-1-

16K 390 4
                                    

KEADAAN di dewan besar itu sungguh meriah sekali.Sanak saudara serta rakan handai datang berkunjung untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan Tengku Najmi Rafiqin dan pasangannya Nur Delisha Damia.Semua tetamu yang datang disambut mesra oleh bonda dan ayahanda Najmi iaitu Tengku Zamir dan Tengku Zarina.Kedengaran bunyi kompang dari luar dewan.Para tetamu berdiri di sepanjang karpet merah untuk melihat kedua mempelai itu.Ada juga yang mengeluarkan telefon bimbit dan kamera untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Delisha kelihatan sungguh cantik dan manis sekali memakai gaun berwarna biru laut begitu juga Rafiq yang segak bergaya yang memakai baju melayu bersampin berwarna biru laut.Mereka duduk di atas pelamin yang gah dengan jalur-jalur kristal dan bunga ros hidup sebagai hiasan.Delisha berbisik kepada Rafiq di sebelahnya.

"Weh Fiq..ramai gila tetamu kau ni..kau jemput orang sekampung ke apa hah.."kata Delisha

"Eh mestilah ramai..takkan kau tak tahu suami kau ni kan hensem,segak bergaya,terkenal mestilah ramai yang datang nak tengok aku.."balas Rafiq.

Delisha menjeling suaminya itu.Rakannya Farina yang menjadi pengapitnya tergelak kecil melihat gelagat pasangan itu.Setelah satu jam duduk di atas pelamin,pengantin serta ahli keluarga belah lelaki dan perempuan dijemput untuk menikmati makanan yang telah dihidangkan.Mereka menjamu makanan tersebut dengan penuh selera.Rafiq mengambil sesudu nasi dan menyuapnya ke dalam mulut Delisha.Delisha tersipu-sipu menahan malu.

Seusai makan,mereka bersalaman dengan para tetamu.Rakan handai Tengku Zarina iaiti Puan Sri Kasidah menghampiri mereka berdua dengan senyuman manis.

"Tahniah ya Rafiq dengan pasangan..aunty doakan kamu berdua bahagia hingga ke akhir hayat.."kata Puan Sri Kasidah.

"Terima kasih aunty..ah ni kenalkan isteri saya Delisha..orang selalu panggil Delly aje.."balas Rafiq sekadar untuk berbasa basi.

Delisha menyalam Puan Sri Kasidah.Puan Sri Kasidah tertarik dengan sikap Delisha yang lemah lembut itu.

"Untung kamu Rafiq dapat isteri macam ni..jaga dia elok-elok ya..aunty minta diri dulu lah ya..Assalamualaikum.."kata Puan Sri Kasidah.

Mereka berdua mengangguk dan bersalaman dengannya.Rafiq memegang tangan isterinya lembut setelah Puan Sri Kasidah beredar.Rafiq menatap wajah isterinya itu.

"Kau ni dah kenapa?"tanya Delisha.

"Takdelah kau cantik sangat harini..cair aku dibuatnya..rasa macam nak gigit je pipi pau kau tu.."balas Rafiq.

"Yelah hari first memanglah cantik..nanti aku dah beranak hah mula lah complain aku dah gemuk lah makin hitam lah muka banyak jerawat lah.."kata Delisha.

"Mana kau tahu ni?Macam tahu-tahu je nanti aku nak cakap macamtu.."gurau Rafiq.

Delisha memandang Rafiq tajam.Tangannya meliar di lengan Rafiq dan dia mencubitnya kuat.Rafiq menjerit kesakitan.Tengku Zamir yang mendengar jeritan anak keduanya itu segera berlari ke arah mereka.

"Hah kenapa ni?"tanya Tengku Zamir cemas.

"Takdelah pa ni hah budak kecik ni main cubit-cubit pula..sakit woo~..macam kena sengat lebah.."adu Rafiq.

"Padanlah muka sape suruh cari pasal.."balas Delisha dan menjelirkan lidahnya.

Tengku Zarina yang melihat dari jauh segera mendekati mereka.Dia bertanya soalan yang sama seperti yang ditanyakan oleh Tengku Zamir.

"Kenapa ni angah terjerit-jerit..terkejut mama..awat?"tanya Tengku Zarina

"Ni hah budak-budak ni bermanja.."terang Tengku Zamir.

"Pa!!"jerit mereka serentak.

Tengku Zamir dan Tengku Zarina hanya menggeleng melihat telatah mereka berdua.

Setelah seharian menjalani resepsi yang sangat memenatkan akhirnya mereka dapat berehat.Rafiq memakai perfume miliknya dan menunggu Delisha yang sedang berborak di bawah dengan sanak saudaranya.Bunyi daun pintu dibuka kedengaran di telinga Rafiq.Dia sudah mula merangka rencananya.

"Eii kuatnya bau perfume..oi orang gila..kau tidur pun pakai perfume ke hah? Nanti dah tidur air liur dah meleleh-leleh macam air terjun busuk jugak.."Kata Delisha dan memicit hidungnya.

Hasratnya untuk mengenakan Delisha tidak berjaya.Dia memandang Delisha dengan pandangan menyampah.

"Elleh kau tutup-tutup hidung konon..kalau bukan sebab perfume ni takdenya kau jadi bini aku sekarang ni tahu?Lagipun kau tak terpikat ke dengan aku malam ni?Aku ni dahlah hensem..kulit putih bersih..badan sado..menawan..tak terpikat ke?"kata Rafiq.

Delisha merapati Rafiq.

"Wahai Encik Tengku Najmi Rafiqin..kalau kau nak tahu kan masa mula-mula dulu memang aku terpikat dengan kau sebab baru first time nampak kau.Tapi aku dah setahun setengah hadap muka kau..muak tahu?Rasa macam pandang cekodok basi je.."kata Delisha.

"Ohh..main kasar ya kamu Puan Delisha Damia..sungguh kurang sopan sekali kamu berbicara wahai kekasih hatiku..dengan ini beta menjatuhkan hukuman..sekarang ini waktu ini malam ini..tuan hamba perlu melayan beta walau apa sekalipun yang terjadi..adakah tuan hamba faham?"kata Rafiq panjang lebar.

"Bla bla bla..maaflah ya tuanku..tetapi hari ini hamba bendera merah..hamba memohon keizinan tuanku untuk beradu dahulu ya..terima kasih..jangan berduka ya wahai kanda..HAHAHAHAHAHAHAHA"kata Delisha gembira.

Muka Rafiq berubah.Dia memuncungkan bibirnya.

"Kau tipu kan!Huaaa aku merajuk dengan kau weh..serious ni.."kata Rafiq.

"Apehal kau merengek macam budak kecik minta susu..betullah..nak aku tunjuk bukti ke?Kang pengsan aku tak tahu.."balas Delisha.

"Eii taknak aku..tidur sebelah kau je dah bermakna untuk aku..tapi hukuman tetap hukuman..malam ni kau jadi bantal peluk aku eh..deal?"kata Rafiq.

Delisha menjeling suaminya itu.Mengada-ngada sungguh.Kalah budak kecik.

"Yelahhh tuankuu.."kata Delisha.

Rafiq tersenyum meleret.Bahagia sungguh rasanya.Dia menghempaskan diri di sebelah Delisha dan menutup lampu.

***********************************
Hahahahahahaha..ni baru pengenalan ya sayang-sayangku..nak tahu lebih lagi nantikan yaa..bye bye..ASSALAMUALAIKUM 💕💕💕

A/N:Jangan ingat author ni pervert sangat eh..huhuhu

En.Husband Mr.PoyoWhere stories live. Discover now