Masalah Faye

2K 112 46
                                    

"Abang Kaizo, sanalah sikit!"

"Abang kesanalah, Rizu pergilah selesaikan orang jahat tu dulu"

"Tapi Pizu tak reti"

"Hmm.. yelah, yelah.. Rizu ke depan, biar abang uruskan orang jahat tu"

Kaizo dan Rizu sedang sibuk bermain video game di dalam bilik Fang dekat kapal angkasa. Fang masih lagi koma, kawan-kawan dia selalu datang untuk melawat dia dan juga ingin tahu perkembangan berita Fang tetapi sama sahaja. Setiap hari, mereka mesti pergi ke kapal angkasa bersama dengan Rizu. Hari ini Kaizo membawa video game milik Rizu untuk bermain bersama dengan Rizu

"ABANG KAIZO ABANG KAIZO! KITA SUDAH SAMPAI LEVEL YANG TERAKHIR!" Rizu dan Kaizo memberikan high five kepada masing-masing

"Pandai juga Rizu main video game" kata Kaizo "Sekarang, mari kita bertarung dengan raksasa kita yang terakhir! Aku akan pastikan kita akan mendapat markah yang tertinggi!"

"Yeahh!" Rizu rasa seronok main video game bersama Kaizo sampai mereka tidak sedar yang Fang sudah sedar dari koma. Fang hanya perhatikan sahaja mereka berdua, dia tidak berkata apa. Kepala dia rasa sakit dan mulut dia rasa kering sampai dia sendiri rasa lemah untuk bercakap. Dia hanya tersenyum lemah sahaja "Pizu akan serang dia dengan kuasa api!"

"Rizu jahanamkan kaki dia, biar abang serang dia dari bahagian atas" kata Kaizo. Mereka berdua belasah raksasa itu sehingga berjaya. Rizu begitu sekali, dia meloncat-loncat dan ternampak Fang sedang tersenyum melihat mereka

"Abang Fang! ABANG FANGGG!" Rizu berlari ke arah Fang. Kaizo pusing ke belakang dan nampak adik dia sudar sedar. Dia juga turut gembira dan lalu dia bangun untuk pergi periksa adiknya. Rizu memeluk tangan Fang seerat-eratnya seperti dia tidak mahu Fang pergi atau koma lagi

"Adik, adik ok?" Kaizo periksa degupan jantung Fang, periksa kepala dia, tangan dia, kaki dia, badan dia dan segala-galanya "Hmmm... adik boleh bangun tak?"

"Boleh" Fang bangun sedikit dan dia telah dibantu oleh Rizu "Berapa lama adik koma?" tanya Fang

"3 minggu" kata Kaizo

"3 MINGGU?! ingatkan setahun lah tadi"

"Hehehehe... tapi Pizu sentiasa melawat abang Fang. Kawan-kawan abang Fang pun setiap hari datang juga. Dia orang ada bawakan macam-macam untuk abang Fang tapi biskut Yaya, Lahap yang terpaksa makan" Fang tergelak sedikit. Kaizo rindu dengan gelakan adiknya. Rizu yang selalu menghiburkan hati dia semasa dia dalam kesunyiaan

"Kalau adik sudah ok, esok adik sudah boleh pergi ke sekolah atau adik nak duduk di rumah untuk berehat?"

"Adik nak pergi sekolah" kata Fang dengan nada yang agak lemah

"Tapi abang Fang tak kan nak pergi sekolah dah. Nanti abang Fang sakit lagi, macam mana?"

"Jangan risaulah Rizu, abang ok sahaja" Fang berikan senyumannya kepada Rizu "Masa abang koma, Rizu buat apa?" Lalu Kaizo tinggalkan mereka berdua dan dia pula, sambung main game. Kaizo mula terpengaruh main dengan video game. Sebelum ini dia pernah main, tapi disebabkan video game itu telah melalaikan dia, dia terus memberikan hukuman kepada adik dan juga rakan-rakan adik dia sekali dengan latihan tempur versi video game

"Pizu kadang-kadang duduk sebelah abang Fang. Pizu cerita apa yang berlaku, semalam kakak Lily siap buat party lagi sebab ketiadaan abang dekat bumi. Dia buat cake lobak merah, ada muka gambar abang Fang. Lepas tu dia tikam-tikam cake tu, lepas tu Pizu gigit tangan kakak Lily, lepas tu kakak Lily pujuk Pizu. Dia ajak Pizu jalan-jalan dekat bandar. Dia belikan buku lukisan dan pensil. Lepas tu, kita orang main lukis-lukis dekat kedai Tok Aba. Lepas tu Gopal kacau Pizu lukis, Pizu gigit tangan dia pula. Gopal jerit dan kena marah dengan Tok Aba. Abang Boboiboy pula, bagi kita orang makan ice cream chocolate chip cookies. SEDAP! Lepas tu kakak Yaya dan kakak Ying ajak kita orang main buih dekat taman permainan. Oh yea, nanti Pizu tunjukkan lukisan Pizu lukis semalam. Pizu lukis gambar abang Fang. Pizu masih ingat lagi masa kita main-main dekat tempat latihan tempur, lepas tu kita tengok bintang dekat angkasa lepas. Pizu rindu dekat abang Fang, setiap hari Pizu datang dan tunggu abang Fang bangun. Abang Kaizo pun rindukan abang Fang, dia selalu buat donut lobak merah sebab terlalu rindukan abang Fang" Fang hanya mendengar sahaja cerita Rizu sambil tersenyum

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now