Ratu Lily

2.5K 133 21
                                    

"Aku Ratu Lily, ratu segala kejahatan dan kekejaman. Musuh-musuh aku memanggil aku ratu gila kerana aku memang gila. Roh aku masih lagi ada di Pulau Rintis, roh aku hanya merayau-rayau dipersekitaran taman perumahan Pulau Rintis. Setiap hari setiap malam aku perhatikan adik kesayangan Kaizo, iaitu Fang yang selalu balik dari rumah kawan baik dia, Boboiboy. Ini adalah permulaan aku untuk membalas dendam terhadap kau, Kaizo. Aku akan hapuskan kau, Kaizo. Kau tengok dan lihat sahaja bagaiman aku mempergunakan adik kesayangan kau. Jangan risau Fang, kau juga aku akan hapuskan. Kau dan abang kau akan dapat hidup bersama dengan ibubapa di alam lain.. hehehehe"

Fang berjalan sambil menguap besar, dia begitu penat sekali hari ini. Petang tadi dia terpaksa mencuci tandas sekolah sebab kena denda dari Yaya, ada latihan bola keranjang, selepas itu, dia terpaksa pergi ke rumah Boboiboy untuk menolong kerja sekolah dia iaitu matematik dan sains. Walapun mereka berada di kelas yang lain, Fang tetap akan membantu kawan-kawan dia. Dia tidak akan abaikan kawan-kawan baik dia

Fang belok ke kiri dan melalui jalan yang agak gelap, terdapat beberapa tiang lampu elektrik tidak berfungsi di situ. Dia tidak takut melalui jalan yang gelap gelita itu, dia mempunyai keberanian yang begitu tinggi sekali. Pada malam itu, angin begitu sejuk sekali. Fang mengigil kerana kesejukan, dia menyesal tidak membawa jaket ungunya

Setelah tiba di jalan lorong rumahnya, mata Fang ternampak seperti ada bayang-bayang sedang mengekori dia. Dia menoleh kebelakang dan dapati tiada siapa di situ. Dia pandang ke kiri dan ke kanan dan tiada siapa di situ juga. Mungkin hanya perasaan dia atau mata dia sedang bermain-main dengan dia. Fang sambung berjalan, sedikit lagi hendak sampai ke rumah dia. Perasaan dia seperti ada seseorang memerhatikan dia, bergerak dengan lebih laju. Bukan kerana dia takut tetapi dia rasa tidak begitu sedap hati. Fang berlari ke pintu pagar rumahnya dan terus masuk ke dalam rumah tanpa memandang kebelakang. Dia menutup pintu secepat mungkin dan lalu dia menghela nafas. Dia berasa sungguh lega apabila dia sudah pun berada di dalam rumah

Rumah dia begitu sunyi sekali, abang dia sudah pun masuk tidur. Dia pelahan-lahan naik ke atas supaya tidak membuat bising. Dia tidak mahu menganggu abang dia yang sedang tidur. Fang lalu di depan bilik abangnya dan terus masuk ke dalam bilik dia yang berada di sebelah bilik abangnya. Fang menutup pintu dengan begitu pelahan sekali. Dia meletak begnya di tepi meja dan terus ke bilik air untuk memberus gigi. Sebelum tidur, dia perlu mengosok gigi supaya gigi dia sihat dan bersih! Fang pandang ke arah cermin dan dia terkejut besar kerana di dalam cermin itu, bukan wajah dia tetapi wajah seseorang yang dia ingatkan sudah mati. Fang menoleh kebelakang dan pandang balik cermin itu. Wajah itu masih ada lagi di situ. Muka perempuan itu tersenyum sinis ke arah Fang

"Ini semua mainan mata aku sahaja" kata Fang sambil mengosok mata dia, mungkin dia terlalu mengantuk sampai nampak benda-benda pelik, fikir Fang

"Mainan mata kau? atau ini betul-betul aku. Apa khabar Fang? kau ingat siapa aku lagi? kau ingat aku sudah mati Fang, aku belum mati lagi Fang. Aku wujud lagi di sini tetapi wujud sebagai roh sahaja"

"Ratu Lily" bisik Fang, dia betul-betul terkejut kerana Ratu Lily masih hidup lagi tapi di alam maya "Apa kau nak hah! Kau bukannya ada kuasa pun, kau tak kan dapat kalahkan abang aku"

"Kuasa? ia, aku memang tiada kuasa tapi aku boleh sahaja mempergunakan kau... hehehehe"

"Gunakan aku?" Fang undurkan diri pelahan-lahan "Tak, aku tak kan benarkan kau mengambil diri aku lagi. Aku tak kan lupakan apa yang kau pernah buat dekat diri aku. AKU TAK KAN BENARKAN KAU SEKSAKAN DIRI AKU LAGI!" Fang menjerit sekuat hati di depan cermin dia

"HAHAHAHAHAAA! BUKAN KAU SEORANG SAHAJA AKU AKAN SEKSA, ABANG KAU JUGA AKAN AKU SEKSAKAN! MARI SINI KAU!"

Roh Ratu Lily keluar dari cermin itu, Fang terkejut dan terus ke pintu biliknya untuk berlari ke abangnya tetapi Ratu Lily itu begitu cepat sekali. Dia melompat keluar dari cermin dan terbang masuk ke dalam badan Fang dan merasuk Fang "ARGGHHHHHHHHH!" Fang menjerit sekuat hati sehingga badan dia tidak dapat dikawal lagi oleh dia. Dia membuka matanya dan mata dia merah menyala dan lalu tersenyum sinis di situ. Ratu Lily berjaya merasuk Fang dan dia akan mula rancangan dia, iaitu menghapuskan Kapten Kaizo, musuh no. 1 dia

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now