"BOBOIBOY! TOLONGG!"
"Ochobot! kenapa?" Boboiboy telah mendapat panggilan kecemasan daripada Ochobot, dia terus berlari ke kedai Tok Aba untuk melihat apa yang berlaku "Ochobot! Ochobot!" Panggilan dari Ochobot terus terputus
"Kita kena cepat! sebelum apa-apa terjadi dekat Ochobot!" kata Boboiboy yang masih lagi berlari. Fang, Gopal, Yaya dan Ying turut berlari dari rumah Fang ke kedai Tok Aba. Mereka tidak tahu apa yang terjadi. Mereka hanya mendengar Ochobot meminta tolong sahaja. Boboiboy takut jika Adudu atau musuh ketat Kapten Kaizo datang menyerang Ochobot dan Tok Aba
Sampai sahaja di kedai Tok Aba, mereka terkejut melihat Ochobot dan Tok Aba terperangkat di dalam sebuah bola lutsinar. Bola itu terapung apung di tepi kedai Kokotiam Tok Aba
"ATUKKKK!" Boboiboy memanggil atuknya yang sudah tidak sedarkan diri. Manakala Ochobot pula, dia mengetuk-getuk dinding bola lutsinar itu untuk selamatkan diri dia dan juga Tok Aba "OCHOBOOTT!"
"Biar aku selamatkan dia orang! TUKARAN CEKO-" Tiba-tiba sahaja ada satu tembakan terkena Gopal. Dia juga termasuk ke dalam bola terapung-apung itu "APA NIE! TOLONG AKU BOBOIBOY"
"Aiyaa.. kau gunakan lah kuasa kau" kata Ying sambil memandang ke arah Gopal yang sedang terapung itu
"Ha ahlah! TUKARAN CEKODOK PISANG!" Tetapi bebola terapung itu tidak bertukar menjadi cekodok pisang "kenapa kuasa aku tak berguna?"
"Sebab kuasa kau akan menjadi neutral jika kau menggunakannya" Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying pusing kebelakang dan nampak Robin sedang berdiri di sebelah abang dia, Devon. Di tangan Devon terdapat sebuah pistol yang boleh menghasil bola lutsinar tadi "Kau tak kan dapat lepaskan diri daripada bola itu" kata Devon lagi
"Berani kau! BAIK KAU LEPASKAN KAWAN-KAWAN AKU DAN ATUK AKU JUGA! BOBOIBOY HALILINTAR! GERAKAN KILAT!" Boboiboy Halilintar gerak begitu pantas seperti kilat, dia muncul di belakang Devon dan Robin untuk menyerang mereka berdua "TETAKAN HALILINTAR!" Robin hanya tersenyum sinis kepada Boboiboy Halilintar. Dia juga mempunyai kuasa
"KUASA MINDA!" Boboiboy Halilintar berhenti menyerang kerana kepala dia menjadi sakit, seperti ia mahu meletup. Dia terjatuh di atas rumput padang taman
"A-apa ka-kau buat ni-nie" Boboiboy Halilintar pegang kepala dia menggunakan kedua belah tangannya. Dia meronta-ronta di situ kerana tidak tahan kesakitan di kepalanya. Robin datang dekat kepada dia dengan tangan kanannya masih lagi menuju ke arah Boboiboy Halilintar
"HAHAHAHAHAHAH!" dia ketawa sahaja kepada Boboiboy Halilintar "Ini adalah kuasa aku, kuasa dari sphera kuasa. Aku dapat membaca minda seseorang dan juga aku dapat menyeksakan minda orang itu!"
"OH! SELAMA INI KAU LAH YANG MEMBACA MINDA KAMI SEMUA! SEBAB ITU KAU DAPAT TAHU RAHSIA KAMI SEMUA!" kata Fang dengan nada marah dia "Baik kau lepaskan kawan aku sebelum aku dan rakan-rakan aku menyerang kau!"
"Betul kata kau Fang" Robin pandang ke arah Fang, Yaya dan Ying "Seranglah aku kalau kau nak masuk ke dalam bola itu macam kawan kau Gopal"
"SERANG SAHAJA DIA" kata Ochobot "JANGAN MENGALAH!"
"Baik!" kata Fang, Yaya dan Ying serentak. Fang berlari ke arah Robin untuk berhentikan dia seksa Boboiboy Halilintar, Devon bersiap sedia untuk menembak Fang tetapi Yaya menggunakan kuasa gravity dia
"GRAVITY PEMBERAT!" Devon tidak dapat bergerak secara normal, badan dia menjadi berat, dia seperti terikat di tanah
"CEPAT FANG! SERANG SI TAK GUNA TUE!" kata Ying. Fang berlari sambil keluarkan kuasa bayang dia "PELAHAN KAN MASA!" Ying gunakan kuasa dia terhadap Robin tetapi Robin lepaskan Boboiboy Halilintar dan gunakan kuasa mindanya terhadap Ying. Dia terjatuh duduk kerana kepala dia pula rasa sakit
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 2)
Fiksi PenggemarSeason 2 sudah bermula! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!