Puteri

2K 106 4
                                    

Sesi persekolahan sudah lama tamat, Yaya dan Ying berlari-lari di sekitar sekolah untuk mencari Fang. Mereka pergi ke gelanggang bola keranjang kerana sekejap lagi ada latihan bola keranjang, mungkin Fang ada di situ tetapi mereka tidak menjumpai dia di situ. Mereka telah mendapat berita buruk yang mungkin akan membuat Fang mengamuk. Mereka berhenti di hadapan pintu perpuskataan dan masuk untuk mencari Fang. Selalunya Fang ada di perpuskataan sekolah untuk mengulangkaji atau siapkan kerja sekolahnya. Mereka terus kebelakang perpuskataan sekolah dan nampak Fang sedang membaca sebuah buku novel. Fang sedar dengan kehadiran mereka, dia terus menyorok novel itu dibawah buku teks bahasa english

"Fang, kau kena ikut kita orang" kata Yaya yang kelihatan dalam keletihan

"Kenapa?" tanya Fang

"Aiyaaa.. ikut sahaja maa.. kita orang ada perkara penting nak beritahu nie" Fang simpan buku-buku yang telah dia ambil tadi tetapi buku novel dia baca tadi, dia meminta kebenaran dari pengawas perpuskataan untuk pinjam dalam beberapa hari. Dia menyimpan novel itu di dalam beg sekolahnya dengan begitu cepat supaya mereka berdua tidak nampak novel apa yang dia baca. Yaya dan Ying rasa hairan melihat Fang, selama ini tidak pernah pula Fang membaca sebuah buku novel

"Buku novel apa kau pinjam tue?" tanya Yaya

"Eh, sibuk pula kau nie, suka hati aku nak pinjam buku apa pun" Fang terus beredar dari perpustakaan dengan ikuti oleh Yaya dan Ying "Korang nak beritahu apa tentang perkara apa yang penting sangat tue"

"Err... begini Fang" kata Yaya "Sekolah kita orang masuk pertandingan drama di antara sekolah-sekolah, jadi kami perlukan seseorang untuk memegang watak seorang puteri"

"Jadi? apa kena mengena dengan aku?... Eh kejap, JANGAN CAKAP AKU KENA JADI WATAK PUTERI TUE PULAK!"

"err.. hehehee.. maaf Fang, sebab ini bukan kita orang yang suruh tapi orang lain yang suruh" kata Yaya

"Budak si Bella yang suruh kau jadi watak tuan puteri" kata Ying pula. Fang berapi-api bila dapat tahu dia menjadi watak seorang puteri, dia lelaki, kenapa dia perlu memegang watak perempuan pula. Apabila dia dapat tahu siapa yang suruh dia jadi watak puteri, bertambah geram dia "Sabar Fang, sabar.. dia sengaja nak buat kau sakit hati maaa"

"Isk! Apa masalah dia! aku baru sahaja kembali ke sekolah, dia nak cari pasal dengan aku pula.. dia nie memang kena"

"Lagipun ramai yang setuju kau pegang watak seorang puteri" kata Yaya "Semua orang akan cakap ikut dia sahaja, kita orang dah tak boleh nak bantah dia"

"Apasal dia tak jadi aje watak puteri tue, dia kan gila popular"

"Mana aku tahu Fang. Kalau kau nak tahu sangat, pergilah cari dia dekat dewan. Dia orang tengah adakan berbincang tentang pertandingan drama tue" kata Yaya. Fang beredar dari situ dengan kemarahan dia yang bermuak-muak. Yaya dan Ying risau pula jika Fang mengamuk di dalam dewan, jadi mereka ikut Fang pergi ke dewan

Pelajar-pelajar sesi petang lari ketakutan kerana nampak wajah kemarahan Fang, mereka tahu juga tentang cerita Fang dan mereka juga tahu bagaimana Fang akan mengamuk. Jadi pelajar-pelajar yang berada dekat situ, semuanya lari, semuanya tak nak berjalan dekat dengan Fang. Setelah sampai di dewan sekolah, Fang menendang pintu dewan sekolah sekuat hati

"FANGG!" marah Yaya tetapi Fang hiraukan sahaja jeritan dari Yaya. Nasib Fang begitu baik kerana tiada kerosakan yang berlaku dekat pintu itu. Rakan-rakan Bella yang ada di situ terkejut dengan kehadiran Fang, manakala Bella pula, dia sudah menjangka yang Fang akan datang ke dewan untuk memarahi diri dia

"Ah, the star of the show is here" kata Bella dengan nada sindiran dia "So Fang, apa yang aku nampak, kau tidak puas hati dengan watak aku beri kepada kau"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now