"Hai! Saya Rizu!"
"Dan saya Pang.. abang! apasal abang tulis nama adik jadi Pang. Nama adik Fang lah! FANG FANG FANG FANG..." Rizu sumbat donut lobak merah dekat mulut Fang
"Ikut sahajalah skript yang abang buat tu!" kata Kaizo dengan nada garang dia "Baiklah, kita mula lagi sekali" Kaizo dengan kamera video Rizu, dia merakam mereka berdua untuk pertandingan bernyanyi. Semalam Kaizo ternampak satu pertandingan bernyanyi di iklan television, pertandingan ini dibuka untuk seluruh Malaysia dan sesiapa yang berminat, boleh menghantar video nyanyian mereka. Jadi dia membuli adiknya suruh masuk dalam pertandingan tersebut
"Hai! Saya Rizu!"
"Dan saya Pang" Fang berpura-pura gembira, dalam hati dia berapi-api dengan abang dia
"Pang adalah abang sewel saya!" kata Rizu dengan nada ceria dia
"sewel? SEWEL?! KENAPA ABANG TULIS ADIK NI SEWEL PULAK!" Fang remukkan kertas skript yang abang dia tuliskan untuk dia dan Rizu "Cubalah abang tulis yang baik-baik untuk adik. Adik malaslah nak masuk pertandingan merapu ni, abang sendirilah yang masuk dengan Rizu" Fang terus bangun dan beredar dari ruang tamu. Rizu melihat sahaja Fang dengan wajah kasihan dia
"Abang Fang" bisik Rizu
"Rizu jangan risau, biarkan dia dengan panas baran dia. Dia hanya tahu nak marah sahaja. Orang nak bergurau pun tak boleh. Cubalah satu hari kalau dia tidak marah-marah orang, aman sedikit kehidupan abang. Sebab itulah abang selalu sangat bergaduh dengan budak panas baran tu" Fang yang ada di dapur, sabar sahaja dengan abang dia. Dia sedang mencari-cari makanan yang ada di dalam peti sejuk dia tapi semuanya sudah habis
"Abang ni, apasal lah dia tak pergi beli makanan. Asyik-asyik aku sahaja, aku bukannya orang gaji pun. Macam mana aku tak marah kalau setiap hari abang dengan sikap macam tu, sikap tiada belas kasihan dekat aku" Dia menghempas pintu peti sejuk itu dan terus keluar dari dapur "ABANG! ADIK PERGI PASARAYA SEKEJAP!" kata Fang dengan nada marah dia "RIZU JANGAN IKUT ABANG! RIZU DUDUK SAHAJA DEKAT SINI DENGAN ABANG KAIZO TU. BIAR BUDAK SEWEL NI PERGI KEDAI SORANG-SORANG" Fang melepaskan kemarahan dia kepada adik kesayangan dia
Muka Rizu sedih sebab ini pertama kali Fang menjerit dekat dia. Hati dia terguris dengan kemarahan Fang tadi. Air mata Rizu mengalir keluar dan Fang tidak sedar dengan tangisan Rizu. Fang terus keluar daripada rumah tanpa berkata apa lagi. Kaizo peluk Rizu agar dia berhenti menangis "Kenapa abang Fang menjerit dekat Pizu, dia marah dengan Pizu ke?"
"Dia tengah marah tu, dia tidak sedar dengan siapa dia marah tadi. Rizu jangan menangis ok, nanti Pang baiklah lepas dia balik dari kedai nanti" Kaizo mengusap-usap belakang Rizu. Apalah nak jadi dengan adik aku, asyik nak marah orang sahaja, fikir dihati Kaizo
----------------------------------------------
Fang duduk sana di kerusi berhadapan sebuah kedai roti. Dia termenung jauh sambil fikirkan tentang abang dia "Why such a long face?" Fang terus sedar dengan kehadiran seorang lelaki remaja yang sebaya umur dengan abang dia "Don't be afraid, you can tell me"
"I'm sorry, but who are you?" Fang mula bercakap bahasa english dengan lelaki itu
"Allow me to introduce myself. My name is Iskandar, I'm here for holiday. I heard there's a lot of great things about Pulau Rintis" Iskandar tersenyum melihat Fang yang tercengang dengan kata-kata bahasa english dia tadi. Fang bukanlah hebat mana pun dalam bahasa english tetapi cikgu dekat sekolah dia selalu puji dia apabila dia bercakap di dalam bahasa english
"Oh, thank you. Pulau Rintis is a great get away from all the craziest in our daily life. My name is Fang and nice to met you, Iskandar"
"So, do you want to tell me why such a long face? thinking about someone? did something happened to you?"
![](https://img.wattpad.com/cover/87571398-288-k706925.jpg)
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 2)
FanfictionSeason 2 sudah bermula! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!