Kejahatan Part II

2.2K 124 14
                                    

"Selamat pagi Boboiboy"

"Eh Fang, bila kau sampai?"

"Aku baru sahaja sampai, terasa malas pulak nak datang awal hari ini" Fang duduk di sebelah Boboiboy. Mereka berempat sudah berada di tempat biasa mereka berkumpul lebih awal daripada Fang. Boboiboy rasa hairan dengan Fang hari ini, selalunya Fang yang bersemangat datang awal, kalau lewat pun, dia tetap bersemangat juga. Hari ini dia nampak begitu malas sekali

"Apasal kau tiba-tiba rasa malas nak datang awal?" tanya Yaya

"Sebab aku malas nak tengok budak-budak dekat kelas aku tue, semuanya pemalas tapi otak masing-masing pandai. Rasa macam nak aje aku mengamuk dalam kelas lagi" Mereka teringat lagi kejadian pagi semalam, Fang mengamuk di dalam kelas sampai dia menendang sebuah meja. Pelajar-pelajar di kelas 6 Jaya, semuanya tergaman melihat kelakuan Fang seperti itu. Mereka belum pernah lagi melihat Fang mengamuk seperti itu

"Kau sabar sahajalah dengan dia orang tue Fang"

"Sabar kau kata, aku tiap-tiap hari sabar dengan dia orang" Marah Fang kepada Boboiboy "Sudahlah, aku masuk kelas dulu. Baik aku pergi tengok apa dia orang tengah buat. Entah-entah kelas bersepah lagi"

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tidak berkata apa, dia melihat sahaja Fang meninggalkan mereka berempat di bangku sekolah. Mood tidak baik dia kembali lagi, mungkin Fang akan mengamuk lagi di dalam kelas dia? fikir mereka

"Apa nak jadi dengan kelas dia tue, asyik bagi Fang susah sahaja" kata Ying

"Dey! kau tak tahu ke, kelas dia tue kan kelas 6 Jahanam. Dia orang tue semua sombong dan belagak, sesuai sangat dengan si Fang tapi yang berbezanya, Fang tue pembersih, dia orang tue pemalas"

"Yolah, tiap-tiap hari aku selalu perasan. Kelas dia orang bukan selalunya bersih sangat pun, kalau bersih pun, mesti Fang yang bersihkan" kata Ying

"Aku rasa risau pulak, baik aku pergi tengok si Fang tue" Boboiboy bangun dari bangku sekolah. Gopal, Yaya dan Ying ikut Boboiboy ke tangga sekolah dan terus naik ke atas. Mereka berhenti di depan kelas 6 Jaya dan mengintai-intai apa yang kawan baik mereka sedang lakukan. Mereka nampak Fang masih mengamuk lagi seperti semalam tetapi kali ini lebih menakutkan, lebih ganas daripada yang semalam

"ISK! KENAPA MEJA SEMUA INI TIDAK TERSUSUN?" Fang mengangkat sebuah kerusi dan menghentak-hentak sebuah kerusi kayu itu di depan kesemua pelajar 6 Jaya. Mereka begitu takut sekali melihat Fang mengamuk begitu tapi lebih dasyat daripada yang semalam "SIAPA PUNYA GILIRAN HARI INI?" ada setengah pelajar tunjuk ke arah pelajar lelaki yang agak kecil tubuh badannya "KAU! CEPAT SUSUN MEJA INI SEMUA" Dia tendang kerusi itu tadi sampai terjatuh kerusi itu. Fang periksa lantai pula, ada sedikit pasir-pasir di bawah sebuah meja. Dia mengangkat meja itu dan meletak di tepi

"SIAPA PUNYA TUGAS SAPU SAMPAH HARI INI?" Mereka takut jikalau Fang akan membaling meja itu. Seorang pelajar perempuan cepat mengambil penyapu dan lalu dia menyapu pasir-pasir itu. Fang beredar dari situ dan periksa tingkap kelas mereka, debu di tingkap kelas mereka begitu tebal sekali. Fang begitu geram sekali, dia menumbuk kaca tingkap tersebut sehingga pecah. Dia tidak kisah kalau tangan dia berdarah. Budak perempuan tadi, terlepas penyapu dia dan jatuh ke atas lantai. Semua tergaman melihat kelakuan Fang, ada setengah mereka mengigil melihat dia

Yaya masuk ke dalam kelas 6 Jaya "Wei Fang! apasal kau pecahkan tingkap kelas kau? Kau dah hilang akal ke hah? Kau gantikan balik tingkap tue dan sebagai kawan kau, maaf kerana aku terpaksa laporkan kelakuan kau dekat cikgu disiplin" Yaya mengelurkan buku denda dia dan menulis nama Fang "Kalau kau nak mengamuk pun, janganlah sampai rosakkan harta benda sekolah" kata Yaya dengan begitu tegas sekali

"Sibuklah kau Yaya! Ini urusan aku dengan kelas aku, bukan urusan kau"

"BUKAN URUSAN AKU KAU KATA?! habis tue, tingkap pecah tue, urusan kau ke? urusan aku juga"

Aku Abang, Kau Adik (Season 2)Where stories live. Discover now