Atuk dan Nenek

2.1K 124 14
                                    

"Kau lambat sampai rumah"

"Adik lambat 30 saat sahajalah"

"SUDAH! pergi tukar baju kamu dengan segera, kejap lagi mereka akan sampai" Fang terus sahaja ke bilik dia untuk menukar pakaian sekolahnya. Hari ini adalah hari penuh debaran buat Kaizo dan Fang kerana atuk dan nenek mereka akan datang ke bumi untuk melawat mereka. Kaizo dari pagi tadi lagi bertumus lumus kemaskan rumah dengan bantuan dari Lahap. Walalupun tidaklah sebersih mana tetapi masih lagi nampak bersih. Kaizo siap pergi mandikan Shadow kerana dia sudah kelihatan comot dan Lahap siap ikat dengan ribbon ungu di leher Shadow

Fang rasa sangat gembira dengan kedatangan atuk dan neneknya, mereka akan duduk di sini selama sehari sahaja, esok mereka akan pulang balik ke planet mereka. Dia tidak sabar untuk membawa mereka bersiar-siar di sekitar Pulau Rintis dan memperkenalkan kawan-kawan kepada mereka. Tentu seronok sekali. Fang menyarungkan jaket ungunya supaya dia nampak kemas dan segak. Dia melihat dirinya di cermin dan senyum kepada dirinya

"PANGGGG! KAU SUDAH SIAP ATAU BELUM?"

Fang membuka pintu bilik "Sudahlah! abang nie, tak reti sabar betul" kata Fang sambil menuju ke tangga rumah

"Bagus, siapkan air dan makanan sebelum mereka sampai" kata Kaizo yang sedang betul-betulkan cushion sofa. Dia mahu rumah kelihatan kemas dan tiada yang cacat celanya. Kaizo memeriksa sekeliling ruang tamu, dia periksa agar tiada satu habuk pun yang ada. Fang yang berada di dapur sedang fikirkan, makanan apa yang dia perlu sediakan untuk atuk dan nenek? Biskut? Roti? cake lebihan dia buat hari itu? Atau goreng sahaja frozen karipap dekat dalam peti sejuk. Fang melihat sahaja di dalam peti sejuknya

Tok tok tok

Atuk dan nenek mereka sudah sampai. Fang menutup pintu peti sejuk itu dan cepat-cepat berlari ke pintu rumah mereka "Lembab sangat kau nie" kata Kaizo kepada adiknya. Fang membuat muka masam kepada abangnya "Jangan kau nak buat muka seperti itu, cubalah senyum!" Fang berikan senyuman paksaan kepada abangnya walaupun dalam hatinya sebenarnya geram terhadap abang dia

Kaizo membuka pintu rumah mereka "KAIZOOOO! FANGGGGG!" Nenek mereka memeluk mereka berdua "Nah, nenek bawakan makanan" dia cium dahi Fang dan berikan sebuah beg kertas kepada Fang dan lalu masuk ke dalam rumah, dia melihat-lihat sekeliling ruang tamu

"Kaizo, Fang, apa khabar?" Atuk mereka pula masuk ke dalam rumah. Di belakang atuk mereka pula, terdapat seorang lagi yang sebaya dengan Fang. Dia adalah sepupu mereka iaitu Faye

"Kamu siapa?" tanya Fang

"Aku sepupu kaulah. Sudah lupalah tue, kan kita pernah jumpa masa kau datang ke rumah atuk dan nenek kau" kata Faye sambil masuk ke dalam rumah. Faye kelihatan begitu anggun dan cantik sekali, dengan ikatan rambutannya yang begitu panjang sehingga di paras pinggangnya "Inilah rumah kamu yea Fang" kata Faye yang sangat teruja melihat rumah tersebut. Ia bukanlah sebuah istana mewah atau rumah agam seperti rumah atuk dan nenek mereka

"Pandai betul kamu menjaga rumah ini" kata nenek mereka sambil melihat gambar-gambar yang ada di tepi television "Ini semua kawan kamu Fang?"

"Ha ah nenek. Itu semua kawan Fang" nenek Fang yang bernama Kirana, mengangkat bingkai gambar tersebut dan tersenyum melihat gambar Fang yang begitu ceria dengan kawan-kawannya "Berapa lama kamu sudah duduk dekat rumah ini?" tanya atuk mereka yang bernama Kenji, yang sedang duduk di sofa. Dia melihat sekeliling rumah dan agak kagum dengan mereka kerana dapat menjaga rumah tersebut dengan baik

"Baru tahun lepas atuk" kata Fang "kalau atuk nak tahu, rumah ini sebenarnya rumah terbiar. Jadi Fang tinggal di sini untuk jalankan misi saya"

"Jadi, abang kamu tinggalkan kamu dekat rumah kosong yang tiada penghuni" suara atuk Kenji agak garang, dia pandang ke arah Kaizo yang sedang bersandar di tiang dinding rumah. Muka Kaizo agak marah dengan adiknya kerana memberitahu atuk mereka tentang kisah sebenar rumah ini "Kamu Kaizo, langsung tidak bagi adik kamu hidup dengan selesa masa kamu suruh dia jalankan misi" Kaizo agak takut dengan suara marah atuknya

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now