tak, kita kenalah kekalkan kenangan kita bersama di sekolah rendah" kata Yaya

"Betul tue, tahun hadapan tak tahulah apa nasib kita nanti. Mungkin ada yang dapat masuk ke sekolah asrama" kata Ying

Mereka berdiri di situ sehinggalah Cikgu Papa Zola muncul di belakang mereka. "APA YANG KAMU SEDANG LIHAT NIE?"

"erkk! cikgu Papa!" terkejut mereka berlima. "Ini mesti kes semua tengah sedihkan. Dah, dah, jangan nak sedih sangat. Bukannya kamu tak dapat berjumpa pun, nanti lepas sekolah, waktu rehat, waktu nak lawan musuh-musuh kamu tue, mesti dapat jumpa balik kan"

"Betul cakap cikgu! jadi tahun ini kami nak buat sebanyak kenangan yang kami nak" kata Boboiboy.

"Bagus bagus tapi malangnya cikgu bukan kelas cikgu kamu lagi. Jadi dengarlah wahai anak-anak murid kebenaran. JANGAN LUPAKAN TENTANG CIKGU KEBENARAN NANTI APABILA DAH MASUK KELAS BARU NANTI!" habis air liur cikgu Papa Zola terkena dekat Boboiboy, Gopal dan juga Fang. "Sudah! cikgu ada hal dekat bilik guru!" Lalu cikgu Papa Zola beredar dari situ. Mereka mengelap muka mereka yang terkena air liur cikgu Papa Zola. Fang melihat jam kuasanya dan dia perlu masuk ke kelas cepat.

"Kejap lagi loceng sekolah nak mula dah, aku kena masuk kena dulu" kata Fang. Dia melambai-lambai kepada rakan-rakan dia. Boboiboy dan Gopal juga terpaksa masuk ke kelas mereka, Ying juga ikut mereka berdua. Kelas Ying dan Yaya hanya bersebelahan dengan kelas mereka berdua. Manakala Yaya terpaksa menjalankan tugas sebagai ketua pengawas sekolah. Dia sudah bersedia dengan buku dendanya.

Boboiboy baru perasan, ini pertama kali mereka semua tidak masuk kelas bersama. Kelas Fang berada di hadapan sekali, berdekatan dengan tangga. Dia lalu di hadapan kelas Fang dan nampak dia sedang sibuk bersihkan kelas, manakala rakan sekelasnya tidak menolong Fang, mereka cuma duduk sambil membaca buku sahaja dan tidak pedulikan dia. Selang tiga kelas Fang, mereka sampai di kelas Ying dan Yaya iaitu kelas 6 Harmony

"Jumpa lagi waktu rehat" kata Ying

Boboiboy dan Gopal masuk ke kelas 6 Jujur, yang berada di sebelah kelas Yaya dan Ying. Semuanya nampak berbeza sekali.

-----------------------------------------------

Loceng waktu rehat sudah berbunyi, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke kantin sekolah. Boboiboy dan Gopal menunggu Fang di depan pintu kelas dia. Fang adalah orang yang terakhir keluar dari kelasnya. Dia kelihatan tidak begitu semangat. "Kenapa dengan kau?" tanya Boboiboy

Fang menghelakan nafas dan mereka bertiga terus menuju ke kantin sekolah. "Aku sebenarnya tidak berapa suka sangat dengan kelas aku. Semuanya dengan kawan masing-masing, aku sorang sahaja yang duduk dekat belakang sorang-sorang. Dia orang tue semua sombong, tak meriah macam kelas kita dulu" kata Fang

"Dey, bukan kau tue sombong juga ke. Anti-sosial"

"Baik kau cakap elok-elok sikit! Aku cuma rasa bosan, takde kawan langsung. Sedikit pun dia orang tak nak tegur aku" Boboiboy rasa kesian dengan kawan baik dia. Kalaulah dia ada kuasa dekat sekolah ini, dia dah lama pindahkan Fang dan masukkan Fang ke kelas dia. Tentu lagi ceria jika mereka semua bersama tapi dia tahu, kehidupan mereka semua akan berubah-ubah juga tapi yang pasti, mereka akan tetap bersama. "Jangan risaulah Fang, kalau dia orang sombong dengan kau, kau buat-buat tak tahu sahaja. Lagipun, kau mesti lagi pandai daripada dia orang kan kan kan"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now