"Kepada Fang, abang ka- eh eh... "
"PANGGGG! DATANG KE BILIK GURU DENGAN SEGERA!"
Pelajar-pelajar kelas 6 Jaya terus memandang ke arah Fang, yang muka dia sudah merah kemerahan sebab malu dengan jeritan abangnya. Ada setengah pelajar ketawa kecil dekat dia. "Fang, sila ke bilik guru. Sebelum abang awak panggil lagi" kata cikgu matematik dia.
"Pang, cepat Pang. Nanti abang kau lempang kau nanti" ejek salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas dia. Fang mahu sahaja guna kuasa bayang dia untuk mengajar pelajar itu tetapi dia tiada masa itu, membuang masa dia sahaja nanti
Fang bangun dan terpaksa berjalan dengan perasaan malu dia. Apa abang dia buat dekat sekolah nie, fikir Fang. Dia tidak mahu melihat rakan-rakan sekelasnya yang masih lagi ketawakan dia. Sepanjang perjalanan dia ke bilik guru, ada setengah pelajar mengintai-intai dia di tingkap, ada yang ketawa kecil, ada yang panggil dia dengan panggilan Pang. Habis musnah rahsia dia, ini semua sebab abang dia. Setelah dia sampai di bilik guru, dia nampak abang dia sedang bersilang tangan sambil menunggu kedatangan dia
"Abang nak apa?" tanya Fang
"Abang nak bagi kau bekalan makanan"
BE-BE-BEKALAN MAKANAN? ITU AJE? fikir Fang. Hati dia sudah berapi-api. "ABANG NIE! INGATKAN BENDA PENTING LAH TADI!"
"Pentinglah nie, kau terlupa nak ambil bekalan makanan yang abang buatkan pagi tadi" Kaizo memberikan bekas makanan kepada adiknya dan Fang merampas bekas itu dari abangnya. Fang tidak mengucap terima kasih pun dekat abangnya. Dia tinggalkan abang dia begitu sahaja "PANGGG! MANA TERIMA KASIH KAU?"
Fang senyap sahaja, dia malas nak melayan abang dia "PANGGGG!"
Fang masih lagi mengendahkan panggilan abang dia, hati dia cukup geram dengan abangnya. Mood dia yang baik tadi terus berubah menjadi mood tidak begitu baik. Kaizo nampak aura-aura hitam adiknya sudah muncul di sekeliling tubuhnya. "PANGGG!" panggil abang dia lagi
"ABANG NAK APA!"
"Kenapa kau tak ucapkan terima kasih dekat abang?"
"Buat apa, abang datang ke sini, buat pengumuman dekat satu sekolah semata-mata nak bagi adik bekalan makanan" Fang pusing kebelakang dan terus berjalan ke kelas dia "DAH TUE! TAK KAN NAK ABANG TUNGGU KAU MASA REHAT PULAK! ABANG ADA HAL PENTING NAK DI BUAT!"
Fang pusing balik dan lalu menjerit dekat abang dia "KENAPA ABANG TAK DATANG SAHAJA KE KELAS ADIK! KAN SENANG! INI TIDAK! SATU SEKOLAH KETAWAKAN ADIK, TAHU TAK!"
"Habis tue, adik nak dengar pelajar-pelajar perempuan dekat sekolah kau menjerit-jerit tengok abang macam tak pernah tengok orang"
Cikgu-cikgu di situ terkejut melihat Fang dan Kaizo masih lagi bergaduh besar di corridor sekolah. Cikgu Papa Zola yang ada dekat situ, dia terpaksa menyelesaikan masalah mereka berdua "eh sudah sudah! INI BUKAN TEMPAT UNTUK CARI GADUH! INI SEKOLAH! HORMATLAH SEDIKIT, SEBELUM CIKGU BAGI DUA-DUA ROTAN KEINSAFAN, BAIK KAMU BERDUA BERBAIK BALIK"
"Tak perlulah cikgu, abang saya suka sangat cari pasal dengan saya" Fang pusing balik dan terus kembali ke kelas dia. Kaizo pula, dia berdiri di situ sahaja. Perasaan dia cukup geram dan marah dengan adiknya. Dua-dua marah dengan masing-masing, seorang pun tak nak mengalah
Waktu rehat, tiada siapa berani tegur Fang. Dia hanya duduk diam sahaja di dalam kelas dia, bekalan makanan yang diberi oleh abangnya tadi, dia tolak ke tepi. Dia langsung tak menyentuh makanan yang abang dia telah buatkan untuk dia. Boboiboy dihalang oleh Yaya dan Ying, mereka berkata kepada dia biarkan Fang tenangkan diri dia secara bersendirian. Boboiboy baru sahaja nak berikan donut kegemaran dia kepada Fang untuk ceriakan hati dia tapi mereka sudah menghalang dia. Jadi Boboiboy simpan sahaja donut lobak merah itu

YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 2)
FanfictionSeason 2 sudah bermula! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!