"Kapten, saya terima bungkusan untuk kapten"
"Bungkusan? siapa yang hantar?" tanya Kaizo kepada Lefthenan Lahap
"Saya pun tidak pasti, Kapten" Kaizo menghulurkan tangannya untuk menerima sebuah bungkusan yang telah di bungkus dengan kertas putih. Lahap memberikan bungkusan itu kepada kaptennya. Kaizo membelek-belek bungkusan itu dan lalu dia mengoncang-goncangkan bungkusan itu. Ia terdapat benda ringan dan kecil ada di dalam bungkusan tersebut. Kaizo membuka bungkusan itu dan dia nampak ada 2 botol kecil berisikan air berwarna biru. Dia melihat air biru itu dengan penuh curiga. Dia juga rasa pelik, siapa yang hantar air tersebut, sudahlah tiada nama kiriman, fikir Kaizo. Adakah ada orang cuba untuk jatuhkan diri dia, fikir Kaizo lagi. Dia perlu siasat tentang perkara ini
"Air apa tue Kapten?" tanya Lahap
"Hmm.. aku tidak pasti Lahap tapi aku nak kau cari data tentang air ini" dia berikan 2 botol tersebut kepada Lahap "dan jangan pula kamu minum air tersebut" Kaizo letak botol-botol tersebut dan keluar dari bilik kawalan. Lahap mengambil botol itu periksa air apakah itu, dan letak kan di atas meja balik. Dia juga keluar dari bilik kawalan itu untuk mengambil yang tertinggal di dalam bilik dia. Fang pula yang masuk ke dalam bilik kawalan bersama dengan Boboiboy. Dia telah meminta Boboiboy untuk temankan dia menjalani latihan tempur bersama dengan abang dia
"Air apa tue?" tanya Boboiboy yang nampak 2 botol berada di atas meja
"Entahlah, kau nak minum ke?" Fang mengambil salah satu botol tersebut dan lalu membuka penutup tersebut. Dia bau dahulu air itu "Macam takde bau pun"
"Wei, mana boleh minum air orang sesuka hati"
"Ala, abang aku mesti tak kisah punya" dia berikan satu lagi botol kepada Boboiboy "Jangan risaulah, mesti air nie banyak lagi dekat dalam peti sejuk dia tue" Lalu dia minum air itu bersama dengan Boboiboy. Rasanya seperti air kosong tetapi tekak mereka rasa begitu perit, rasa seperti ada api membara di tekak mereka. Fang dan Boboiboy tersedak, mereka terbatuk-batuk di situ
"PANGG!" Fang yang masih lagi tersedak, dengan tekak dia masih lagi rasa perit itu tadi, dia ternampak Lahap berdiri di pintu bilik kawalan dengan muka terkejut dia "Kenapa kau minum air itu!" Lahap merampas botol-botol tersebut di tangan mereka berdua
"Air apa tue Lahap?" tanya Fang dengan suara serak dia "Sakit tekak aku minum"
"Itulah, air apa tadi tue?" tanya pula Boboiboy
"Habislah kalau kapten tahu kalau kamu berdua minum air tadi tue" Lahap melihat dua botol tersebut, masih ada sedikit air lagi "Kamu berdua ada rasa pelik tak?" Dia tahu air itu tahu akan membuat apa-apa kepada Boboiboy dan Fang. Dia melihat mereka berdua, semuanya normal tetapi apasal mereka nampak lebih muda "Pang?"
"Lahap nak apa?" tanya Fang, yang semakin lama semakin muda. Sama juga dengan Boboiboy, mereka berdua kelihatan muda dan comel
"Alamak!" Lahap ternganga besar kerana Fang dan Boboiboy sudah bertukar menjadi budak 3 tahun. Fang dan Boboiboy melihat diri mereka sesama sendiri, lepas itu Fang menjerit sekuat hati dengan suara comelnya
"ABANGGGGG! SIAPA BUDAK NIE!" Boboiboy menangis kerana terkejut dengan jeritan Fang tadi "Tenapa awak menangis? Siapa buat awak?" entah kenapa, Boboiboy pergi tendang kaki Fang dan lalu Fang menangis di situ. Boboiboy pun turut menangis juga. Lahap menjadi pening
"APA YANG SUDAH TERJADI NIE?!" Kaizo terkejut melihat 2 orang kanak-kanak menangis di bilik kawalan "Macam mana boleh ada budak kecil dekat sini? MANA KAU PERGI KUTIP BUDAK DUA ORANG NIE!"
"Kapten! itu adik kapten dengan kawan dia" Terus Kaizo pandang lagi sekali, dia nampak pakaian adik dia dan pakaian kawan adik dia "PANGG?" Fang sedar dengan kehadiran abangnya, dia terus memeluk kaki abangnya "Abang! budak tue buat adik" kata Fang yang masih menangis lagi. Dia tunjuk ke arah Boboiboy yang juga turut menangis
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 2)
FanfictionSeason 2 sudah bermula! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!