Kasih Sayang

2.1K 98 30
                                    

"Sayalah BATMAN!" Rizu muncul dengan costume Batman dia "Saya akan menentang segala kejahatan di Pulau Rintis ini!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying teruja melihat kecomelan Rizu yang berpakaian seperti Batman

"Wah! kita ada batman dekat sini" kata Gopal "Kalau macam tu, abang akan menjadi Robin!'

"Salah!" Rizu tendang kaki Gopal "Robin adalah abang Boboiboy. Abang Gopal jadi penguin jahat tu" Yaya dan Ying tergelak sahaja. Boboiboy pula rasa kasihan dengan Gopal sebab asyik kena buli dengan Rizu

"Ala, apasal abang kena jadi orang jahat pula" Gopal buat muka sedih dekat Rizu "Abang kesayangan kau jadi apa pula?"

"Dia jadi joker" Rizu tersenyum lebar. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menjadi cemas. Baru hari itu Fang jadi tak betul macam joker, tiba-tiba pula dia nak jadi joker. Mereka berharap sangat Fang tidak menjadi joker dan putar belitkan cerita untuk kenakan mereka "Kejap lagi abang Fang sampai" kata Rizu sambil betulkan topeng batman dia

"Boboiboy, kau rasa si Fang tu jadi tak betul balik ke?" bisik Gopal

"Mana aku tahu.. entah-entah, dia main-main saja tu" bisik Boboiboy balik "Tapi risau pula aku" Boboiboy ternampak Fang sedang berjalan menuju ke kedai Tok Aba tetapi muka dia muram sahaja "Eh, apasal pula tu?"

"ABANG FANG!" Rizu melambai-lambai ke arah Fang tetapi Fang tidak nampak "Abang Fang kenapa?" Rizu terus berlari kearah Fang

"Rizu, maafkan abang sebab tak pakai macam Joker" kata Fang dengan hati dia yang sedih

"Fang? kau ok ke? kenapa muka kau muram sahaja?" tanya Boboiboy. Mereka semua berdiri di sekeliling Fang "Ada sesuatu yang terjadi ke?"

"Hmmm.. abang aku tu, entah kenapa dia pergi halau aku dari rumah. Aku baru nak kemaskan rumah, dia halau aku. Dia pergi tendang aku" Mereka semua ajak Fang duduk di kedai Tok Aba untuk ceriakan hati dia

"Kasihan kau, nanti atuk buatkan air special untuk kau. Lobak Merah Milk Shake Special!" terus Fang tersenyum lebar "Hah! pandai tak atuk buat kau senyum"

"Hehehehe.. terbaik!" kata Boboiboy. Dia duduk disebelah Fang "Kau jangan sedih lah, mesti abang kau nak buat sesuatu tu. Sebab itu dia halau kau dari rumah"

"Halau apa sampai dia kejar aku dengan pedang tenaga dia tu, lepas tu dia pergi tendang aku. Terus aku tergolek-golek dekat halaman rumah. Dia langsung tak kisah pun kalau aku terluka ke apa, macam tak sayang aku langsung" Fang tidak boleh lupakan peristimewa tadi. Dia tergolek-golek seperti bola. Gopal pun terbayangkan bagaimana kawan dia golek-golek macam bola dekat halaman rumah, lalu dia ketawa sedikit. Nasib dia begitu baik kerana Fang tidak dengar gelakan dia

"Abang Fang jangan sedih ok, Pizu kan ada. Pizu sayangkan abang Fang! tapi abang Kaizo pun mesti sayangkan abang Fang juga! Abang Fang senyumlah, nanti Pizu belanja abang Fang donut lobak merah, nak tak?" terus Fang peluk Rizu kerana terharu

"Terima kasih adik ku yang comel" dia cium-cium kepala Rizu "Maaf sebab abang tak dapat nak jadi joker pada hari ini" dia buat-buat suara sedih, selepas itu terus suara ceria "tapi Rizu jangan risau. Abang akan menjadi joker bila abang ada masa nanti"

"Cheh, emosi pula si Fang ni" kata Gopal "Eh, itu bukan Lily ke? Apasal muka dia nampak marah-marah?" Semua menoleh kebelakang dan melihat Lily sedang berjalan ke arah mereka. Muka dia kelihatan agak bengang dan marah

"Apasal dengan dia? kes tak dapat cubit pipi kau ke, Boboiboy?" kata Fang

"Entahlah" Boboiboy garu-garu kepala dia sebab pelik sangat dengan Lily hari ini. Dia perhatikan sahaja Lily berjalan terus ke Fang dan lalu, dia goncang-goncangkan badan Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now