Gadis Misteri

1.8K 122 25
                                    

"Probe, tengok air yang aku cipta ini"

"Air apa yang encik bos buat nie?" tanya Probe sambil melihat air berwarna merah jambu itu

"Ini adalah air untuk mudahkan kita jatuh cinta! MUAHAHAHAHAHAAA!" Adudu ketawa besar di markas kotaknya "Air ini adalah khas untuk Kapten Kaizo! Bila dia minum air ini, dia akan jatuh cinta dan dia akan lupakan tentang misi dia, tentang belasah orang, tentang melindungi Boboiboy dan rakan-rakan dia! MUAHAHAHAHAHAHAHAAA!"

"Dasyat betul air ini encik bos, tapi encik bos pasti ke rancangan kita akan berjaya?"

Adudu mengambil tin cawannya dan lalu balik ke arah Probe, dan terkena kepala besi dia "Aduhh!"

"MESTILAH RANCANGAN KITA AKAN BERJAYA! kita hanya perlu bagi Kapten Kaizo minum air cinta ini!" Adudu tersenyum lebar melihat air berwarna merah jambu yang dia telah ciptakan tadi. Dia terbayangkan bagaimana Kapten Kaizo jatuh cinta. Mesti kelakar, tergelak Adudu

"Tapi encik bos, mesti adik dia belasah kita orang nanti" kata Probe "encik bos tak takut ke nanti?"

"Nak takut buat apa, kita senyap-senyap ajelah letak air ini dekat Kapten Kaizo. Lepas dia minum, terus dia akan jatuh cinta... adik dia tue tidak akan dapat tahu kita yang buat, dia cuma ingat abang dia telah jatuh cinta sahaja" Adudu ketawa besar lagi "Kita akan dapat tahu siapakah dihati Kapten Kaizo sebenarnya, aku pasti ramai pembaca mahu tahu kan kan kan"

"Errr.. encik bos cakap dengan siapa?" tanya Probe melihat Adudu dengan penuh kepelikannya

"Aku cakap dengan orang yang tukang baca episode hari inilah! AMBIK NIE AMBIK NIE!" Adudu mengetuk kepala besi Probe dengan tin cawannya "Aduh! jangan ketuk saya encik bos" merayu Probe, dan Adudu berhenti mengetuk Probe

"Idea aku pasti akan berjaya! MUAHAHAHAHAAA!"

"Bagus encik bos! bagus! idea yang baik! Saya pasti idea encik bos akan berjaya!"

"Mestilah! aku kan alien paling genius!" kata Adudu dengan belagaknya "Mari Probe, kita mulakan operasi cinta untuk Kapten Kaizo"

"MARIII!" Probe dengan gembiranya, dia ikut Adudu untuk jalankan operasi mereka

------------------------------------------------------------

"Huarghhhh!" Fang menguap seluas-luasnya, Fang berjalan pun sudah tidak betul, terhuyung hayang dia berjalan kerana terlalu mengantuk sangat

"Aik, kau dan mengantuk dah?" kata Boboiboy melihat kawannya yang sudah mengantuk, mata dia pula sudah lebam macam panda "Kau buat apa semalam sampai tak cukup tidur?"

"Aku kena latihan tempur dari abang aku malam semalam, lepas tue dia paksa aku kemaskan rumah, buatkan sarapan pagi untuk dia, aku cuma dapat tidur pukul 5 pagi" Fang langsung tidak larat untuk merungut tentang abang dia. Mereka berdua dalam perjalanan menuju ke kedai Tok Aba selepas sahaja habis sesi persekolahan. Fang berasa lega kerana tiada mesyuarat club muzik, tiada aktiviti untuk penolong ketua kebersihan sekolah dan juga tiada latihan bola keranjang pada hari ini. Fang cuma mahu berehat di kedai Tok Aba sebelum pulang ke rumah. Dia mahu ketenangan untuk tidur sebentar sebelum abang dia menjerit dia paksa buat kerja

"Kasihan aku tengok kau"

"Tak payah kasihan dekat aku pun, ini sudah takdir aku tiap-tiap hari" Fang hanya menghela nafas "Mana yang lain?" tanya Fang

"Gopal kena balik rumah, Appa dia suruh. Yaya dan Ying pula, ada kerja dekat sekolah, itu pun tak tahulah kalau dia orang sempat ke tak singgah kedai Tok Aba nanti"

"Aku rasa, aku patut balik rumah juga. Tak larat pula aku nak jalan sampai ke kedai Tok Aba" Fang menguap lagi

"Ok, kau hati-hati yea. Jangan sampai tertidur atas jalan pula"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now